Tuesday, January 3, 2012

3 january, happy birthday babah!


ini babah / abah saya. di kpg, di pekan, di bandar, di daerah, di bahagian kelahiran saya, abah dikenali sbg Cikgu Sani (beliau adalah cikgu yang tegas, garang dan menggerunkan). abah lahir drpd keluarga penoreh getah. anak sulung drpd 9 org adik beradik. abah anak sulung yg byk berkorban utk kejayaan adik-adiknya. walaupun begitu, syukur alhamdulillah abah berjaya dlm kerjayanya. rezeki Allah yg bagi.
abah belajar setakat kolej inggeris dan maktab perguruan saja. abah tak masuk universiti pun. tp bahasa english abah tiptop.
*kami , anak-anak abah yg masuk univ ni mmg kalah dgn english abah*

mula-mula abah cuma cikgu biasa, tp rezeki Allah dah tetapkan abah menjadi guru besar dalam usia yg muda. sangat muda. saya anak sulung, dan masih belum bersekolah lagi, abah sudah memikul tanggungjawab sebagai guru besar. mula-mula saya tak suka abah jadi guru besar sebab saya rasa terkongkong dan malu. abah jadi guru besar di sekolah saya, sejak saya darjah 1 hingga darjah 6. kalau ada pelajar sekolah yg membuat onar di sekolah, pelajar pertama yg akan disebat dirotan siapa lagi kalau bukan saya. abah @ guru besar yg akan sebat. malu, marah, benci semua ada.

tetapi pabila saya masuk sekolah menengah, barulah saya sedar bahawa jasa dan bakti abah sgt besar. mungkin dugaan Allah bagi pada abah, setiap kali sekolahnya berjaya dan cemerlang dlm UPSR, abah akan ditukar ke sekolah yang kurang cemerlang. kemudian apabila sekolah yang kurang cemerlang sudah menjadi sekolah yang bagus, abah akan ditukar lagi ke sekolah yang kurang bagus. begitulah yang terjadi sehingga abah bersara. selepas abah bersara barulah saya tahu bahawa abah ditukarkan bukan kerana ada masalah. tetapi atas permintaan penduduk kampung di kawasan sekolah-sekolah yang kurang bagus itu yang meminta pejabat pendidikan untuk menjadikan abah guru besar di tempat mereka.

abah, alai bangga jadi anak abah. alai kagum dgn curahan bakti abah pada anak bangsa. alai suka dengan cara abah yang tidak pernah memilih kasih pada anak dengan pelajar lain. abah seorang yang adil dan saksama juga suka bersederhana.

abah, moga Allah selamatkan abah. moga Allah berikan kesejahteraan abah di dunia dan akhirat. moga Allah sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNYA kepada abah juga kita sekeluarga serta muslimin muslimat seluruh alam. abah, alai sayang abah selamanya.

p/s : tika mengarah entry utk abah ni, rasa sebak airmata bergenang krn rindukan abah. insyaAllah, alai akan balik ke kpg soon... alai nak peluk cium abah. alai rinduuu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...