Thursday, May 30, 2013

ngedet dengan pakar orthopaedic ku

haaa OK, jom sambung cerita selanjutnya. cerita kisah dating dengan pakar orthopaedic aku di SDMC, subang jaya pada 25/5/2013, sabtu.

memandangkan sabtu = half-working-day, makanya aku + encik suami sampai awal sebelum 9am lagi. register + uruskan GL insurans syarikat, lepas tu terus Q untuk jumpa pakar. oh ye, doktor pakar ortho aku namanya Dato' Dr. Anuar Bin Onah. aku adalah antara org terawal juga la yg jumpa beliau aritu. suami suh duduk atas wheel chair, tp macam biasa aku berkeras nak jalan sendiri macam biasa heheh. lagi pula masa tu, gemuruh sungguh jantung ini rasanya. berdebar, seram sejuk, nafas laju semacam pastu airmata cepat betul bergenang. aku ni penakut. sebolehnya mengelak nak jumpa doktor. tapi kali ni terpaksa. terpaksa sebab taknak sakit lagi.

nama ku dipanggil untuk masuk buat pemeriksaan awal sebelum consultation. mesra + lembut je layanan Puan Baizura (pembantu) Dr.Anuar aritu. suami ada meneman. baring + tunggu doktor datang buat pemeriksaan. doktor sampai je dia tanya cemane bole jadi gitu. aku cite la mcm dlm entry 'alkisah sakit lutut' tu. dari cerita aku, beliau kata "ohhh, ni kepala lutut keluar ni... terkeluar...", katanya sambil senyum. mana la aku tau apa maksud terkeluar tu kannn...  "ok angkat kaki, pelan²... luruskan + cuba bengkokkan kaki". 1st attempt selamba je aku buat. tak sakit langsung heheh. pastu beliau cuit² sikit bahagian kepala lutut, dia tolak² sikit. kemudian beliau suruh aku angkat kaki lagi sekali, cuba luruskan kemudian bengkokkan kaki lagi sekali.

"Aaarrrggghhh!!! Ooouucchhh!!!", aku menjerit kuat pastu menangis. huhu... serius sakit dowww... dah takde rasa malu dah kat doktor. memang sakit kot. wuii rasa mcm kena tikam la lutut aku. "ok ok, letak kaki semula, turun + masuk bilik saya", kata beliau. dalam hati aku "jahatnya doktor ni, tadi elok je tak sakit... dia cuit² sikit pastu sakit plak". dapat la tisu dari pembantu doktor tu sebab airmata berjurai² kan...

haaa lepas tu, pijak lantai + berjalan rasa sakit la kan. suami la jadi tongkat. dengan xray result yang kami dapat pada hari sebelumnya, kami mendengar penerangan dari Dr.Anuar pasal kepala lutut terkeluar tu. blablabla potpetpotpet... yang musykil ditanya, yang tak faham tanya semula sampai la faham. ohhh begitu keadaannya. satu dalam seribu kata beliau, aku memiliki landasan kepala lutut yang cetek daripada biasa. oleh kerana situasi ini, kepala lutut (patella) aku muda beralih ke kiri ke kanan. sepatutnya patella kita bergerak ke atas ke bawah sahaja. kes aku ni, semua arah dia pegi. atas bawah kiri dan kanan. dan aku andaikan, sejak kejadian salah step + jatuh, 18 tahun lepas tu telah menyebabkan patella aku menjadi lebih tinggi dari biasa dan sepatutnya. 18 tahun beb. macam² dah aku buat, banyak dah beban yang kaki kiri aku dah buat. daki gunung kinabalu, jogging, naik turun tangga, jungle trekking, angkat barang, turun naik tangkuban perahu, kembali aktif badminton, lompat²... eh banyak lahhh. kesian lutut kiri aku, sampai sakit begini jadinya huhuh.


gambar atas : gambaran xray kedudukan patella yang sepatutnya (normal)
gambar bawah : keputusan xray lutut ku, patella berada lebih tinggi + terkeluar sikit

bak kata suami "sebelum jumpa pakar elok je tak sakit, lepas jumpa sakit balik". ye lah, mesti doktor nak confirm kan andaian beliau kan? sebab tu kena sakitkan pesakit dia dulu, ye tak??? itu andaian aku pujuk diri sendiri kononnya.

nak tak nak suami mintakkan juga wheel chair. kesian agaknya tengok isterinya tak tahan sakit. so, wheel chair was my best friend on that day. kena travel ke sana ke mari untuk buat blood test + magnetic resonance imaging (mri). dah nama penakut ni, nak amek darah sikit pun dah gigil. apatah lagi buat mri. menggelabah tak pasal². tapi Alhamdulillah, semua staff SDMC yang memberikan servis kat aku aritu, baik² belaka. pandai menenangkan pesakit yg sangat penakut mcm aku ni. yesss! aku berjaya melawan ketakutan dan berjaya dengan blood test + sesi mri. lama juga kami di sana, 5 jam baru settle semua. dan appointment seterusnya dengan Dr.Anuar pada 28/5, selasa. appointment kali tu akan dapat result from both blood test + mri.

lega dengan kisah hari sabtu yang lalu, syukur. tapi gemuruh untuk the next appointment pasti akan datang lagi. mudah²an, ALLAH permudahkan semuanya. moga ada miracle yang akan berlaku, in sha ALLAH (kalau boleh aku taknak buat surgery, takut mengenangkan sakitnya nanti huhu)

OK, nanti sambung cerita lagi lah ye. terima kasih kerana sudi membaca entry ini. till then, jagalah kesihatan + lutut anda. jaga diri yea!

cau beddah!

Tuesday, May 28, 2013

hujung minggu yang menyakitkan

lanjutan dari entry alkisah sakit lutut, diserang kesakitan pada hari Jumaat 24/5. jumpa doktor kat panel clinic + terus dirujuk ke SDMC, subang jaya. memandangkan hari kejadian jatuh pada cuti umum makanya outpatient unit tutup, terus ke emergency sajo.

almost 3 hours jugak la baru semuanya settle. penangan cuti umum maka ramai yang 'melawat' emergency unit SDMC pada hari tu. nak register lama, tunggu turn kena panggil buat basic medical screening pun lama, jumpa medical officer (MO) juga lama... dingdong dingdong kena buat xray plak. kejap berdiri kejap duduk. dek kerana lama sangat menunggu itu ini begitu begini, akhirnya mengalah jugak aku, akhirnya duduk juga kat wheel chair. tu pun nurse yang dok pujuk paksa sebab kena gi xray ke wing yang lain (SDMC ada 2 wing).



melalui result xray, MO kata aku bebas gout + arthritis + osteoporosis, tulang rawan aku sihat katanya. kata beliau lagi, tulang aku elok cantik je. so, dia andaikan kemungkinan aku mengalami masalah dengan soft tissue di lutut. xray biasa tak bole bagi banyak info pun kan. (masa ni aku dok pujuk hati bahawasanya MO bercakap perkara² yang kurang merisaukan aku supaya aku tak panik). pandangan MO tersebut adalah berdasarkan result yang diterima. aku lega sebab tulang sihat tapi risau memikirkan sakit yg masih dirasai.

selesai rawatan, nurse menawarkan untuk membuat appointment dengan pakar orthopaedic pada hari esoknya. aku memang nak settlekan masalah lutut aku ni cepat. appointment confirmed, settle bil pulak. all in all kena RM250 la juga untuk rawatan hari tu. ubat bekalan sementara nak jumpa pakar esok hari ialah Arcoxia 90gm tablet + krim sapu Counterpain. yang penting painkiller tu, takde la rasa seksa sangat menahan sakit lutut ni. huhu...

OK, rehat jap. esok cite pasal hasil lawatan dengan pakar orthopaedic aku plak ye.

cau beddah!

Monday, May 27, 2013

alkisah sakit lutut

kalau boleh, tak nak dah rasa sakit lutut tu. wuiii, sejak kejadian sakit lutut tempoh hari, otomatik insaf + sedar diri. seriusss... tak nak dah rasa kesakitan tu lagi. berpeluh² menahan sakit, menitis airmata peritnya rasa.

aku sememangnya ada sejarah 'pahit' dengan sakit lutut ni. penakut nak jumpa doktor + degil sangat, haaa ni la jadinya. meh aku cerita sikit kronologi kejadian sakit lutut aku.

Pertama
OK, kita mula mukadimah alkisah sakit ni dengan sedikit pengelanan (ecewahhh)

kami adik-beradik memang aktif sukan badminton (kecuali si bongsu, Intan). dari kecil lagi abah dah kenalkan + ajak main badminton. jadinya, kami menjadi pemain badminton untuk sekolah (rendah + menengah) sampai ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat bahagian (di negeri Sarawak). kejadian berlaku semasa aku berada di tingkatan 4, tahun 1995 di bulan Ramadhan. kononnya nak berlatih untuk persiapan mewakili bahagian Limbang. berlatih dengan adik + kawan² seangkatan di sebuah dewan berhampiran rumah. dah kata bulan puasa, so bunda sememangnya melarang kami berlatih bersungguh-sungguh. sikit-sikit sudahlah kata bunda. tapi aku ni degil. haa amekkk... dek tersilap step, kaki ku @ lututku berpusing 360darjah. kejadian berlaku sekelip mata. tapi aku ingat, my left knee was twisted. tau-tau aku dah terbaring + menangis kesakitan. kelam kabut la yang lain-lain semua. adik aku semestinya orang paling panik. kuat wooo aku nangis. abah juga yang datang menyelamatkan. ditariknya kaki aku untuk betulkan kedudukan lutut. nasib baik dewan tu dekat dengan rumah, so tak jauh la diorg nak papah aku.
selepas kejadian, aku 'mc' seminggu. dok terbaring je. bunda memang potpetpotpet je la kalau dengar aku mengaduh mengeluh kesakitan. dan aku refused untuk ke hospital sebab takut! lagipun takde yang luka @ berdarah. pada aku, semuanya akan OK tak lama lagi.

dan ini sekadar nak bercerita, kasi spice sikit kata orang [sempat la merasa berhari raya dengan tongkat pendek. jangan tak tau, dalam tempang-tempang tu, aku sempat gak follow kengkawan sekolah gi beraya rumah member. dan sempat juga la kena kejar ngan anjing dalam tempang bertongkat tu hahaha... dan kerana kecederaan ini lah, aku beralih ke sukan memanah. sekolah aku menjadi sekolah perintis projek sukan memanah negeri Sarawak. rezeki memanah aku masa tu, dapat la top 3 archer + pernah la jugak dapat perfect ten, heheh]

ooopppsss, jom sambung kronologi tadi...

Kedua
usai graduate dari MMU pada tahun 2003, sempat menganggur beberapa bulan aku menjadi guru pengganti di sebuah sekolah  menengah di Taman Desa, KL. menggalas tugas menjadi guru Bahasa Inggeris (jangan tak percaya u'olsss, hahaha); bangunan sekolah setinggi 4 tingkat ku daki setiap hari, beberapa kali dalam sehari. 2 minggu menjadi guru pengganti, pada satu pagi aku tak dapat menggerakkan kaki kiri ku. rasa macam hilang sebelah kaki. selepas beberapa ketika, sakitnya bukan kepalang. jejak ke lantai je sakit. menangis teresak-esak aku menahan sakit. kebetulan aku menumpang tinggal di rumah pak sedara, aku dihantar ke klinik. pak + mak sedara panik tengok aku tetiba je sakit. langsung takde tanda² nak dapat sakit sebelum tu. dapat la 1 suntikan painkiller kononnya untuk meredakan kesakitan aku, tapi sakitnya tak hilang pun. aku segera dirujuk ke PPUM, di unit kecemasan. ye lah, dok meraung-raung kesakitan dengan menangis macam bebudak. wuiii, sakit wuiii...

geram sikit ngan PPUM time tu. aku jadi bahan ujikaji. doktor-doktor kat situ ada beberapa kesimpulan yang tak membantu aku pun. ada yang kata masalah tulang, ada yang kata ligamen putus. pelik aku. disebabkan tak tahan + bunda aku yang kerisauan, aku dihantar balik ke kampung. di kampung, abah + bunda bawa berubat cara tradisional. Alhamdulillah, tak sampai sejam aku dah boleh berjalan seperti biasa + sakit pun hilang. fuhhh, legaaa...

Ketiga
dannn... setelah 10 tahun tak sakit, sakit lutut ku datang lagi huhuh. sejak September tahun lepas, aku memang aktif sukan badminton semula. setiap khamis ada training dengan geng-geng ofis. paling kuat pun, tambah training hari sabtu. memang aktif macam muda-muda dulu la gaya aku hahah.
sakitnya datang tanpa diduga. seperti 10tahun sebelum ni, takde petanda langsung. sebelum tengahari tu keluar dengan my bbb, Zasya. gi amek kunci rumah kat Kajang. aktiviti jalan + turun tangga takde tanda sakit langsung. sebelum balik rumah, minum jap kat PapaRich PJ State. sembang-sembang luah perasaan sesama sendiri sebab dah berbulan tak jumpa la katakan. hujan, guruh + petir hari tu. satu masa tu, aku saje nak ubah posisi duduk aku. tetiba aku rasa sakit tajam menikam kat lutut kiri aku. OMG! serius sakit OK. tak tipu punya sakit. aku mengaduh kesakitan, jadinya my bbb ni terkejut lah. aku cakap "lutut sakit, takleh gerak macam kena lock". OK tarik nafas, hembus... baca Bismillah... berdoa dalam hati moga Allah permudahkan... aku cuba bergerak lagi. ouch! sakit sangat OK. fuhhh... berpeluh-peluh aku menahan sakit. nak nangis pun ada. tp control airmata sebab ramai sangat org di sekeliling time tu. my bbb dah risau dah. aku lagi la panik. dok fikir, cemane aku nak berdiri, berjalan + balik rumah ni? gerakkan jari jemari kaki pelan... gerakkan kaki sikit-sikit... dengan harapan aku boleh berdiri + berjalan. 30 minit agaknya aku cuba bertenang, sambil sambung cerita ngan my bbb, Alhamdulillah akhirnya bole juga aku berdiri tapi dalam keadaan sakit!
dah dapat berdiri tu terus ku ajak zasya balik. dalam hujan tu, zasya papah aku menuju ke kereta. sesambil aku call suami, suruh bersiap ajak ke klinik. yesss... kali ni aku tak lengahkan lawatan ke klinik. aku kesakitan dan aku nak sakit tu lekas hilang... dek kesakitan kali ni, otomatik aku jadi pesakit yang tak degil. aku akur + mengalah dengan sakit lutut ku. kali ini, sesuatu akan dilakukan untuk menghentikan kesakitan lama yang datang kembali ini...

owww panjangnya... nanti sambung cerita hasil lawatan aku berjumpa doktor pakar ye... doakan aku wahai kengkawan. moga aku kuat, tabah mengharungi kesakitan + semoga ALLAH permudahkan dugaan ini. amiin...

ini bukan lutut aku ye

cau beddah!

Thursday, May 16, 2013

kecewa (lagi)

haihh... tak abis abis nak mengeluh
tak abis abis nak mengomel
tak abis abis lagi rasa kecewa

iye, aku kecewa... kecewa dengan hidup aku

entah lah... dah semakin takde tujuan dah aku ni...
bila tah nak rasa gembira macam dulu lagi... *sigh*

*image is googled*
sejuk sikit hati ni... mudah-mudahan bertahan lama, amiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...