Monday, June 15, 2009

6 jenis kekasih kamu mesti tahu

teori tipologi cinta mencerakinkan lelaki memiliki 6 gaya dlm hubungan romantik dan intimasi, iaitu:

storge (kawan karib)
asal perkataan greek ini membawa maksud ketenangan & cinta serta kasih sayang. melalui storage, dikatakan cinta mampu berkembang secara segar dan utuh. bermula drpd sekadar seorang sahabat setia, si lelaki boleh berubah menjadi pasangan sejiwa. lelaki drpd kelompok ini dikatakan berkongsi harapan, impian dan minat. mereka mungkin pasangan yg selamba, tidak terlalu melankolik. kemesraan tidak ditunjukkan berlebihan ttp lebih kpd gaya hidup yg logikal. mereka juga ada ketika dikagumi ramai krn jarang timbulkn rasa cemburu. sebarang krisis @ perpisahan ditangani secara bijaksana. jika berlaku keretakan hubungan, lelaki jenis ini masih boleh bersahabat.

agape (pengorbanan)
memberi maksud lelaki yg amat mengambil berat ttg insan yg dikasihinya. mereka ini amat putih hatinya, pengasih & mudah beralah. dia tidak sedikit pun mengharapkan balasan. namun yg sering berlaku, lelaki yg bersifat agape ini mudah dipermainkan @ berisiko dikhianati krn kejujuran mereka yg amat hebat.

mania (keupayaan)
ini yg dikatakan cinta setengah mati! lelaki yg memiliki cinta begini dlm fikirannya hanya memikirkan cinta, kekasih, cinta, kekasih! itu saja yg terlintas di benaknya. sifat mereka mudah cemburu, terlalu mengongkong serta terlalu takut pada penolakan cinta. namun, lelaki yg terlalu obses dgn cinta ini sering hidup dlm angan-angan & menagih kasih sayang melampau drpd pasangannya. jikalau berlaku kecurangan, lelaki jenis mania akan menjadi terlalu kecewa & mungkin boleh bertindak agresif terhadap pasangannya.

pragma (logikal)
lelaki yg amat praktikal & realistik. cinta jenis ini dicirikan sebagai logik & munasabah. individu itu leb ih mengutamakan praktikaliti drpd angan-angan cinta. perasaan cemburu buta tidak mudah menguasai fikiran mereka yang pragma. merekat tidak mudah tenggelam dgn perasaan rindu-rinduan. jikalau merindu menyebabkan bil telefon melambung, mereka sanggup mengenepikan rindu tersebut.

ludus (permainan)
cinta itu satu game! ada yg menang, ada yg kalah & mungkin ada waktu seri! lelaki yg tergolong dlm kategori ini menganggap cinta sbg satu permainan & pertandingan yg harus dimenangi. ia membabitkan cinta yg tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dlm perhubungan malah suka kpd perhubungan yg mendadak serta tidak teratur. cinta sentiasa berisiko. ada ketika dia terluka, ada waktu dia pula melukakan! beginilah sikap lelaki ludus kalau bercinta.

eros (romantik)
lelaki romantik yg sentiasa mengkhayalkan perkara yg indah belaka. dlm impian mereka, percintaan yg ideal memerlukan kerjasama pasangan. saling membelai, sentiasa memberi dan menerima sekaligus mengambil berat hal-hal yg mungkin dilihat sbg remeh oleh insan lain. memujuk, menghadiahkan bunga, memberi coklat @ membisik bahasa erotik merupakan elemen yg disenangi pasangan eros sbg lambang menzahirkan rasa romantik.

Sumber : InTrend Mei 2009

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...