Sunday, September 30, 2012

ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 3 - akhir)

entry berkaitan yg ada sebelum ni, sila klik :


pre - ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 1)

pre - ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 2)

ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 1)

dan

ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 2)

hari ke 4 di Kota Bandung, kami melawat ke Trans Studio. ala-ala USS (Universal Studio Singapore) gitu. tapi kami di sana tak lama, 3jam aje sbb saya kurang kesihatan huhu... pastu bergegas pulak ke Pasar Baru for our final shopping utk kain baju + souvenirs, singgah lunch dia Restoran Simpang Raya, kemudian singgah pula ke Toko Tiga belek-belek jeans + sambar few t-shirts dan last sekali singgah di Kartika Sari memborong varieties of brownies.
hari ke 5 hari kembali ke KL. pagi pas breakfast, posing-posing lagi. around 11am gitu terima delivery daripada tailor utk seluar slack kami. 12noon checked out and zasss ke airport. sampai KL around 6:30pm waktu Malaysia. Alhamdulillah...

OK, layankan saja gambar-gambar kami yg sempat ditembak ^_^

yayyy, udah sampei...

excited ^_^

terpesona dgn kemeriahan di sini ^_^









bye bye Trans Studio... pjg umur ada rezeki kita jumpa lagi yah!

suami tembak gambar pemandangan di sekitar luar Pasar Bharu sementara menanti saya siap shopping


selepas breakfast hari terakhir bulan madu di Kota Bandung


yayyy! mo balik KL sudaaa...

Alhamdulillah, Kota Bandung sgt menyeronokkan. cuacanya yg dingin sejuk, mmg best! InsyaALLAH kami akan ke sana lagi lagi lllaaagggiii... amiin...

Monday, September 24, 2012

ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 2)

OK, meh sambung layan gambar part 2.
sebelum tu kalau nak baca persediaan serba ringkas sebelum percutian ke Kota Bandung ni, sila klik;
dan
*untuk gambar² hari pertama + kedua kami di Kota Bandung

our 3rd day in Bandung. baru pas breakfast + posing² sementara tunggu pak supir dtg

pemandangan yg indah di sepanjang perjalanan ke Kawah Putih. sawah padi, kebun strawberry + sayur mayur

yesss, sudah sampai di Kawah Putih. kitorg terlupa nak bawa baju sejuk spt yg dipesan oleh rerakan yg dah penah sampai sini. katanya sejuk sgt. syukur, nasib baiklah masa kedatangan kami tu, suasana tak sesejuk mane. masih bole bertahan lagi la... mask tu dipakai sekiranya pelawat tak tahan ngan bau sulfur. dinasihatkan utk sentiasa memakai mask, tp mcm biasalah... pelawat yg tak mendengar kata kan kan kan heheh

ok, jom posing²

hehehe, model kesayangan hamba

posing lagi dan lagi dan lagi

lagi dan lagi dan lagi...

singgah berehat jap...

terdapat ladang teh di kiri kanan sepanjang perjalanan dari Kawah Putih ke Situ Patengan. sejuk hijau je mata memandang... segarrr...

(tasik) situ patengan. kat sini la kenangan pahit suami apabila shade Levi's kesayangan dia tercicir... huhuh

pak supir suh kitorg turun + posing kt tpt ni sblm balik ke Kota Bandung. kami ikut saja

lunch di Restoran Sari Pawon @ Dapur Sangkuriang... sedddaaappp!!!

jalan² cuci mata di Rumah Mode

jalan² shopping²
^_______^

-to be continued, again-

Sunday, September 16, 2012

ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 1)

OK, dah cerita agak panjang kat sini;

pre - ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 1)

dan sini;

pre - ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 2)

jom layankan gambar² yg berjaya ditembak oleh kami berdua sepanjang berada di Kota Bandung tempoh hari... ^___^

p/s: sekiranya gambar kurang jelas, sila klik gambar untuk view yg lebih jelas yea


saya sememangnya suka 'tembak' awan gemawan ^_^

yayyy!!! landing time...

sudah sampai di tanah Bandung

check-in @ Sensa Hotel, Bandung

bilik kami! berbaloi² heheh


 aummm!!!

bilik mandi manda

poolside breakfast

posing² tembak gambar sementara menunggu pak supir


1st stop was Pasar Baru. nak shopping telekung + kain sulam + french lace + souvenirs + kerepek + kacang bandung. kemudian pak supir bawa ke Restoran Sederhana (masakan Padang) for lunch. mmg terbaik lah, lapar plak masa tu... mmg berselera sungguh masing². pas makan, terus menuju ke Tangkuban Perahu.

kami berlatarbelakangkan Kawah Ratu. mak gayat okeh! hehehe... nampak tak gambar kecik tu, saya mempunyai masalah penglihatan silau yg agak teruk. ketika siang terik memancar, shade MJ saya lah teman paling akrab heheh...

posing kejap sebelum memulakan perjalanan ke Kawah Domas

keindahan alam di kiri kanan perjalanan ke Kawah Domas

pak tour guide yg suh posing dlm pokok tu

yayyy! another 100 meter to reach the Kawah Domas. penat dowwwhhh, dah la pakai sandal croc biasa je. patut pakai kasut yg tahan lasak sikit so kaki tak melecet + sakit. pengalaman berharga sungguh. masa ni baju dah dibasahi peluh. nasib baik suami saya seorang yang penyabar, sabar je dia pimpin tangan isterinya ini ^_^

inilah kawasan Kawah Domas. bau sulfur yg agak terasa tapi masih boleh bertahan. masa ni tak ramai pelawat, ada la dalam 30 org gitu.  suami jalan² tgk kawasan sementara saya merendam kaki + sempat melumur kaki dgn lumpur kawah, bagus utk kulit kata org tempatan di sini. lega rasanya kaki berendam dlm air suam panas di sini.

 suami posing²

ada 2-3 org mat saleh yg rajin merebus telur kt situ. suami cuma tumpang amek gambar aje. suami tembak saya yg sedang membuat spa kaki.

oh yea, di Tangkuban Perahu ini lah kami ditipu oleh salah seorg tour guide di situ. utk mengumpan pelawat, asalnya dia menawarkan perkhidmatan utk menemani kami di sepanjang perjalanan turun ke Kawah Domas + balik semula ke pengkalan dgn hanya mengenakan Rp300ribu utk kami berdua (Rp300ribu = RM100). 3 kali saya bertanya, "confirm harga itu saja? tiada caj lain?". bersungguh dia mengiyakan. dlm perjalanan dia membawa lagi 2 org peniaga souvenir utk menemani perjalanan kami. bersungguh benar + rajin betul mereka menyuruh kami posing begitu begini. cerita itu ini. baik sungguh pada awalnya. dlm perjalanan pula, asyik sarankan kami berenti berehat. dalam hati berkata "wahhh, prihatin sungguh mereka ni".
TAPI... bila dah tiba di Kawah Domas jadi lain plak. kedua-dua peniaga tersebut seolah² memaksa kami utk membeli souvenir yg dibawa. pulak tu mahal sungguh harganya. kalau dibandingkan dgn souvenir² yg kami beli di Kota Bandung, jauh sungguh bezanya. saya + suami bersungguh mengelak + mengatakan taknak kerana tiada budget diperuntukkan utk souvenir di Tangkuban Perahu. mereka memujuk + memujuk. siap buat cerita sedih lagi, "pecah telur kak, rezeki pecah telur saja la kak... murah²". namun, kami suami isteri tetap berkeras mengelak, cakap dgn cara yg baik... berhati² kerana kami sedar kami di negara org.
dalam perjalanan balik ke pengkalan, mereka masih lagi memujuk agar kami membeli barang jualan mereka. kami tetap berkata tidak. sepajang perjalanan balik tersebut, kami suami isteri memegang erat tangan masing², di dalam hati hanya ALLAH saja yg tau. di dlm hutan yg asing ketika itu, dgn ditemani 3 org tempatan yang sudah berubah watak drpd org baik² kpd org² yg mula menunjukkan watak yg menakutkan, mmg agak membimbangkan. doa tak putus² moga ALLAH lindungi kami dari sebarang malapetaka + musibah. langkah kaki panjang + cepat utk sampai ke pengkalan di mana Pak Adjeng, supir kami menunggu.
sehingga hampir sampai di pengkalan di mana pak supir menunggu, tiba² pak tour guide menghampiri kami. "kak, sekarang sudah hampir 2 jam perjalanan kita. sejam Rp300k. beginilah kak, saya kira sejam 45minit saja, jadinya kakak bayar Rp500k saja ya kak". ehhh??? ape cite ni.
"tadi bapak bilang lain, skrg kenapa lain?", saya ulang semula apa yg dia ckp semasa nak turun tadi. "enggak kak, mmg dikira ikut jam kak. saya bilang begitu tadi". ahhh sudah! kena kenceng ke ni? ko tambah caj ko sebab kitorg tak beli souvenir yg kengkawan ko jual ke? heheh, sesape pun pantang bila kena tipu cakap putar belit kan? saya mmg mendidih lah. apalagi, saya sound la pakcik tu. kenapa tipu kitorg. pastu suami saya tambah lagi, "kenapa cari rezeki begini pak? duit tu nak bagi makan anak isteri kan? tak berkat pak kalau begini caranya". kami bawa perkara ni kepada Pak Adjeng. beliau terkejut sungguh tengok muka saya dah mcm hulk. saya memang pissed off teramat masa tu. panas gilersss... Pak Adjeng berkata juga kepada tour guide tu, "apa apaan ni pak? kenapa jadi begini?". saya pun cakap "takpe Pak Adjeng, bapak masuk + start engine". saya hulur $$$ kpd suami, masuk terus dalam kereta tanpa memandang tour guide + 2 org rakannya itu. suami menyerahkan duit Rp500k yg diminta kepada tour guide tu seraya berkata, "pak, jgn buat begini lagi ya pak. ga bagus, duit ga berkat menipu begini", lebih kurang begitu lah kata² suami. last sekali ayat saya, "pak, saya tak halal duit yg bapak tipu ni. bapak bikin malu sama org melayu". bengkak hati saya sepanjang perjalanan balik. seriousss... mmg sakit hati!.
sblm tu Pak Adjeng memang ada bagi pesanan, tak perlu turun ke Kawah Domas, kerana org² yg menjual souvenir di sana suka memaksa pelancong utk membeli barang jualan mereka. tentang tour guide yg menipu tu takde plak Pak Adjeng bgtau. beliau terlupa kot.
takpelah... pengalaman kena tipu di negara orang betul² menjadi pengajaran paling berharga kepada kami sejak saat itu. bukan rezeki kami juga la kan. disebabkan insiden tu, budget kami agak lari la jugak huhu...

dari Tangkuban Perahu, kami singgah dinner di Restoran Kampung Daun. hajat di hati nak catch sunset. tapi takde rezeki, sempat merasai senjanya saja. senja yg hampir gelap. timing agak lari gara² berada lama di Kawah Domas. tapi takpe, yang penting perut yg lapar diisi kenyang² sebelum balik ke hotel. kami ada mengajak Pak Adjeng untuk join sekali, tp beliau kata beliau sudah ada janji nak makan bersama kawan² supirnya yg lain di restoran yg sama. mungkin juga Pak Adjeng memberi peluang kami utk menikmati suasana romantis di restoran ini. yea, Pak Adjeng mmg sporting orgnya, heheh. dia yg byk memberi idea di mana tpt yg cantik utk kami abadikan dlm foto.

salah satu tempat menarik yg ada di Restoran Kampung Daun. dengan deruan air terjun, mmg asyikkk... tenang je rasa. sejuk nyaman sungguh... cuma saya tak tahan lama² sebab banyak nyamuk! heheh

suasana restoran yg cantik + menenangkan jiwa...

rezeki kami pada hari tersebut... nasi goreng istimewa restoran kampung daun pilihan suami, manakala saya memesan gurame goreng + nasi putih sahaja. air minuman terlupa nak snap. pisang bakar with cheese + choc rice for dessert. tapau something gak utk Pak Adjeng, kalau tak silap nasi timbel.
bergerak balik dari restoran jam 7mlm. singgah sekejap kat The Oasis nak tempah seluar slack tp tukang ukur saiz dah balik katanya. so, kena datang esok plak. terus minta pak supir hantar balik ke hotel. masa ni, dah start selsema, sakit kepala, sakit badan bagai. tanda² kepenatan yg teramat sangat. nasib baik ada bawa stok ubat²an dari Malaysia. balik hotel, mandi manda pastu terus golek² guling² atas katil, lena sungguh tido.

ok, nanti kita sambung plak perjalanan kami seterusnya di entry yg akan datang yea... trimas kerna sudi mampir di blog ini ^_^ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...