Friday, November 2, 2012

ayam masak hitam

simple + sedap!

bahan-bahannya (hidangan untuk 2 - 3 org) :
1/4 ekor ayam - dipotong kecil, dibersih dan ditoskan
3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus
1- 2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 sudu makan cili giling/kisar
3 sudu makan kicap pekat manis
2 - 3 sudu makan kicap lemak manis (mengikut citarasa/kesukaan anda)
kunyit secukupnya (untuk ayam goreng)
garam secukupnya (untuk ayam goreng)

bahan kisar :
1 biji bawang besar
1 batang serai

cara memasak :
  1. lumur ayam dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng hingga masak. ketepikan/toskan minyak.
  2. panaskan sedikit minyak hasil gorengan ayam tadi di dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. goreng sehingga keperangan.
  3. masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar. kacau hingga naik bau.
  4. masukkan cili giling/kisar dan masak hingga naik minyak (gunakan api kecil).
  5. masukkan kicap pekat manis dan kicap lemak manis, dan kacau lagi. jika agak kering, bolehlah masukkan sedikit air. rasa masin dan manisnya mengikut kesukaan anda.
  6. akhir sekali masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata. sekali lagi, rasa masin/manisnya sebelum diangkat.
  7. hidangkan dengan nasi putih panas atau nasi berperisa.
  8. selamat mencuba! ^_^

resipi ini ilham daripada : Ayam Masak Hitam

~ omong kosong ~
gulai kegemaran suami saya ialah ayam masak lemak cili padi dan ayam/daging masak kari. sejak mencuba resipi ini, Alhamdulillah... ianya menjadi salah satu masakan kegemaran suami saya juga ;-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...