Friday, January 27, 2012

Chicken Olio Spaghetti, my style


Chicken Olio Spaghetti (utk 2 org)
1) Rebus spaghetti sehingga masak.
2) 1 biji tomato - potong kiub.
3) 3 - 4 bawang putih - cincang kasar.
4) 3 - 4 sweet fresh basil leaves - potong/cincang halus.
5) Pepperoni/ayam/udang - dipotong kasar.


Bahan² lain
i)  Olive Oil.
ii) Chili flakes (wajib ada).
iii) Maggi chicken seasoning, black peppergaram.


Cara-cara:
a) Panaskan 7-8 sudu makan Olive Oil. Masukkan bawang putih & kacau. Biarkan sehingga bawang putih menjadi golden brown, masukkan pepperoni/ayam/udang. Kacau hingga separuh masak, kemudian masukkan tomato dan sweet basil leaves, gaul sebati.

b) Masukkan garam, black pepper + maggi chicken seasoning. Gaul rata.

c) Kemudian masukkan chili flakes.

d) Akhir sekali, baru masukkan spaghetti.

*I tak suka maggi chicken seasoning tu, so I letak garam & sedikit ajinomoto je. Oh yea satu lagi, olio spaghetti ni harus banyak olive oil, tapi jangan la plak sampai banjir @ tenggelam spaghetti tu. Yang penting ikut selera dan kesukaan masing² ^_^

Selamat Mencuba U'olsss!

Monday, January 23, 2012

makan makan makan & makan

ermmm...
makan makan makan dan maaakkaaannnn...

chicken kabsah + rice @ Sa'ba Restaurant, Cyberjaya

minggu lepas, isteri berhajat nak g tutty frutty, tp disebabkan dah mlm + lambat, en.suami belikan ice-cream ni aje wat pengganti

the rocking rock!

dessert again ^_^ addicted OK

creaaammmyyy yummmehhhh!

chicken olio spaghetti, my version

kari ayam, hubby's fav

Sunday, January 8, 2012

kurang sihat

hajat dihati nak celebrate 1st wedding anniversary semlm & arini.
tapi kita merancang Tuhan menentukan segalanya.
saya kurang sihat sejak 2 ari yg lalu. 2nd opinion kata, sakit saya seminggu yg lepas masih berbaki, masih ada jangkitan. jadinya terpaksa la dibatalkan hasrat nak berhoneymoon utk kesekian kalinya.

tp takpe, saya redha =)
yea saya redha. sekurang-kurangnya saya tak lupa yg saya cuma hambaNYA kan... alhamdulillah dgn ujian sebegini. cuma selalu berdoa dlm hati...
"Ya Allah, seandainya ada nyawa dalam rahimku ini, aku mohon kau peliharalah ia selalu. moga ia sihat subur hingga dilahirkan... insyaALLAH. anakku, sekiranya dirimu hadir dalam tubuh badan bunda ini, bertahanlah sayang, bunda sedang sakit..."

semoga saya cepat sembuh, insyaALLAH...

Tuesday, January 3, 2012

3 january, happy birthday babah!


ini babah / abah saya. di kpg, di pekan, di bandar, di daerah, di bahagian kelahiran saya, abah dikenali sbg Cikgu Sani (beliau adalah cikgu yang tegas, garang dan menggerunkan). abah lahir drpd keluarga penoreh getah. anak sulung drpd 9 org adik beradik. abah anak sulung yg byk berkorban utk kejayaan adik-adiknya. walaupun begitu, syukur alhamdulillah abah berjaya dlm kerjayanya. rezeki Allah yg bagi.
abah belajar setakat kolej inggeris dan maktab perguruan saja. abah tak masuk universiti pun. tp bahasa english abah tiptop.
*kami , anak-anak abah yg masuk univ ni mmg kalah dgn english abah*

mula-mula abah cuma cikgu biasa, tp rezeki Allah dah tetapkan abah menjadi guru besar dalam usia yg muda. sangat muda. saya anak sulung, dan masih belum bersekolah lagi, abah sudah memikul tanggungjawab sebagai guru besar. mula-mula saya tak suka abah jadi guru besar sebab saya rasa terkongkong dan malu. abah jadi guru besar di sekolah saya, sejak saya darjah 1 hingga darjah 6. kalau ada pelajar sekolah yg membuat onar di sekolah, pelajar pertama yg akan disebat dirotan siapa lagi kalau bukan saya. abah @ guru besar yg akan sebat. malu, marah, benci semua ada.

tetapi pabila saya masuk sekolah menengah, barulah saya sedar bahawa jasa dan bakti abah sgt besar. mungkin dugaan Allah bagi pada abah, setiap kali sekolahnya berjaya dan cemerlang dlm UPSR, abah akan ditukar ke sekolah yang kurang cemerlang. kemudian apabila sekolah yang kurang cemerlang sudah menjadi sekolah yang bagus, abah akan ditukar lagi ke sekolah yang kurang bagus. begitulah yang terjadi sehingga abah bersara. selepas abah bersara barulah saya tahu bahawa abah ditukarkan bukan kerana ada masalah. tetapi atas permintaan penduduk kampung di kawasan sekolah-sekolah yang kurang bagus itu yang meminta pejabat pendidikan untuk menjadikan abah guru besar di tempat mereka.

abah, alai bangga jadi anak abah. alai kagum dgn curahan bakti abah pada anak bangsa. alai suka dengan cara abah yang tidak pernah memilih kasih pada anak dengan pelajar lain. abah seorang yang adil dan saksama juga suka bersederhana.

abah, moga Allah selamatkan abah. moga Allah berikan kesejahteraan abah di dunia dan akhirat. moga Allah sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNYA kepada abah juga kita sekeluarga serta muslimin muslimat seluruh alam. abah, alai sayang abah selamanya.

p/s : tika mengarah entry utk abah ni, rasa sebak airmata bergenang krn rindukan abah. insyaAllah, alai akan balik ke kpg soon... alai nak peluk cium abah. alai rinduuu...

skill baru saya yg biasa² aja

saje je nk sembang kosong kat sini... tgh busan-gile-mapoh ni...
*keje byk je tp xtau start mane dulu*

2011 aritu, saya berjaya mengasah bakat menjahit baju kurung sendiri. ulang suara, menjahit baju kurung sendiri ye. heheh, i know i know... ramai di luar sana yg mmg pakar jahit menjahit. mmg respect lah ngan sesape yg pandai menjahit ni. sbb ape tau, sbb menjahit ni kena ada kesabaran, keyakinan & ketelitian... yesss, ketelitian... mak bole tahan teliti gak la... ye lah, wat baju sendiri mesti nak kemas2, elok2, cantik2, tak gitu... nnt esok kalau ada rezeki amek tempahan buat baju kurung, mesti la nak buat yg terbaik kan kan kan... mesti nak tiptop, insyaallah...

tujuan belajar menjahit penghujung tahun 2011 aritu sbnrnya nak tambah skill diri sendiri disamping nak cari pendapatan sampingan pada masa hadapan. lagi pula dgn kemahiran ni bole la berjimat cermat sikit, economical kata cikgu. skrg ni, harga menjahit sehelai baju kurung paling murah pun RM45 sepasang. paling mahal saya pernah dengar sampai RM80 sepasang. tudiaaa... harga menjahit mengalahkan harga kain. skrg, saya cuma beli kain aje, pastu jahit sendiri. tak ke jimat namanya tuuu... *oh mak suke suke sukeee*

tp kan, bila fikir2, ada sebabnya kenapa harganya jadi mahal sebegitu rupa. upah menjahit yg menggunakan kudrat, masa, tenaga, kesabaran, ketelitian, kekemasan etc etc etc... bil letrik, makan minum, peralatan bagai... semua tu ada kos...


insyaALLAH, tahun ni nak tambah skill lain plak lah. niat dihati nk belajar wat baju kurung moden + baju melayu lelaki la plak... insyaALLAH... mudah2an dipermudahkan. di samping tu, nk asah bakat main gitar utk kesekian kalinya. dah lama benar tinggalkan guitar kt rumah tu. siannn, berhabuk dah... soon menjahit baju sambil main gitar bole??? hahahahahhh...

ok lah, rasanya takat tu je la nk membebel... lain kali ada masa busan-gile-mapoh mari lagi, saya sembang kosong lagi la ye... have a pleasant day peeps! cheers...

Sunday, January 1, 2012

happy 1st wedding anniversary to me!

happy new year peeps ^__________^
and
happy 1st wedding anniversary to me + husband



have a great + exciting + challenging year ahead yea...

xoxo; alinx

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...