Sunday, November 7, 2010

selepas akad nikah

  1. penyerahan mas kahwin & wang hantaran
    keadaan semasa penyerahan mas kahwin & juga wang hantaran kadangkala mengikut adat & lokasi pernikahan berlangsung. contohnya ada negeri-negeri yg mahukan mempelai lelaki mengucapkan kata-kata seperti, "aku serahkan wang mas kahwin untuk isteriku dengan hati yg ikhlas & aku halalkan wang hantaran yg aku hadiahkan kepadamu". ada juga tempat ataupun negeri yang tidak memerlukan lafaz seperti itu.

  2. pembatalan air sembahyang
    keadaan berubah mengikut peredaran masa & juga zaman. dalam upacara ini pasangan pengantin biasanya akan memilih cincin, rantai & gelang sebagai simbolik acara pembatalan air sembahyang. ia bertujuan membuktikan pasangan telah pun diijab kabul & telah bergelar pasangan suami isteri yg sah.
    tip : jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih terlebih dahulu memakaikannya pada ibu @ saudara perempuan.

  3. bersalaman & mencium tangan suami
    saat ini adalah saat yang dinanti-nantikan. lebih afdal saat ini anda memegang erat tangan insan yang telah pun bergelar suami & tunduk bersalaman dengannya sekaligus mencium tangannya dengan penuh kasih sayang. ucapkanlah "terima kasih sayang kerana menjadikan saya permaisuri hidupmu..." bisikkan kata-kata manis yang membuatkan sidia berasa bertuah memiliki dirimu.

  4. cium dahi isteri
    selalunya kaum keluarga & jurufoto yang meminta anda mengucup dahi isteri selepas si isteri tunduk bersalaman dengan si suami. tetapi jangan lupa bahawa ia merupakan sunnah Rasulullah iaitu mengucup dahi isteri dengan penuh rasa cinta agar kehidupan berumahtangga akan berkekalan hingga ke hujunga nyawa.
    tip : jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu & mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yg anda boleh gunakan. sebelah tangan anda memegang bahu isteri & sebelah lagi memegang dahu isteri. selepas itu, angkatkan sedikit muka sidia supaya mendongak tepat ke mata anda & anda tunduk perlahan-lahan adar dapat mengucup tepat pada dahinya. berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

  5. bersalaman dengan ahli keluarga
    akhir sekali dalam hati berbunga riang & gembira setelah diijab kabul jangan pula dilupa kaum keluarga kedua-dua belah pihak. terpulang kepada pengantin mahu bersalaman dengan keluarga pihak lelaki @ pihak perempuan terlebih dahulu. tetapi pastikan anda mulakan dengan wali, ibu bapa sebelah perempuan @ ibu bapa sebelah lelaki. tidak kira berapa jauh tempat duduk anda dengan ibu bapa, tetapi anda mesti bersalaman dengan mereka terlebih dahulu.
    tip : salam & cium tangan kedua-dua mentua & luahkan rasa syukur serta ucapan terima kasih kerana merestui hubungan anda & menerima anda seadanya sebagai ahli baru dalam keluarga mereka.

  6. solat lepas nikah
    seelok-eloknya selepas selesainya akad nikah dilangsungkan, tunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana majlis ijab kabul berlangsung dengan lancar.

    sumber : pesona pengantin /jun 2010

4 comments:

  1. lor, ingatkan gambar di anikah tadi...huhu

    ReplyDelete
  2. hihihi... soon la dude ;-) btw, bak mai address mu, nk pos kad jemputan ni

    ReplyDelete
  3. terkezut ain..ingt spe yg nikah td kan..hihihi

    ReplyDelete
  4. ahaksss... xkan lah i nikah x jemput kan... insyaallah kad jemputan akan diedarkan x lama lagi ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...