Monday, June 18, 2012

gonna be away from Malaysia soon

flight tix - checked
passport - checked
hotel - checked
camera - checked
pocket money - checked
tentative tour program -checked
tour guide - pending confirmed!
money changer - pending settled! jutawan rupiah skrg ni ahaksss...

alhamdulillah, semua dah settle...
cuma tinggal nak packing aje ni... excited + nervous at the same time...
hopefully, semuanya OK + kami ber honeymoon dgn tenang, insyaALLAH...

owhhh, am so excited for this trip!
i promise i will post lotssa pix once we're back from our long honeymoon trip

yayyy!!!

*image is googled

Thursday, June 14, 2012

Al-Fatihah buat nenda tercinta

Innalillahiwainnailaihirojiun

Surely we are Allah's and to Him we shall surely return.

Al-Fatihah buat arwah nenda tercinta, Hajjah Arminah binti Karah yang telah kembali menemui Allah SWT, pagi tadi. Doa kami, doa kita semua, semoga roh nenda yg dikasihi agar tenang, aman bahagia di sana. Moga arwah nenda ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
Amiin Ya Rabbal Allamiin

*gambar terakhir bersama nenda tercinta diambil pada majlis pernikahan saya pada 1/1/2011*


Tuesday, June 12, 2012

kejadian dalam lif

kejap tadi naik 1 lif ngan kak sue. dari ground floor nak naik level 4.

kak sue ni PA kpd our finance director.
kak sue + boss beliau mmg peramah, soft spoken + very friendly.

dlm lif tadi tetiba kak sue tanya soalan yg selalu saya dengar dulu².

"salina, sorry akak nk cakap ni. jgn amek hati ye. akak tengok salina ni, rupa mcm bukan melayu. unik sikit. ada mixed ke?"

"erkkk alamak, akak ni biar betul", sambil tergelak² malu² konon heheh

"iyyyer, salina perasan tak... tiap kali kita sembang akak pandang salina betul². suka tengok salina"

"adusss akak ni, heheh... ade² je lah... ermmm, mak saya org sunda kak... abah saya melayu. so kira melayu sunda"

"ooo patut lah. btul la tekaan akak, awak ada mix"

tingggg!

OK dah sampai level 4. cerita tu abis gitu aje. heheh.

Sunday, June 3, 2012

tunggul kayu itu aku

1 jam... 2 jam... kemudian 3 jam dan menjadi 4 jam... aku menjadi tunggul kayu menunggu kau... 30 minit pertama kau datang cakap kat aku, kau akan amek masa sekejap. hampir jam ke-2 kau senyap, aku call kau, kau cakap belum siap lagi... kenapa bukan kau yg call + bagitau aku? kenapa aku juga yg kena tanya kau? masuk jam ke 3 aku bosan. kau langsung tak call aku. mesej pun tidak. penting sungguh telefon kau tu kan? aku ni apa la sangat. ye lah, tak penting sebab tu kau berani buat aku mcm tu kannn. wahhh! 4 jam rupanya aku tunggu kau. kau tak tanya pun kat aku, aku penat ke aku lapar ke aku haus ke aku OK ke. agaknya kalau aku diculik pun kau takkan tau kan?

ehhh aku kecewa lah dgn kau. serius giler aku fed-up lah! aku ni apa kat kau? aku robot ke? mesin ke? yg paling best sekali apa kau tau? selepas 4 jam aku tunggu kau, kau minta maaf pun tidak!

terima kasih lah banyak2 sebab buat aku mcm ni. apa yg berlaku hari ni, tarikh ni aku akan ingat sampai bila2. ternyata telefon kau lebih penting dari aku. apa la nasib aku ni, malang betul lah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...