Monday, November 1, 2010

semasa akad nikah

  1. khutbah nikah
    khutbah nikah terpulang kepada jurunikah @ tok kadi yang menikahkan anda. ada yang dibuat sebelum akad nikah, ada juga selepas. semasa khutbah nikah dibacakan mempelai akan duduk berdekatan & disaksikan para saksi & juga ahli keluarga yang hadir. tujuan khutbah ini dibaca agar kedua-dua bakal pengantin faham tentang erti kehidupan berumahtangga & sudah menjadi salah satu syarat semasa majlis akad nikah berlangsung.

  2. bacaan taklik
    ramai pasangan akan berasa gentar apabila tok kadi meminta mereka membaca taklik. usahlah terlalu cemas kerana bacaan taklik hanyalah lafaz yang berbentuk ikrar antara pasangan suami isteri.

  3. keluarga sakinah/penyerahan tanggungjawab
    ini antara saat yang paling syahdu. bagi org johor @ kedah perkara ini sudah menjadi kebiasaan. ia umpama proses penyerahan tanggungjawab & hak jagaan oleh keluarga pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. saat ini suami akan meletakkan tangan pada ubun-ubun isteri sambil membuat aku janji yang akan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin & isteri pula akan membuat aku janji kepada wali @ ibu, agar menghalalkan susu yang diminumnya & mengucapkan terima kasih kerana membesarkan & mengahwinkannya dengan jejaka pilihan hati.

    sumber : pesona pengantin /jun 2010

2 comments:

  1. bile tarikh akak bernikah plak?? hehhe

    ReplyDelete
  2. hehehe... insyaallah, new year ni... tgh tunggu kad siap print

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...