Thursday, June 4, 2009

kalau kekasihmu jauh di mata...

1) Berbincanglah daripada hati ke hati dan jujurlah terhadap pasangan kamu. Sikap ini boleh mengelakkan perasaan sangsi atau ragu-ragu kala berjauhan.

2) Komunikasi jarak jauh tetap perlu untuk hidupkan rasa cinta. Praktikkan kaedah komunikasi alaf baru seperti SMS, MMS atau facebook untuk ubati rindu.

3) Untuk menghilangkan kebosanan, cari hobi baru untuk mengisi waktu. Bukan mengalih perhatian daripada cinta tetapi agar kamu tidak terlalu memikirkan kejauhan ini.

4) Segarkan perasaan cinta dengan menghantar gambar terbaru, bunga, hadiah disertakan kad ucapan romantik.

5) Kalau ada perselisihan faham usah panik tetapi atasilah dengan bijak. Berbincang itu jalan penyelesaiannya. Cepat-cepat selesaikan supaya kamu dan si dia tidak menyimpan rasa tidak puas hati.

Sumber : InTrend April 2009

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...