Friday, April 20, 2012

angan-angan

semalam sembang-sembang ngan suami. berangan-angan.
berangan nak sambar gadget-gadget ni soon (insyaALLAH)
ermmm... bukan nak meriak la kan. tapi sekadar nak cerita angan-angan saya, heheh.
suami layankan aje la angan-angan isterinya ni kan.

saya berangan nak tukarkan blackberry yg suami saya guna skrg (curve model ape tah), kepada model yang ini. dlm RM1,500 bole dapat insyaALLAH...

Bold 5

pastu, saya berangan nak beli Samsung Galaxy Note untuk diri sendiri. suami saya tau sungguh, saya memang mengidam note ni. dia suka gak note ni, tapi nak guna mungkin tidak katanya. so, dia menyokong angan-angan saya yang nak beli note. insyaALLAH...



kemudian kan, saya berangan-angan-angan lagi... nak beli the new iPad! yg org dok sebut-sebut iPad 3 tu la... bila agaknya iPad tu sampai Malaysia kan? baru ni saje la test Apple punya online order. mmg sungguh membantu. tp kan suami kata tunggu sampai Malaysia dan beli saja kat sini. tapi saya nak ipad kami ada engrave nama kami. FOC engrave kat belakang iPad kalau beli via online ngan diorg.


haaa... pastu kan, tak menahan punya angan-angan.
nak honeymoon kat Marina Bay Sands, Singapore.
well, semlm dah tengok-tengok harga package utk honeymoon. bole tahan mencekik gak lah. tapi, kalau ada rezeki memang nk honeymoon ke sana lah. possible tak? impossible? insyaALLAH... mudah-mudahan ada rezeki kami.

kalau ada rezeki ke sana, harus singgah Universal Studio Singapore tu lah kan. dah alang-alang org kata...

so, mari kita menabung menabung + menabung... mudah-mudahan semua ni bukan sekadar angan-angan. insyaALLAH akan direalisasikan.
Amiin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...