Monday, October 8, 2012

thai odyssey yg ohsem!

2 minggu lepas, sedang mencari mood nak tido, tetiba suami bersuara "papa nak belanja mama gi massage ni. nanti amek la duit kat tabung tu k"

hoh! O_o

dgn segeralah isterinya ni senyum lebar angguk kepala + jawab "okeh!"

last sekali gi massage masa balik dari cuti-cuti di Bandung aritu, that was on July kalau tak silap. tp masa tu tak plan pun nk gi massage. masa tu jenjalan shopping pas tgk movie, tetiba suami bersuara "mama pegi la massage kt situ, papa belanja". wahhh, bak org mengantuk disorongkan bantal, mmg senyum sengih lebar je la heheh... masih terbayang-bayang lagi betapa nyamannya, betapa best nya, betapa seronoknya gi massage kat Thai Odyssey aritu. sooo... mmg nak masssage kt situ lagi lah... (yayyy!)

so, sabtu baru ni (6/10/2012) ke Thai Odyssey lah saya heheh. kebetulan suami bekerja separuh hari setiap sabtu, so amek kesempatan la kan. kalau sebelum ni, bole terima lagi beliau tunggu sejam isterinya ber massage. lebih dari sejam kalu, mmg tak sampai ati la den ni.

the signboard


Thai Odyssey kat IOI Mall ni terletak di 2nd floor, new wing bersebelahan dengan the Popular book store. sampai je kat sini, ada 2 penyambut tetamu yang manis-manis dan sangat lah friendly (harus la friendly kan sbb nak attract pengunjung, kan kan). spt yg kita tahu juga, budaya Thai/siam, perempuan mahupun lelakinya mmg lemah gemalai je bercakap. alahaiii... sawadikap, kap kun kappp... lemah lembut je bersuara diorg... lomah jantung den donga... ooopppsss, tak sempat nak tembak gambar penyambut tetamu sebab excited nak masuk bilik utk massage heheh...

oh yea, saya amek sesi Thai Aromatherapy 120min (RM180 campo tax bagai). sama spt yg sblm ni cuma kali ni amek yg 2 jam punya. masa nk pilih pakej tu, diorg akan tanye kita nak urut yg cemane. nak yg kepak-kepak ke, nak yg pakai minyak ke tak pakai minyak ke, nanti dah sembang-sembang serba sikit diorg akan rekemen la. macam saya ni, saya nak relax nak slow-slow and of course taknak la yg sakit kan. lagipun amek 2 jam, mesti nak rehat-rehat je. heheh... utk Thai Aromatherapy ni, ada pilihan beberapa jenis minyak yg digunakan. the last time dtg sini, saya amek utk minyak for Relaxing. kali ni, amek utk Energy. rasa kurang bermaya sejak 2 menjak ni, so amek la yg tu.

lepas settle pilih pakej + buat bayaran, pelayan a.k.a massage therapist akan memulakan tugasnya dengan membasuh kaki + scrub kaki terlebih dahulu. kemudian lap sampai kering baru lah di bawa ke bilik massage. buka baju buka seluar, pakai towel + disposable underwear dan saya ready utk di massage.

massage therapist akan bertanya sesekali sekiranya kita selesa ataupun tidak dengan servis yg diberikan. pengalaman 2 kali ke sini, servis yg diberikan memang tiptop!

ini sediaan air suam ye kengkawan. air suam beraroma + ada sedikit rasa daun pandan. nampak dalam gambar mcm air herba yg gelap warnanya. oleh kerana tak cukup pencahayaan camera fon la ni, heheh. air suam pandan ni dihidangkan masa sebelum sesi massage dimulakan. saya memilih utk meminumya selepas urut.

rasa ringan badan + selesa sedap je rasa tubuh badan selepas 2 jam diurut. mmg tak menyesal lah. ringan + bertenaga! so, sesape yg suka memanjakan diri tu, Thai Odyssey is highly recommended. kalau agak-agak macam tak confident, amek la sesi yg singkat dulu. dah puas ati nanti baru try sesi yg lama sikit.

OK, tu je nk share kali ni... tQ for reading u'olsss... cau beddah!

Wednesday, October 3, 2012

chillax bersama my BBB di Fraser's Hill

ooowww, ini pun entry yg agak lama. entry yg sepatutnya di publish sebelum gi cuti-cuti di Kota Bandung. my beloved BBB yg manis, za$y@ bermurah hati mengajak saya + suami utk sama-sama chill + relax di Fraser's Hill. mmg sgt excited masa beliau menyuarakan hasrat suci murninya itu. keranaaa, saya tak pernah sampai lagi ke Fraser's Hill. suami saya pun gitu gak, tak pernah sampai ke sana. yeaaa, mmg looking forward nak cuti-cuti hujung minggu di sana.

kami bergerak selepas lunch. perjalanan mmg agak jauh + mencabar. mencabar pada diri saya je sebenarnya. pening-pening + nak muntah di sepanjang perjalanan dari kaki bukit hingga sampai ke apartment penginapan kami, Fraser's Silverpark Resort. nasib baik la tak termuntah dalam kereta org huhu...

nwaysss... layankan la ye gambar-gambar yg sempat kami tembak di sepanjang cuti singkat kami ber4 di sana ^_^

"are we there yet?" ayat tu berulang kali disuarakan kepada suami. heheh... saya menjadi lembik longlai sepanjang perjalanan huhuh. selepas 2 jam menempuh jalan lurus jalan bengkang bengkong selekoh tumpul selekoh tajam, akhirnya sampai juga di Fraser's Hill. fuhhh... legaaa~

there she is ^_^ my beloved sister cum bestfren cum best buddy cum kawan suka duka tawa nangis, si manis Za$y@ ... aaawww, love U noxxx... love U byk laut + U know it kan kan kannn

sampai di Fraser's Hill, terus check-in. pastu kami gi Allan's Water. ada tasik comel utk beriadah. kami cuci-cuci mata tembak-tembak gambar + tengok-tengok ikan yg meriah dalam tasik.

singgah kejap kat taman bunga, katanya. tp takde rupa taman bunga pun. ahaksss... mat bangla ni tak abis-abis sebut "2 ringgit saja" "2 ringgit" hahahaha... pastu pauw rokok org hahahaha... adehhh... mmg terkekek aje kitorg gelakkan dia

dari tasik dan 'taman bunga' kami singgah makan di food court berhampiran. selesai makan, singgah pula di The Paddock, ada aktiviti memanah + horse riding session. memandangkan hari menghampiri senja, kami cuma sempat menunggang kuda je. dapat la 1 round jalan-jalan naik kuda. saya mmg cuak duduk atas kuda, takut jatuh. sakit wooo kalau jatuh kan kan kan

lepas jalan-jalan ngan kuda, kitorg pun pulang ke sarang. heheh, balik ke apartment. bekalan makanan minuman utk sepanjang malam dah beli siap-siap. so mlm tu takyah dah nak keluar cari makan. nk rehat-rehat, sembang-sembang, gossip-gossip ngan my BBB. layan DVD cite 'the vow'... me + my BBB je yg tgk sampai abis... hero 2 org tu tetido hahaha... kesian. kepenatan layan tuan puteri masing-masing gamaknya.

mlm tu hujan lebat angin pun kuat. scary gak. doa + zikir tak putus-putus mohon perlindungan ALLAH moga kami ber4 sentiasa selamat.

bangun awal, pastu tido balik... apa taknya, suasana nyaman, dingin sejuk je. takyah pasang aircond @ kipas. besttt... encik suami bangun pagi, lepas minum coffee, amek camera + tripod terus gi main tembak-tembak gambar seorang diri. isterinya ni tak larat nak mengekor. tengok dari jauh aje hihih

posing-posing dulu sebelum hit the road to home ^_^
what a happy moment *grinning*

bye bye Fraser's Hill, I C U when I C U

*special note : many many maaannnyyy thanks to my sweet darling BBB for the best chillax weekend.  love U babe... muaxh!!!

Tuesday, October 2, 2012

balik kpg + jalan² ke Kundasang

ooopppsss, lama dah janji nk upload gambar masa kitorg jalan² ke Kundasang pd bulan Julai yg lepas. saya + suami balik ke kpg belah saya di Borneo pada 17 - 21 Julai, bersempena nak menyambut Ramadhan bersama keluarga saya. al-maklum, tahun ni raya kat belah suami, so kena la balik jenguk keluarga saya masa bulan puasa kan. baru adil gituuu... hihih
kalau yg sudah lama kenal saya mesti confuse jap. "eh dia ni kata asal org Sarawak, nape balik kpg kt KK plak? KK kat Sabah kan?". heheheh... OK OK, saya + keluarga sememangnya berasal dari Sarawak. Anak Sarawak yo! heheh. abah org Melayu, bunda org Sunda, so kami adik beradik jadi la Melayu Sunda. kenapa balik KK plak skrg? OK begini. abah + bunda baru je beli tanah + buat rumah hinggap (ala² istana hinggap la gitu tp rumah biasa² je). bersebelahan dgn rumah tu juga, abah buat la 4 pintu bilik utk disewa, sesambil nk tambah pendapatan katanya. why KK? kerana keluarga saya kerap berulang alik ke KK, selalu sangat. 2 org adik saya study + bekerja di sana. daripada asyik duduk hotel je, lebih baik buat rumah sendiri kan kan. haaa, begitulah ceritanya. walau apapun, saya tetap anak Sarawak, org Borneo ^_^ KK, Sabah boleh la dikatakan sebagai kampung ke-2 kami lah (bole gituuu heheh)

1st day sampai rasa sangat excited sebab tu lah kali pertama kami suami isteri menjejakkan kaki ke rumah baru my parents. berdekatan ngan 1Borneo Shopping Complex, so jalan menuju ke rumah mmg agak sibuk lah. rumah sederhana besar je, tp selesa lah utk kami anak beranak. lagipun kebiasaannya hanya ada abah + bunda + 2 org adik lelaki saya je. adik bungsu - Intan, most of her time kat asrama. so aritu masa sampai di rumah baru, saya + suami merasmikan bilik baru adik bungsu saya tu. heheh... mementang anak bungsu, perempuan plak tu, bilik dia la jadi master bedroom. untung laaa... yg paling best kt rumah tu, abah saya sengaja buat dapur mengadap ke 1Borneo. kata abah, supaya masa bunda masak leh intai² 1Borneo tu. cuci mata katanya. w/pun rumah di kawasan bandar + dekat dengan laluan yg selalu sibuk, suasana rumah dingin dan nyaman. sejuk je. haihhh... kalau rumah kami kt KL ni mcm tu gak, kan best.

2nd day, bertolak ke Kundasang. haaa... sebenarnya amek gambar masa kat Kundasang ni je la pun. layankan je lah ye. kami stay 1 malam aje di Kinabalu Pine Resort. adik Yat yg rekemen duduk situ sebab kami nak tgk keindahan Gunung Kinabalu, clear view katanya. oh ye, masa balik sana sedang musim hujan. so, agak risau gak la kalau² tak dapat nk tgk Gunung Kinabalu dgn jelas.

perjalanan dari rumah ke Kundasang mengambil masa 1jam 15minit gitu. gerak dlm 9pagi, suami yg drive + kami tak singgah memane pun. lepak kejap di Kinabalu National Park sebab suami saya tak pernah sampai situ lagi. dia berhajat nak mendaki + menawan puncak Gunung Kinabalu, insyaALLAH soon katanya. pusing² jalan² dan harus lah tembak² gambar kan?

OK, layankan...
gbr saya + suami tu sbnrnya pose tak ready lagi. hahah...
gambar kecik belah atas : saya + bunda + adik Yat + abah
gambar kecik bawah : bunda + abah saya yg cool ahaksss...


menahan kesejukan huhuh

  adik lelaki yg paling 'kecik'. adik Yat. dia wat part-time tourist guide juga sebenarnya. so, kalau nak gi jenjalan di Sabah, boleh la contact saya ^_^

suami saya kesejukkan masa ni ;b


 sudah sampai di Kinabalu Pine Resort. tapi takleh nk masuk cabin lagi, so gi jenjalan cari makan + singgah masjid utk solat Zuhur dulu.


the Mount Kinabalu, dari jauh

 berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

 cabin kami merupakan cabin yg paling atas di sini. buka pintu je nampak Gunung Kinabalu. dari katil pun bole nampak tau...

 their wild borneo orchid garden

 sememangnya sejukkk...


 bunga kat sini mmg sihat subur gemuk²... geramsss



ada kandang rabbit di kawasan belakang cabin abah + bunda

 ni kitorg posing kat verandah kat cabin my abah + bunda. sembang² sambil minum kopi panas... perrrggghhh layannn... dari cabin diorg pun bole tgk Gunung Kinabalu dgn sgt jelas

 Subhanallah... cantik kan? pemandangan Gunung Kinabalu sesudah subuh...

kami berdua terpaku melihat keindahan ciptaan ALLAH... mmg cantik sangat²

gara² tertingal tripod kat rumah, so terpaksa la take turn utk berposing heheh

cantik kan???

rindunya suasana ni...

 melawat rabbit yg gebu-comel-geram-macam-nak-picit di pagi hari

haaa, tu la cabin penginapan kami... kalau menapak dr lobby, berpeluh gak wpun sejuk heheh

seriously, saya sangat suka pine tree ^_^

bunga bungaaa...

sementara tunggu abah + adik Yat turun nk gi breakfast sesame, bunda layan tv katanya... malas nk kuar sbb sejukkk...

pose terakhir adik Yat sblm kamu check-out

sudah ready mo pulang ke KK

us ^_^

heheh... encik suami ajak wat sign l.o.v.e ecehhh!!!

meneman bunda belek bunga utk dibawa pulang. tp tak beli apa pun sbb bunga yg dicari takde la plak.

on the way balik rumah hujan selebat-lebatnya. sejuk je sepanjang perjalanan... all in all, balik kpg kali ni mmg sgt best! sbb hajat nak bawa parents jenjalan gi Kundasang tercapai juga akhirnya. suami pun teringin sangat nak melawat ke Kinabalu National Park, target beliau nak daki Gunung Kinabalu insyaALLAH tak lama lagi. mudah-mudahan hajat suami saya tercapai jua nnt, amiiin...

OK, tu je la cerita cuti kami di Kundasang. nanti saya update plak cerita jalan-jalan ke Frasers Hill.
till then, cauuu beddahhh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...