Monday, October 8, 2012

thai odyssey yg ohsem!

2 minggu lepas, sedang mencari mood nak tido, tetiba suami bersuara "papa nak belanja mama gi massage ni. nanti amek la duit kat tabung tu k"

hoh! O_o

dgn segeralah isterinya ni senyum lebar angguk kepala + jawab "okeh!"

last sekali gi massage masa balik dari cuti-cuti di Bandung aritu, that was on July kalau tak silap. tp masa tu tak plan pun nk gi massage. masa tu jenjalan shopping pas tgk movie, tetiba suami bersuara "mama pegi la massage kt situ, papa belanja". wahhh, bak org mengantuk disorongkan bantal, mmg senyum sengih lebar je la heheh... masih terbayang-bayang lagi betapa nyamannya, betapa best nya, betapa seronoknya gi massage kat Thai Odyssey aritu. sooo... mmg nak masssage kt situ lagi lah... (yayyy!)

so, sabtu baru ni (6/10/2012) ke Thai Odyssey lah saya heheh. kebetulan suami bekerja separuh hari setiap sabtu, so amek kesempatan la kan. kalau sebelum ni, bole terima lagi beliau tunggu sejam isterinya ber massage. lebih dari sejam kalu, mmg tak sampai ati la den ni.

the signboard


Thai Odyssey kat IOI Mall ni terletak di 2nd floor, new wing bersebelahan dengan the Popular book store. sampai je kat sini, ada 2 penyambut tetamu yang manis-manis dan sangat lah friendly (harus la friendly kan sbb nak attract pengunjung, kan kan). spt yg kita tahu juga, budaya Thai/siam, perempuan mahupun lelakinya mmg lemah gemalai je bercakap. alahaiii... sawadikap, kap kun kappp... lemah lembut je bersuara diorg... lomah jantung den donga... ooopppsss, tak sempat nak tembak gambar penyambut tetamu sebab excited nak masuk bilik utk massage heheh...

oh yea, saya amek sesi Thai Aromatherapy 120min (RM180 campo tax bagai). sama spt yg sblm ni cuma kali ni amek yg 2 jam punya. masa nk pilih pakej tu, diorg akan tanye kita nak urut yg cemane. nak yg kepak-kepak ke, nak yg pakai minyak ke tak pakai minyak ke, nanti dah sembang-sembang serba sikit diorg akan rekemen la. macam saya ni, saya nak relax nak slow-slow and of course taknak la yg sakit kan. lagipun amek 2 jam, mesti nak rehat-rehat je. heheh... utk Thai Aromatherapy ni, ada pilihan beberapa jenis minyak yg digunakan. the last time dtg sini, saya amek utk minyak for Relaxing. kali ni, amek utk Energy. rasa kurang bermaya sejak 2 menjak ni, so amek la yg tu.

lepas settle pilih pakej + buat bayaran, pelayan a.k.a massage therapist akan memulakan tugasnya dengan membasuh kaki + scrub kaki terlebih dahulu. kemudian lap sampai kering baru lah di bawa ke bilik massage. buka baju buka seluar, pakai towel + disposable underwear dan saya ready utk di massage.

massage therapist akan bertanya sesekali sekiranya kita selesa ataupun tidak dengan servis yg diberikan. pengalaman 2 kali ke sini, servis yg diberikan memang tiptop!

ini sediaan air suam ye kengkawan. air suam beraroma + ada sedikit rasa daun pandan. nampak dalam gambar mcm air herba yg gelap warnanya. oleh kerana tak cukup pencahayaan camera fon la ni, heheh. air suam pandan ni dihidangkan masa sebelum sesi massage dimulakan. saya memilih utk meminumya selepas urut.

rasa ringan badan + selesa sedap je rasa tubuh badan selepas 2 jam diurut. mmg tak menyesal lah. ringan + bertenaga! so, sesape yg suka memanjakan diri tu, Thai Odyssey is highly recommended. kalau agak-agak macam tak confident, amek la sesi yg singkat dulu. dah puas ati nanti baru try sesi yg lama sikit.

OK, tu je nk share kali ni... tQ for reading u'olsss... cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...