Saturday, February 9, 2013

our colourful 2nd wedding anniversary - part 2 of 4

haaa, jom sambung cerita warna warni ulangtahun perkahwinan saya tahun ni, part 2 lah kan. oh ye, klik sini kalau nak baca part 1 ye...
sejak akhir tahun 2012 lagi dah sembang-sembang dengan suami, nak ke mana agaknya nak meraikan anniversary kami. seperti biasa, suami akan serahkan kepada saya 100%. tapi saya ni, jenis tak suka nak buat keputusan sendiri, akan paksa juga suami chip in with ideas. kebetulan pula saya ada bersembang dengan geng-geng ofis tentang trip jalan-jalan sekitar negara (yang sesuai dengan budget masing-masing la kan), jadinya negeri Melaka menjadi pilihan.

sooo... pada penghujung Januari lalu, kami suami isteri cuti-cuti cuci mata jalan-jalan makan-makan kenyang perut suka hati ke bandaraya bersejarah, negeri Melaka. jom skodeng gambar-gambar yang sempat kami tangkap.

jalan smooth je dari KL ke Bangi. tapi agak slow dari Nilai sampai la ke Senawang. selepas tu baru smooth semula. hati gumbira bila nampak signboard Melaka!

kebetulan sampai Melaka sedang elok waktu makan tengahari. perut pun sudah berkeroncong, so apa tunggu lagi. mari cari makan! yesss, sampai juga hajat nak makan chicken rice ball. singgah di Ee Ji Ban untuk memenuhi tuntutan perut yang minta diisi. sila google Ee Ji Ban kalau nak tau mane letaknya restoran tu ye.


owhhh... seddappp OK! semua pekerja di restoran ni peramah. sangat selesa + rasa dialu-alukan.

dah settle isi perut, kami singgah di Dataran Pahlawan. hajat nak cari garam bukit nak buat air mandi dalam bath tub nanti, tapi hampa tak jumpa huhu. pastu sesambil nak cari barang keperluan sikit. saya ni kalau stay kat hotel mesti nak ada air freshener. sebab sepanjang pengalaman duduk hotel sana sini, bau kepam adalah bau biasa bilik hotel, kan kan kan... selalunya bawa dari rumah tapi terlupa la plak. so kena la beli yang baru. lepas shopping + jalan-jalan, kami mencari jalan menuju ke hotel. oh ye, terima kasih kepada wazer. wazer adalah apps yg sangat membantu kami mencari hotel dengan masa yang singkat dengan mengelak jalan jem + accident dan sebagainya. mesti install! oh ye, lagi sekali sila google ye kengkawan ^_^

kami checked in di hotel Hallmark View, Melaka. a 3 star hotel yang OK la untuk kami berdua. RM150/room/night, OK la kan... made the booking via agoda. rehat-rehat mandi manda solat + sempat la juga mentido kejap. lepas solat Maghrib kami gerak ke Umbai nak makan seafood katanya, hiksss :P

OK, kami sepakat ramai-ramai untuk dinner makan besar kat Restoran Parameswara, Umbai. meriah nauuu... ada my office mates, Rodie + her husband + their son, Ikhwan yang comel dan juga cik Rina - orang Melaka yang tak tau jalan selok belok negeri sendiri, kahkahkah. nasib baik ada wazer tauuu...

kat restoran ni kena banyak sabar. serba serbi kena beratur. nak duduk kena beratur tunggu turn, nak order makan + pilih menu kena beratur, nak makan pun kena beratur tunggu turn masakan siap. sykur alhamdulillah, Allah permudahkan urusan + niat kami malam tu. takde la tunggu lama sangat. all in all, 2 jam la jugak kami di restoran ni.


antara menu kami malam tu; nasi putih, nasi lemak bungkus, ikan jenahak masak 3 rasa, butter prawn, sotong goreng tepung, ketam masak rempah, ikan pari bakar sambal, sambal belacan + timun dan air sirap limau. perghhh!!! memang terbaik! puas ati sangat-sangat. memang saya recommend lah restoran ni. tapi mesti banyak sabar tau. haaa, gambar kami bertiga kat atas tu, tengah beratur nak bayar kat kaunter la tu...

later that night kami ke Jonker Walk, yesss the famous Jonker Walk. kali ke-2 saya + suami cuci mata kat sini. walaupun masa tu banyak stall dah kemas-kemas nak tutup, kami masih sempat shopping hihih ^_^

after that, terus balik hotel. penat + happy!

eh... dah abis dah part 2 ni. nanti kita sambung part 3 plak ye. till then, cau beddahhh!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...