Saturday, June 6, 2009

cintailah diri sendiri dan...

cintailah diri sendiri terlebih dahulu dan cintailah juga pasanganmu sebanyak itu. proses mencintai diri tidak menjadi sepantas satu malam. ia sebenarnya adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. hargai dirimu di tempat teratas dan letakkan pasanganmu di tangga yang sama. barulah cinta berbalas dan diangkat ke aras yang sewajarnya.

semakin lama berteman dengannya, semakin terserlah true colours kamu dan dia. walau apa jua true colours kalian, hitam putih, kelabu atau belang-belang, berazamlah untuk tonjolkan peribadi terbaik dan paling mulia. dia pasti malu dan tidak sampai hati mencurangi kamu kerana sedar betapa tingginya martabat yang kamu pertahankan sebagai pasangannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...