Saturday, February 16, 2013

our colourful 2nd wedding anniversary - part 4 of 4 (finale)

yesss... dah sampai ke finale part. cerita 1 kat sini, cerita 2 kat sini... dan kat sini plak untuk cerita 3. sampai juga di hari terakhir kami cintan cintun di Melaka. sedih sebab cuti² dah nak berakhir, dan rasa seronok sebab rasa bahagia yang amat sangat... Alhamdulillah, terima kasih ALLAH kerana memberikan rezeki bahagia ini bersama suami tercinta. syukur...

suami terjaga lebih awal dari kebiasaan pagi tu. sejam 2 sebelum waktu Subuh. hobi beliau tembak gambar and sharpen his skill with our little canon camera.

usai solat Subuh, seperti biasa kami bertaklim. suami bacakan hadis nasihat dan panduan untuk sama² amalkan dan sampaikan. in sha ALLAH. kemudian selesai taklim, mesyuarat keluarga plak. selesai semua tu baru ke anjung cabin untuk menghirup udara segar hutan dan tembak² gambar bersama suami.

hasil bidikan suami

buggy service kat hotel ni 24jam setiap hari tau...

pakej kami sebenarnya breakfast on bed. kena pilih 1 menu setiap sorang. namun, selepas berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk bersarapan saja di kafe hotel. pilihan menu lebih meriah kan.

tembak gambar di sepanjang laluan menuju ke kafe

the cafe! besar luas dan selesa...

meriah kannn...

haaa... kami berdua tetamu yang paling awal datang breakfast tau. masa sampai tu, pelayan² belum sampai lagi. tapi makanan semua sudah tersedia.

jalan² cuci mata hirup udara pagi yang segar

tembak gambar seperti biasa semasa berjalan menuju ke swimming pool

lagi...

dan lagi...

posing sikit...
terjun tiruk swimming!

gembiranya la beliau jumpa kolam renang heheh...
dan beliau juga kaki posing depan camera ahaksss...

ikan paus jelmaan... kahkahkah...

usai berenang, perlahan² jalan kaki pulang ke sarang

aaauuummm!

isterinya ni dah plan. nak berendam lagi dalam bath tub yang penuh dengan kelopak bunga ros merah. banyak buih, air suam² kuku... perghhhhh heaven i tell u... setengah jam gak la berendam.

selesai berendam, bersihkan diri, siap² dan kemas barang. suami sempat la juga melelapkan mata sekejap. 12:30 tengahari kami check-out. layanan staff hotel yang sangat peramah dan mesra membuatkan kita rasa sangat² selesa. in sha ALLAH, ada rezeki kita datang sini lagi.

OK, tamat sudah cerita cintan cintun kami suami isteri sempena wedding anniversary yang ke-2. in sha ALLAH, soon akan ada cerita jalan² cuti² bulan madu lagi. till then, cau bedddaaahhh!

2 comments:

  1. Sweet ja. Alinx, hope berbahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. tQ dear sis ^_^

    in sha ALLAH. moga kita sama² bahagia selalu dunia akhirat. amiin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...