Sunday, May 6, 2012

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah, adik lelaki saya yang telah hilang selama 3 hari sejak 29/4/2012 (ahad) lalu, kini telah selamat dikembalikan ke pangkuan keluarga.
pengalaman 3 hari menanti khabar berita drpd adinda tersayang sangat menguji ketabahan + kesabaran kami sekeluarga. syukur alhamdulillah, ALLAH telah memakbulkan doa kami sekeluarga juga doa-doa saudara mara, rakan taulan, jauh dekat, kenal dan juga yg kami tidak kenali. alhamdulillah Ya Allah. berkat doa semua org yang sangat prihatin.
bagi mewakili keluarga saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang seikhlas hati mendoakan kesejahteraan adinda saya Syahkhairil selama kehilangannya tempoh hari. terima kasih juga kerana mendoakan keluarga saya. iya, kami sekeluarga rasa sungguh terharu apabila ramai yang bertanya khabar + sudi menghulurkan bantuan walaupun kami saling tidak mengenali. solat hajat, bacaan surah yassin doa dan juga bantuan anda semua dalam membantu keluarga saya untuk mencari adik saya ketika itu.

terima kasih terima kasih terima kasih semuanya.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, syukur padamu Ya ALLAH...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...