Monday, February 18, 2013

tersentuh jiwa ku

iye. tersentuh hatiku. terusik jiwaku.

hari ahad (semalam), usai solat Zuhur kami suami isteri menjenguk anak-anak buah. si kakak Sarah, si kakak Salwa, si hero kecik Muhammad Uwais.

tengok keadaan Muhammad Uwais, ada nampak sedikit kurang ruam eczema di kulit muka + kepalanya. lega hati ni bila Muhammad Uwais senyum + mahu bermain-main dengan kami, paklong + maklongnya ni. especially encik suami, beriya sungguh mengagah Muhammad Uwais.

mungkin disebabkan rasa gatal yang melampau-lampau, Muhammad Uwais mula menggaru kulit mulanya yang sememangnya sudah merekah, berair dan melekit-lekit. bila dipegang kedua tangan, kepalanya pula ligat digesel-gesel ke baju ayahnya. Muhammad Uwais mula tak keruan dek rasa miang di kulit muka. sedih tengok anak kecil begitu struggle untuk menghilangkan rasa tak selesanya.

Muhammad Uwais dibaringkan + dibedung oleh ayahnya. bundanya pula mengambil alih. seperti kebanyakkan anak kecil yang lain, Muhammad Uwais meronta-ronta minta dilepaskan. mula menangis. maklong pujuk, ajak bersembang. sekali sekala dia leka, perhatiannya beralih kepada maklong. senyum sekejap kemudian menangis, minta dibukakan bedung. Ya Allah, runtuh hati ni rasanya bila anak sekecil tu menangis meraung-raung meminta belas untuk dilepaskan.

sabarnya kedua ibubapa Muhammad Uwais cuba memberi rawatan pada kulit mukanya. beruntungnya anak sekecil itu memiliki ibubapa yang berusaha untuk mencari penawar sakitnya. aku melarikan diri sekejap. membawa airmata yang bergenang dek mendengar tangisan Muhammad Uwais. cuba bersembang-sembang dengan encik suami + mengalih tumpuan kepada si kakak Sarah + Salwa.

Ya Allah, bagai dicucuk-cucuk rasa hati ni bila mendengar raungan Muhammad Uwais. dalam hati aku henti-henti berdoa + zikir mohon Allah kasihani anak kecil itu. mohon Allah pindahkan semua sakitnya kepada aku. iye, aku berdoa mohon kepadaNYA biar aku saja yang merasa sakit Muhammad Uwais. setiap hari doa ketika sujud meminta kepadaNYA moga ALLAH sembuhkan Muhammad Uwais + permudahkan segalanya.

Alhamdulillah, usai semua urusan Muhammad Uwais senyap, diam je. kepenatan agaknya. diajak bermain, diagah + dibawa bersembang, cuma pandangan kosong je yang diberikan. alahai kesayangan maklong paklong ni, penat ye dia. mengantuk agaknya. dibawa masuk dalam buai, dengan alunan zikir dari bundanya, Muhammad Uwais mula amek mood untuk lena. tapi paksa gak buka mata sebab ramai orang agaknya.

Ya Allah, aku mohon kepadaMU, KAU sembuhkanlah, ringankanlah penyakit Muhammad Uwais bin Syahkhairul. permudahkanlah urusannya di dunia + akhirat Ya Allah. kasihanilah dia Ya Allah. perkenankanlah, perkenankanlah, perkenankanlah doaku Ya Allah. amiin...

paklong bersama Muhammad Uwais sebelum eczema menyerang
Muhammad Uwais kesayangan maklong, sihat tembam sebelum eczema. sekarang sudah agak susut.
Muhammad Uwais, maklong + paklong sayang sangat kat Muhammad Uwais tau. nanti maklong paklong datang jenguk lagi ye sayang... in sha ALLAH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...