Tuesday, June 2, 2009

10 Ayat Reject Lelaki & Makna Tersirat di Sebaliknya

1) Aku sayang kau tetapi kau sudah seperti adik sendiri. Tak lebih daripada itu. (Kau tak cantik!)
2) Ada jurang perbezaan antara kita. Siapalah saya hendak dibandingkan dengan awak yang datang daripada keluarga senang. (Kau tak cantik!)
3) Saya tak berapa pasti lagi. Apa kata kita berkawan dan berkenal-kenal dulu? (Kau tak cantik!)
4) Ada banyak perkara belum settle lagi. Tunggulah bila saya sudah stabil. (Kau tak cantik!)
5) Saya dah ada kekasih. Awak terlambat sikit aja. Kalaulah kita bertemu lebih awal... (Kau tak cantik!)
6) Saya tak date wanita satu tempat kerja. Susah. (Kau tak cantik!)
7) Percayalah cakap saya. It's not you, it's me. (Kau tak cantik!)
8) Saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya. Kalau saya sibuk sangat, takut nanti saya abaikan awak pula. Tak adil. (Kau tak cantik!)
9) Saya nak hidup membujang aja. Kalau saya dan bersedia, mungkin kita akan bersama. (Kau tak cantik!)
10) Kita berkawan ajalah. Ah, perasaan ni sekejap aja, nanti hilanglah. (Kau tak cantik!)

Sumber : InTrend April 2009

bg saya, masing² punyai cara tersendiri utk 'menolak' atau juga 'menerima'... kadang² ayat yg 10 itu sememangnya membawa maksud sebenar, tiada langsung makna tersirat... masing² juga punyai cara tersendiri utk membaca @ menilai ayat reject tersebut kerana yg pastinya anda sendiri lebih mengenali pasangan anda...
apa pun, hidup ini penuh karma... hari ini anda melukakan sidia, esok lusa mungkin org yg disanjung akan melukakan perasaan anda, malahan lebih pedih & seakan mahu mati rasanya...
jadi, sebelum melukakan hati seseorang yg anda sayang @ yg pernah anda sayang @ sidia yang sememangnya menyayangi anda... fikir sedalam-dalamnya... adakah anda mampu menerima padahnya hasil dari sikap pentingkan diri sendiri anda itu...

sayangilah sidia yang menyayangi anda...
saya sekadar berkongsi rasa...
inilah kehidupan ^___^

2 comments:

  1. give some colors to ur bground pls...plain sgt lah hehe

    ReplyDelete
  2. uiks??? plain?
    ko tak nampak ke floral design kt template ni???
    atau masih nampak plain lagik??? huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...