Monday, November 29, 2010

suami impikan isteri solehah

  • pertama, mentaati suami. namun, dalam mentaati suami ada juga batasannya. batasan itu adalah seperti yg disabdakan Rasulullah SAW, "tidak ada ketaatan terhadap makhluk yg melakukan maksiat kpd Allah & melakukan apa yg dilarangNYA".
  • kedua, seorg isteri harus menjaga kehormatan dirinya, suami & harta keluarganya. (contohnya : meminta izin suami ketika keluar dr rumah & memberitahu arah & tujuan anda keluar. jgn sesekali anggap perkara ini remeh krn ia merupakan tanggungjawab seorg isteri).
  • ketiga, mengatur & mengurus hal berkaitan rumahtangga seperti memasak utk suami & anak² krn air tangan seorg isteri adalah pengubat segala kepenatan suami & dapat mengelak dr suami keluar berpoya² di luar.

  • keempat, melahirkan & mendidik anak². dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah bersabda, "wanita adalah pengasuh & pendidik di rumah & bertanggungjawab atas asuhannya".

  • kelima, adalah si isteri harus berbuat baik & melayani keluarga suaminya dgn penuh rasa kasih & ikhlas. tip ambil hati mentua & ipar duai spt memberi hadiah, memasak ketika sesekali pulang ke kampung & bercakap dgn sopan.

yayyy!

alhamdulillah, cuti saya approved!
insyaallah, saya bercuti mulai 27/12/2010 sehingga 7/1/2011
seronoksss ^_~

tp kan, skrg ni yg tak seronoknya... am craving for the just heavenly red velvet... yummm!

terliur takkk???

owh, itu kesan gigitan saya yg sgt menggiurkan... ngeh ngeh ngeh

*bila nak gi beli ni... huhuhu... weekend ni nk ajak my syg gi beli lah! ^_^

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 22, 2010

jalan² harry potter

how was ur weekend peeps? hope everyone had an amazing weekend. mine? well yea, i had great time with my soulmate... ahaksss... harry potter y'all!!! semua org menanti²kan movie dia. me + mr.juma beli tiket wayang 10 hari lebih awal, punyalah excited... hihihihi...

sebelum gi movie (gsc midvalley), we went to our tailor to fit our baju nikah @ around 4pm... alhamdulillah, i love the tailoring... insyaallah, we can collect 'em by this wednesday...

hehe, ngan kain batik pun jadi eh syg ;P

the simple details

sgt simple, tp berat dowh baju ni...

tunjuk sikit² aje la yea... hihihi... nway, ada beberapa perkara nk kena adjust... 2-2 baju kena adjust... tp alhamdulillah, tailor ni x mengecewakan... insyaallah, harapnya final product memuaskan ^_~ (berdebar gak masa fitting aritu, takut resultnya mengecewakan)

pas fitting baju, terus gi midvalley... memula igt nak makan kat chilli's. sekali my syg kata "tamo western sgt" hohohoho... then, tgk menu kat 'the warung'. ermmm... mcm x kena selera saya plak aritu... so terus la menuju ke food court. ahaksss... senang kan. byk pilihan.

nasi campur utk dia

kimchii ramen for me (lamanya x layan kimchii, layanzzz...)

pas makan, collect tiket pastu jalan² plak sebab ada sejam lagi movie nk start... jalan² cuci mata survey barang hantaran, penat... lepas lepak kat starbucks & had my-all-time-fav, java chip!

yyyuuummmm~

our tickets

his final pose for the day, before the wicked time ^_~

*is there anyone hasn't seen the movie yet? u should go guys. it's worth it! really... we give double thumbs-up for the potter's. can't wait to see hp7 part 2*

Monday, November 15, 2010

love is in the air


our future bedroom's picture wall... thanx syg... love u so so so much!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 10, 2010

walimatul urus

ada sedikit beza dgn kad sebenar

jemput datang yea kengkawan ^_~

Tuesday, November 9, 2010

isteri dambakan suami mithali

kewajipan seorang suami
  • pertama, ialah membayar mahar dengan sempurna.

  • kedua memberi nafkah zahir & batin, Rasulullah bersabda:
    "takutlah kepada Allah dlm memperlakukan wanita, kerana kamu mengambil mereka dgn amanat Allah & kamu halalkan kemaluan mereka dgn kalimat Allah & kewajiban kamu adalah memberi nafkah & pakaian kpd mereka dgn baik."

  • ketiga, suami wajib memberi perlindungan kpd isterinya. bermaksud, dia haruslah memberi tempat berlindung yg selesa mengikut kemampuan dirinya.

  • keempat, mempergauli isteri dgn baik.
    Allah berfirman, "dan pergaulilah mereka dgn cara yg baik.: (An-Nisa: 19).

    Rasullah SAW bersabda, "org mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya; & sebaik-baik kalian adalah yg paling baik terhadap isterinya." Riwayat Tirmidzi.

Sunday, November 7, 2010

selepas akad nikah

  1. penyerahan mas kahwin & wang hantaran
    keadaan semasa penyerahan mas kahwin & juga wang hantaran kadangkala mengikut adat & lokasi pernikahan berlangsung. contohnya ada negeri-negeri yg mahukan mempelai lelaki mengucapkan kata-kata seperti, "aku serahkan wang mas kahwin untuk isteriku dengan hati yg ikhlas & aku halalkan wang hantaran yg aku hadiahkan kepadamu". ada juga tempat ataupun negeri yang tidak memerlukan lafaz seperti itu.

  2. pembatalan air sembahyang
    keadaan berubah mengikut peredaran masa & juga zaman. dalam upacara ini pasangan pengantin biasanya akan memilih cincin, rantai & gelang sebagai simbolik acara pembatalan air sembahyang. ia bertujuan membuktikan pasangan telah pun diijab kabul & telah bergelar pasangan suami isteri yg sah.
    tip : jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih terlebih dahulu memakaikannya pada ibu @ saudara perempuan.

  3. bersalaman & mencium tangan suami
    saat ini adalah saat yang dinanti-nantikan. lebih afdal saat ini anda memegang erat tangan insan yang telah pun bergelar suami & tunduk bersalaman dengannya sekaligus mencium tangannya dengan penuh kasih sayang. ucapkanlah "terima kasih sayang kerana menjadikan saya permaisuri hidupmu..." bisikkan kata-kata manis yang membuatkan sidia berasa bertuah memiliki dirimu.

  4. cium dahi isteri
    selalunya kaum keluarga & jurufoto yang meminta anda mengucup dahi isteri selepas si isteri tunduk bersalaman dengan si suami. tetapi jangan lupa bahawa ia merupakan sunnah Rasulullah iaitu mengucup dahi isteri dengan penuh rasa cinta agar kehidupan berumahtangga akan berkekalan hingga ke hujunga nyawa.
    tip : jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu & mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yg anda boleh gunakan. sebelah tangan anda memegang bahu isteri & sebelah lagi memegang dahu isteri. selepas itu, angkatkan sedikit muka sidia supaya mendongak tepat ke mata anda & anda tunduk perlahan-lahan adar dapat mengucup tepat pada dahinya. berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

  5. bersalaman dengan ahli keluarga
    akhir sekali dalam hati berbunga riang & gembira setelah diijab kabul jangan pula dilupa kaum keluarga kedua-dua belah pihak. terpulang kepada pengantin mahu bersalaman dengan keluarga pihak lelaki @ pihak perempuan terlebih dahulu. tetapi pastikan anda mulakan dengan wali, ibu bapa sebelah perempuan @ ibu bapa sebelah lelaki. tidak kira berapa jauh tempat duduk anda dengan ibu bapa, tetapi anda mesti bersalaman dengan mereka terlebih dahulu.
    tip : salam & cium tangan kedua-dua mentua & luahkan rasa syukur serta ucapan terima kasih kerana merestui hubungan anda & menerima anda seadanya sebagai ahli baru dalam keluarga mereka.

  6. solat lepas nikah
    seelok-eloknya selepas selesainya akad nikah dilangsungkan, tunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana majlis ijab kabul berlangsung dengan lancar.

    sumber : pesona pengantin /jun 2010

Monday, November 1, 2010

semasa akad nikah

  1. khutbah nikah
    khutbah nikah terpulang kepada jurunikah @ tok kadi yang menikahkan anda. ada yang dibuat sebelum akad nikah, ada juga selepas. semasa khutbah nikah dibacakan mempelai akan duduk berdekatan & disaksikan para saksi & juga ahli keluarga yang hadir. tujuan khutbah ini dibaca agar kedua-dua bakal pengantin faham tentang erti kehidupan berumahtangga & sudah menjadi salah satu syarat semasa majlis akad nikah berlangsung.

  2. bacaan taklik
    ramai pasangan akan berasa gentar apabila tok kadi meminta mereka membaca taklik. usahlah terlalu cemas kerana bacaan taklik hanyalah lafaz yang berbentuk ikrar antara pasangan suami isteri.

  3. keluarga sakinah/penyerahan tanggungjawab
    ini antara saat yang paling syahdu. bagi org johor @ kedah perkara ini sudah menjadi kebiasaan. ia umpama proses penyerahan tanggungjawab & hak jagaan oleh keluarga pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. saat ini suami akan meletakkan tangan pada ubun-ubun isteri sambil membuat aku janji yang akan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin & isteri pula akan membuat aku janji kepada wali @ ibu, agar menghalalkan susu yang diminumnya & mengucapkan terima kasih kerana membesarkan & mengahwinkannya dengan jejaka pilihan hati.

    sumber : pesona pengantin /jun 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...