Sunday, October 31, 2010

sebelum akad nikah

apabila tiba saat pernikahan, perasaan gementar, gugup & cemas pasti menyelubungi perasaan bakal pengantin, terutamanya bakal pengantin lelaki. saat paling indah juga ketika berkata "aku terima nikahnya...," dan ketika itu rasa syukur & gembira kerana orang yang anda cintai telah menjadi milik anda yang sah. dan untuk menghadapi saat-saat kegembiraan ini, terdapat beberapa panduan yang boleh dikongsi bersama;
  1. pastikan pengapit @ teman rapat duduk di sebelah
    pastikan pengapit @ teman rapat anda duduk di sebelah agar dapat membantu anda menyelesaikan perkara-perkara remeh seperti mengelapkan peluh, mengemaskan layah yang panjang berjela semasa anda duduk & bangun. rakan yang ada juga pastinya akan membantu mengurangkan rasa cemas @pun gugup. yang penting, rakan akan dapat membantu mengurangkan rasa malu anda ketika berhadapan dengan keluarga pihak lelaki.

  2. sediakan i/c @ kad pengenalan
    jangan lupa sediakan i/c @ kad pengenalan masing-masing. jurunikah @ pembantunya pasti akan melihat kad pengenalan kedua-dua mempelai. ini bertujuan untuk mengelak sebarang kekalutan berlaku semasa majlis nanti.

  3. duit upah
    sebagai peringatan kepada pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah untuk tok kadi & saksi sebelum majlis pernikahan berlangsung.

  4. senyum agar sentiasa tenang
    pastinya anda akan rasa berdebar, tetapi jangan lupa lemparkan sedikit senyuman pada orang di sekeliling agar keadaan tidak tegang. selain itu jika anda duduk dalam keadaan bersimpuh bagi pengantin perempuan, betulkan sedikit kedudukan anda agar tidak berlaku kekejangan. begitu juga dengan pengantin lelaki. pastikan anda duduk bersila dengan selesa dan mengadap tok kadi ataupun jurunikah.
sumber : pesona pengantin / jun 2010

6 comments:

  1. huhuhu hoye akhirnyer dapat mengomen di sini.. bella doakan agar sume nyer berjalan ngan lancar. hepi utk akak!!

    ReplyDelete
  2. hehehe... masalah btul nk post comment kat blog ni yea... alhamdulillah, settle gak masalahnya... rajin² la dtg eh ;-)
    tQ mendoakan i... same goes to u dear...

    ReplyDelete
  3. hope the days to come will be beautiful ones.... n remain that way all your life.

    ReplyDelete
  4. tQ luv BBB... muaxh!!! semoga BBB ketemua sidia yang ditunggu *mata berkaca-kaca*

    ReplyDelete
  5. Huuu..semakin dekat hari bersejarah..semakin gementar kan. Hope alinx dah betul2 get ready..hehehhe...and hope semua persiapan dapat berjalan lancar..

    ReplyDelete
  6. a'ah... 8 weeks more huhu... kejap je rasa kan... yea, semakin berdebar + gementar... harap semuanya berjalan lancar. linx & juma wat simple² je, ambil kira budget & venue masing²... doakan kami eh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...