Saturday, January 19, 2013

sneak peek : our 2nd wedding anniversary romantic getaway

memandangkan tarikh wedding anniversary kami jatuh pada setiap tahun baru, makanya sambutan sempena anniversary, cuti² cintan cintu bulan madu akan ditunda ke tarikh yang lebih sesuai + mengikut jadual kami berdua. ye lah, masa cuti tahun baru kos penginapan + percutian semestinya menjadi lebih mahal berbanding hari² biasa kan kan kan. pastu kesesakan manusia yang berganda berbanding bukan hari cuti.

setelah berbincang² mesyuarat dan menyemak kemampuan tabung bulan madu, In sha ALLAH, kami akan jalan² bulan madu lagi hihih. bukan ke luar negara dan tidak juga terlalu jauh. dekat² saja dan masih di dalam Malaysia.

dah few years gak dok skodeng² tempat ni. tapi tak pernah pergi lagi sebab harganya agak bole tahan mahal jugak. kata org, mesti fikir 10-20 kali punye lah... disebabkan suami nak menggembirakan isteri, jadinya suami setuju sajelah heheh... lagipun suami saya percaya dengan cadangan isterinya ni. keputusan tetap kami lakukan bersama².

tak nak bagitau dulu lah nak ke mana. tapi sesape tau kat mane tempat ni, diam² dulu lah yea ^_^

ooowww, sangat tidak sabar niii...

nampak damai je kan ^_^

nyeh nyeh nyeh (gelak jahat)

Saturday, January 12, 2013

pentingnya Taklim di rumah


Tidak berkumpul dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah, saling mengajarkanya sesama mereka,kecuali diturunkan kepada mereka sakinah, rahmat menyirami mereka, para malaikat mengerumini mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang ada di sisi-Nya
(Hr.Muslim,Abu Daud)

Dahulu pada zaman Rasulullah SAW belum ada yang namanya pesantren, sekolah, perguruan tinggi dan tempat-tempat pendidikan yang lain, tetapi kenapa bisa bermunculan hafidz qur’an, ulama, ahli hadist baik anak-anak atau wanita, padah yang selalu menghadiri majlis Rasulullah SAW adalah kaum lelaki.

Hal ini terjadi karena di rumah para sahabat r.hum hidup ta’lim di rumah-rumah mereka. setiap mendapatkan satu ilmu dari Rasullah SAW mereka menceritakan apa yang di dapat dari Rasulullah SAW kepada para ist3ri dan anaknya, sehingga istri dan anak-anak bisa menjadi alim dan alimah. 

Para Sahabat r,hum sangat paham bahwa tempat yang paling baik adalah masjid, sehingga mereka berusaha menjadikan rumah-rumah mereka seperti masjid dengan menghidupkan amalan-amalan masjid di rumah mereka. mereka saling mendakwah sesama anggota keluarga, saling menguatkan untuk perkara iman mereka juga saling belajar dan mengajar antar sesama keluarga.

Para sahabat r,hum berupaya bagaimana caranya suasana Agama bisa hidup di rumah mereka. saat ini yang  terjadi pada rumah kita orang islam adalah sebaliknya ,kita berusaha agar rumah kita di penuhi barang-barang dunia yang kurang bermanfaat, tiap hari di putar musik keras-keras, TV yang tidak pernah mati, barang-barang antik yang membuat kita sibuk dengannya dan melupakan Allah (ASTAGHFIRULLAH). 

Apabila tradisi yang ada di rumah para sahabat r,hum kita hidupkan lgi di rumah-rumah kita In sha Allah dari rumah-rumah orang Muslim saat ini bisa memunculkan para ahli agama, alim dan alimah, hafidz , hafidzah dan para mujahid. 

Maksud diadakan taklim di rumah adalah agar di rumah kita ada nur (cahaya amalan agama Islam). 

Manfaat dari taklim di rumah:
  1. Allah swt akan memberikan rahmad, sakinah dan keberkahan pada ahli rumah/keluarga.
  2. Akan wujud suasana agama di rumah.
  3. Ahli keluarga akan tahu nilai-nilai akhirat dan amalan agama.
  4. Mengeluarkan kebesaran MAAL (harta) dan memasukkan kebesaran AMAL soleh dalam hati.
  5. Akan mendapat keyakinan bahwa amal Rasul dapat menyelesaikan masalah kita di dunia dan dakhirat.
  6. Rumah kita akan di penuhi nur yang cahayanya sampai ke langit.
  7. Malaikat akan masuk dan syaitan-syaitan akan keluar dari rumah.
  8. Akan menghancurkan 40 majlis maksiat.
  9. Akan di jauhkan dari fitnah dajjal.
Kerugian apabila tidak menghidupkan taklim di  rumah:
  1. Beramal ikut nafsu.
  2. Ahli keluarga tidak mengetahui nilai-nilai akhirat karena di dalam rumah tidak ada mudzakarah tentang iman dan amal soleh.
  3. Di rumah banyak syaitan, karena suara musik lebih sering terdengar dari pada bacaan-bacaan ayat suci Al-Qur’an, gambar-gambar dan patung banyak di simpan di dalam rumah.
  4. Maksiat bermaharajalela, antara anggota keluarga menjadi kurang rukun, sering terjadi pertengkaran.
  5. Itu semua akan terjadi  karena rumah yang tidak hidup amalan agama dan taklim di rumah maka ahli keluarga tidak akan tahu pentingnya amalan agama.
Cara membuat taklim rumah:

  • Di rumah hendaklah kita memiliki kitab atau buku ta’lim (spt fadhilah amal), jika tidak ada bisa menggunakan terjemahan AlQur’an atau buku-buku agama yang di dalam nya terkandung firma Allah dan sabda Nabi (hadits). menurut alim ulama sebaik-baiknya harta yang di simpan di rumah adalah AlQur’an dan buku ta’lim (fadhilah amal).
  • Waktu ta’lim di tetapkan, pilih waktu dimana seluruh anggota keluarga berkumpul.
  • Tempat ta’lim ditentukan istiqomah satu tempat saja dan dikondisikan sebagaimana suasana masjid (bebas dari perabot mewah/patung/gambar makhluk).
  • Baca ta’lim dengan istiqomah setiap hari satu kali.
  • Baca ta’lim secara bergiliran setiap hari mulai bapa/suami, ibu/isteri, anak-anak, dst.
  • Baca buku ta’lim secara berurutan, setelah dibaca di tandai dan dilanjutkan kembali besoknya.
  • Semua fadhilah di baca, diutamakan baca fadhilah shalat dan kisah sahabat.
  • Sekali-kali diterangkan adab-adab ta’lim sebelum ta’lim dimulai.
  • Selain ta’lim dengan membaca kitab, taklim rumah diisi dengan  mudzakarah sifat-sifat sahabat, halaqah tajwid Qur’an, masa’il, muzakarah wanita, dst.
  • Waktu taklim sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Selesai ta’lim ditutup dengan doa kifarah majlis: “Subnallakallahumma wabihamdika"


Info dipetik dari : Blog Taufik (trimas saudaraku)

Friday, January 11, 2013

pesanan Ustaz Azhar Idrus kepada para suami - edisi 3/3

ok, ini edisi akhir sambungan Edisi 1 + Edisi 2

dan, pesanan di bawah dipetik dari blog Pakar Cinta (terima kasih Pakar Cinta).

Panduan Suami Baik
35) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga? 


36) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 

37) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 

38) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 

39) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 

40) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 

41) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 

42) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 

43) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 

44) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 

45) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 

46) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 

47) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 

48) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 

49) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 

50) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 

51) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

In sha Allah... mudah²an kita semua dapat memanfaatkan pesanan² Ustaz Azhar Idrus ini dalam mencari keredhaan Ilahi.

Thursday, January 10, 2013

10/01/10 - 10/01/13, we're soulmate for 3yrs now

happy anniversary Al Juma ku!
dah 3 tahun dah kita bercinta ye... syukur Alhamdulillah, sudah 2 tahun juga kita menjadi suami isteri kan. suka duka, pahit manis, jatuh bangun kita harung bersama ye syg.

 
humang aihhh... muka suci muda remaja sungguh kahkahkah
(ini adalah gambar lama hihih)

terima kasih kerana menerima syg seadanya syg.
In sha ALLAH, syg akan setia bersamamu selamanya...

In sha ALLAH

Tuesday, January 8, 2013

pesanan Ustaz Azhar Idrus kepada para suami - edisi 2/3

OK, enrty kali ini adalah sambungan daripada, edisi 1/3

dan, pesanan di bawah dipetik dari blog Pakar Cinta (terima kasih Pakar Cinta).


Panduan Suami Baik

18) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 

19) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 

20)Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. 

21) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 

22) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 

23) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 

24) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 

25) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 

26) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 

27) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.



28) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 

29) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 

30) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 

31) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 

32) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 

33) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 

34) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


In sha Allah...

...bersambung...

Monday, January 7, 2013

pesanan Ustaz Azhar Idrus kepada para suami - edisi 1/3

pesanan di bawah dipetik dari blog Pakar Cinta (terima kasih Pakar Cinta)

Panduan Suami Baik


1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4) Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 

5) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 

6) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ? 

7) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 

8) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Suami : alah alah alahhh, comelnye lah isteri syg ni...
Isteri : hihih... hihih (cover gelak sbnrnya, hahahah)

9) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

15) Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

16) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

In sha Allah...

... bersambung...

Wednesday, January 2, 2013

adab menyikat rambut


  1. Rasulullah SAW melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
  2. seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
  3. seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
  4. adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
Wallahu a'lam
Sumber : Planner Islamiah 2013/1434-1435

Tuesday, January 1, 2013

new year + wedding anniversary


may this new year be a step forward,
in leading everyone to new adventures,
new roads to explore and new success to reach.
happy new year 2013 everyone!

and

happy wedding anniversary to us!



how true my feelings were, i found out to be the best thing in my life was when you married me. thank you my loving husband - Al Juma, for the 2 years we share. i know one thing for sure, we make a wonderful pair.

i love you sayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...