Wednesday, February 13, 2013

our colourful 2nd wedding anniversary - part 3 of 4

dah cerita part 1 dan part 2, hari ni mari kita sambung part 3. wahhh, ada berapa part ni? dah nak habis cerita dah. part 4 nanti cerita penutup la heheh.

2nd day di Melaka, breakfast around 8ish. pilihan menu untuk breakfast tak banyak, boleh dikatakan makan saja apa yang ada lah gitu. saya ni tak memilih makanan. kalau rasa boleh makan, saya bedal je. kalau agak² tekak takleh jalan, tak makan la kan. usai breakfast terus naik bilik. kemas² beg + bersiap untuk check-out. encik suami sempat melelapkan mata sekejap. penat katanya. kami check-out around 10:30am gitu.

asam pedas melaka yo!
singgah di Mahkota Parade. bertahun gak tak datang situ. wowww, semakin menarik Mahkota Parade sekarang. misi mencari garam bukit diteruskan tetapi amat mendukacitakan kerana garam bukit yang dicari² tidak ditemui. last option, beli je bubble bath kat the Body Shop. nak berendam + buat party buih katanya, so usaha gak mencari heheh...

kalau datang Melaka tak makan asam pedasnya, memang tak sah! suami saya bukan penggemar asam pedas, jadinya beliau layan lauk ketam masak lomak cili padi. wahhh bertambah² nasi beliau. seronok betul kami berdua menikmati juadah lunch hari tu. berpeluh² OK.

muzium kapal selam smd quessant, melaka
selesai lunch, kami terus menuju ke pantai klebang. ye lah, kata tengah honeymoon kan, so nak la juga suasana pantai. tapi hampeh, pantai klebang yang dulu rupa²nya kini sudah berubah. dah jadi padang jarak padang tekukur dek kerja² pembangunan pengubahsuaian yang sedang rancak dijalankan. dalam perjalanan nak keluar dari kawasan yang dulunya pantai, kami terpandang 1 banner mengenai muzium kapal selam. dah alang² sampai situ, suami pun ajak singgah ke situ plak. saya follow aje. melawat muzium kapal selam ketika panas terik membakar kulit, fuuu~ tak tahannn...

klebang original coconut shake kebabom!
owh ye, sebelum patah balik ke pusat bandar, singgah sekejap di gerai klebang original coconut shake. wuuuiii, jalan jem OK. manusia beratur panjang tunggu turn untuk mendapatkan coconut shake sedap ni. tak terkecuali suami saya. rasa terharu plak bila suami bersungguh² beratur panjang dalam panas demi mendapatkan 2 cup of coconut shake yang memang kebabom sedap. puas ati. puas ati sungguh. terimas kasih sayang, ahaksss...

dah siap minum, zasss... kami terus bergerak menuju ke destinasi percintaan kami kali ini, the philea resot & spa ayer keroh, melaka!

yay! sudah sampai philea resort!
terpana dengan binaan dan lanskapnya yang mengkagumkan. so, apa lagi. camera memang menjadi teman baik encik suami. semuanya dirakamkan. seronok kannn...

owhhh, i like this place sangat²
cabin la kot nak panggil each unit ni kan. ke cemane? cabin je lah ye. macam cabin yang kami duduk ni ialah pavilion room. untuk trip kali ni, kami ambil romantic getaway package. RM499 + RM100 untuk surcharge sempena cuti Thaipusam tempoh hari. so, total RM599 lah. walaupun calendar negeri Melaka tidak bercuti @ meraikan cuti Thaipusam tetapi hotal ni mengambil kira cuti² umum yang ada dalam calendar di negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor + Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

setiap lot ada 4 pavilion room. 2 atas + 2 bawah. cabin kami di bahagian atas. selain pavilion room, ada 2 jenis penginapan lain di sini iaitu philea suite + royal villa. untuk mengetahui harganya, sila google ye kengkawan...

our romantic getaway!
masuk cabin je terkejut. betul² terkejut. sebelum ni masa meneliti pakej yang ada tu, memang dah sedia maklum pasal benda² yang hotel bagi as complimentary tu. oleh kerana kami berdua excited sangat, penat at the same timeso jadi lupa dengan semua tu. tu yang terkejut tu. dah nampak rose petals atas katil berlari plak la saya ni ke bathroom nak tengok bath tub. senyum lebar sungguh dikala melihat bath tub dipenuhi kelopak² bunga ros merah. aaawww, sangat romantik OK.
*smooch smooch* tu suami yang suruh posing gitu

sejam la jugak berendam dalam bath tub ni hari tu. siap ada repeat session sebelum kitorg check-out

so in love with its bathroom
OK, let's explore more...
panorama yang menenangkan, kan?!
saat yang ditunggu-tunggu oleh suami. terjun tiruk!
mencari jalan pulang ke sarang cinta ahaksss
singgah sebentar di spa. jalan-jalan tengok harga heheh
gym yang terletak bersebelahan dengan spa
kembali ke sarang cinta and received a complimentary cake from the hotel
OK, cukup la dulu untuk part 3 ni. nanti kita sambung lagi part terakhir ye.
jaga diri ye kengkawan... cau bedddaaahh~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...