Friday, September 7, 2012

pre - ngedet di kota bandung 25 - 29 june 2012 (part 1)

1/1/2012 yg lepas merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg pertama. hajat dihati nak gi cuti² relax² + jimba² kat Grand Lexis, PD tp disebabkan budget tetiba lari, terpaksa la cancel. since then, kami suami isteri memasang angan² nak gak celebrate ulangtahun perkahwinan kami walaupun agak terlewat, hehe...

setelah dilanda pelbagai dugaan + ujian di beberapa bulan pada awal tahun ni, alhamdulillah... syukur sangat² kerana ALLAH memberikan kami rezeki yg murah... syukur syukur syukur Ya ALLAH... alhamdulillah...

1st anniversary present - bought an iPad! yayyy!!! been waiting + wanting the new iPad. alhamdulillah, syukur Ya Rabbi... akhirnya the new iPad itu menjadi milik kami heheh

2nd present - cuti² bulan madu ^_^

at 1st, kami bercadang nak ke Marina Bay Sands, Singapore + Universal Studio Singapore. mmg hati kuat sangat nak ke sana. siap dah bahagi² $$$ utk perbelanjaan ke sana. seriously, mmg hati + otak teruja nak ke sana. sungguh² plan cuti, tgk kalendar nak elak cuti sekolah Malaysia + Singapore heheh...

tapiii... tapiii... tapiii... suatu malam sedang tgk tivo, encik suami bersuara. "nape kita nak gi Marina Bay Sands eh syg? nape kita tak bercuti ke Indonesia je? lagi murah, sangat murah kan kalau dibanding ke Singapore tu". saya jawab "alaaarrr... nak gak pegi Marina, nak gak nak gakkk... i dah plan elok² cantik²... nak pegi gakkk... tinggal nak bayar je lagi kottt". beriya saya menegakkan pilihan kami sblm ni. sbb mmg nak sangat amek gambar kat Skypark tu, sambil tunjuk gambar² cantik Marina. sehari 2 gak perdebatan kami. suami tuka plan nak ke Indonesia, saya masih beriya nak ke Singapore.

heheh... lama lama, lama lama... saya pun seperti termakan kata² suami. OK! kita ke Indonesia. tapi Indonesia ke mana? Bali? Jakarta? Medan?... haaa, Bandung! terkedu terkejut. why??? kerana bunda saya org Sunda. org Sunda berasal dari Bandung. wahhh... seperti anak kecil dapat icecream, saya bersetuju langsung dgn cadangan suami. OK, kami ke Bandung!

selama ni dok dengar cerita kengkawan yang seronok ke Bandung. seronok shopping kebanyakkannya. kota Bandung syurga shopping! heheh, mmg tak dpt dinafikan kan? tapi kami berdua memutuskan bahawa percutian kali ini adalah utk cuti bulan madu kami. sblm ni dah byk kali bercuti bulan madu, tp dlm negeri saja. iye lah, budget ciput kan. kali ni ada rezeki lebih sikit, apa salahnya jalan jauh sikit. jadinya, kami ke Bandung bukan utk bershopping, tp utk melihat tpt asal keturunan keluarga bunda saya. asal usul darah yg mengalir dalam tubuh saya.

so, plan baru ke kota Bandung dimulakan. tanya sana sini, tanya kengkawan yg penah + selalu ke sana. byk tips yg diperolehi. terima kasih kengkawan semua ^_^

perkara pertama yg kami buat ialah mencari flight ticket mengikut tarikh yg sudah ditarget lama (tarikh kononnya nak ke Singapore tu). oleh kerana plan di saat² akhir, keputusan yg dibuat kurang 2 bulan, makanya terpaksalah berbelanja lebih untuk flight ticket utk kami berdua. KUL - BDO (return), 25th + 29th June 2012... kaching!!! RM1,100 gak abis (pejamkan mata aje la kan kan).

memandangkan kali ni cuti² bulan madu, jadi kami memutuskan utk tinggal di hotel yg selesa. yg sangat selesa utk kami berdua. kami memilih utk stay di Hotel Sensa, Bandung yg bersebelahan dgn Cihampelas Walk @ CiWalk. hotel ni disyorkan oleh KakLong (kakak angkat kami) yg penah stay di hotel tersebut. ketika penginapan kami, hotel itu baru dibuka 6bulan. campur tolak hampir RM1,300 juga yg kami spent utk 4 mlm di hotel tu. tp mmg berbaloi, mmg puas ati sangat². semua pekerja hotelnya sangat sangat sangat peramah. sangat membantu. plus, WiFi free yg sangat laju, seriousss... double thumbs up lah!

ehhh, alamakkk... dah panjang plak entry ni. bosan tak? heheh... memula tadi mcm takde cerita yg disharekan, tp bila dah start menaip, bercerita... panjang plak jadinya ye. ok lah, nanti sambung kat entry lain ye... cau beddah!

moral of the story : sambar saja flight ticket yg murah sekiranya ada kemampuan, walaupun ketika tu kita takde plan nak bercuti. selepas beli tiket murah tu, for sure mesti kita akan plan sikit² pelan², kan? maka selepas ini, kami akan menyambar saja peluang yg ada, dengan izin Allah... insyaAllah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...