Monday, May 27, 2013

alkisah sakit lutut

kalau boleh, tak nak dah rasa sakit lutut tu. wuiii, sejak kejadian sakit lutut tempoh hari, otomatik insaf + sedar diri. seriusss... tak nak dah rasa kesakitan tu lagi. berpeluh² menahan sakit, menitis airmata peritnya rasa.

aku sememangnya ada sejarah 'pahit' dengan sakit lutut ni. penakut nak jumpa doktor + degil sangat, haaa ni la jadinya. meh aku cerita sikit kronologi kejadian sakit lutut aku.

Pertama
OK, kita mula mukadimah alkisah sakit ni dengan sedikit pengelanan (ecewahhh)

kami adik-beradik memang aktif sukan badminton (kecuali si bongsu, Intan). dari kecil lagi abah dah kenalkan + ajak main badminton. jadinya, kami menjadi pemain badminton untuk sekolah (rendah + menengah) sampai ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat bahagian (di negeri Sarawak). kejadian berlaku semasa aku berada di tingkatan 4, tahun 1995 di bulan Ramadhan. kononnya nak berlatih untuk persiapan mewakili bahagian Limbang. berlatih dengan adik + kawan² seangkatan di sebuah dewan berhampiran rumah. dah kata bulan puasa, so bunda sememangnya melarang kami berlatih bersungguh-sungguh. sikit-sikit sudahlah kata bunda. tapi aku ni degil. haa amekkk... dek tersilap step, kaki ku @ lututku berpusing 360darjah. kejadian berlaku sekelip mata. tapi aku ingat, my left knee was twisted. tau-tau aku dah terbaring + menangis kesakitan. kelam kabut la yang lain-lain semua. adik aku semestinya orang paling panik. kuat wooo aku nangis. abah juga yang datang menyelamatkan. ditariknya kaki aku untuk betulkan kedudukan lutut. nasib baik dewan tu dekat dengan rumah, so tak jauh la diorg nak papah aku.
selepas kejadian, aku 'mc' seminggu. dok terbaring je. bunda memang potpetpotpet je la kalau dengar aku mengaduh mengeluh kesakitan. dan aku refused untuk ke hospital sebab takut! lagipun takde yang luka @ berdarah. pada aku, semuanya akan OK tak lama lagi.

dan ini sekadar nak bercerita, kasi spice sikit kata orang [sempat la merasa berhari raya dengan tongkat pendek. jangan tak tau, dalam tempang-tempang tu, aku sempat gak follow kengkawan sekolah gi beraya rumah member. dan sempat juga la kena kejar ngan anjing dalam tempang bertongkat tu hahaha... dan kerana kecederaan ini lah, aku beralih ke sukan memanah. sekolah aku menjadi sekolah perintis projek sukan memanah negeri Sarawak. rezeki memanah aku masa tu, dapat la top 3 archer + pernah la jugak dapat perfect ten, heheh]

ooopppsss, jom sambung kronologi tadi...

Kedua
usai graduate dari MMU pada tahun 2003, sempat menganggur beberapa bulan aku menjadi guru pengganti di sebuah sekolah  menengah di Taman Desa, KL. menggalas tugas menjadi guru Bahasa Inggeris (jangan tak percaya u'olsss, hahaha); bangunan sekolah setinggi 4 tingkat ku daki setiap hari, beberapa kali dalam sehari. 2 minggu menjadi guru pengganti, pada satu pagi aku tak dapat menggerakkan kaki kiri ku. rasa macam hilang sebelah kaki. selepas beberapa ketika, sakitnya bukan kepalang. jejak ke lantai je sakit. menangis teresak-esak aku menahan sakit. kebetulan aku menumpang tinggal di rumah pak sedara, aku dihantar ke klinik. pak + mak sedara panik tengok aku tetiba je sakit. langsung takde tanda² nak dapat sakit sebelum tu. dapat la 1 suntikan painkiller kononnya untuk meredakan kesakitan aku, tapi sakitnya tak hilang pun. aku segera dirujuk ke PPUM, di unit kecemasan. ye lah, dok meraung-raung kesakitan dengan menangis macam bebudak. wuiii, sakit wuiii...

geram sikit ngan PPUM time tu. aku jadi bahan ujikaji. doktor-doktor kat situ ada beberapa kesimpulan yang tak membantu aku pun. ada yang kata masalah tulang, ada yang kata ligamen putus. pelik aku. disebabkan tak tahan + bunda aku yang kerisauan, aku dihantar balik ke kampung. di kampung, abah + bunda bawa berubat cara tradisional. Alhamdulillah, tak sampai sejam aku dah boleh berjalan seperti biasa + sakit pun hilang. fuhhh, legaaa...

Ketiga
dannn... setelah 10 tahun tak sakit, sakit lutut ku datang lagi huhuh. sejak September tahun lepas, aku memang aktif sukan badminton semula. setiap khamis ada training dengan geng-geng ofis. paling kuat pun, tambah training hari sabtu. memang aktif macam muda-muda dulu la gaya aku hahah.
sakitnya datang tanpa diduga. seperti 10tahun sebelum ni, takde petanda langsung. sebelum tengahari tu keluar dengan my bbb, Zasya. gi amek kunci rumah kat Kajang. aktiviti jalan + turun tangga takde tanda sakit langsung. sebelum balik rumah, minum jap kat PapaRich PJ State. sembang-sembang luah perasaan sesama sendiri sebab dah berbulan tak jumpa la katakan. hujan, guruh + petir hari tu. satu masa tu, aku saje nak ubah posisi duduk aku. tetiba aku rasa sakit tajam menikam kat lutut kiri aku. OMG! serius sakit OK. tak tipu punya sakit. aku mengaduh kesakitan, jadinya my bbb ni terkejut lah. aku cakap "lutut sakit, takleh gerak macam kena lock". OK tarik nafas, hembus... baca Bismillah... berdoa dalam hati moga Allah permudahkan... aku cuba bergerak lagi. ouch! sakit sangat OK. fuhhh... berpeluh-peluh aku menahan sakit. nak nangis pun ada. tp control airmata sebab ramai sangat org di sekeliling time tu. my bbb dah risau dah. aku lagi la panik. dok fikir, cemane aku nak berdiri, berjalan + balik rumah ni? gerakkan jari jemari kaki pelan... gerakkan kaki sikit-sikit... dengan harapan aku boleh berdiri + berjalan. 30 minit agaknya aku cuba bertenang, sambil sambung cerita ngan my bbb, Alhamdulillah akhirnya bole juga aku berdiri tapi dalam keadaan sakit!
dah dapat berdiri tu terus ku ajak zasya balik. dalam hujan tu, zasya papah aku menuju ke kereta. sesambil aku call suami, suruh bersiap ajak ke klinik. yesss... kali ni aku tak lengahkan lawatan ke klinik. aku kesakitan dan aku nak sakit tu lekas hilang... dek kesakitan kali ni, otomatik aku jadi pesakit yang tak degil. aku akur + mengalah dengan sakit lutut ku. kali ini, sesuatu akan dilakukan untuk menghentikan kesakitan lama yang datang kembali ini...

owww panjangnya... nanti sambung cerita hasil lawatan aku berjumpa doktor pakar ye... doakan aku wahai kengkawan. moga aku kuat, tabah mengharungi kesakitan + semoga ALLAH permudahkan dugaan ini. amiin...

ini bukan lutut aku ye

cau beddah!

4 comments:

  1. Kak, kalau follow trend akak asakit dia akan datang stiap 10 tahun seklai kot..start dr bulan pose kene tu..dah mcm crisi economi plak..akak kene kuat dan berani utk masa depan ok. InsyaAllah dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. ha tu lah. kena beringat. dulu² muda² gagahkan la juga walaupun sakit. ni dah tua dah gemuk hadoiii... mmg hazab. makasih rodie sbb selalu bg semangat. inshaALLAH kali ni nak betul² kasi settle sakit ni. dan berazam untuk kembali kurus hahah

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh :)
    salam ramadhan
    Fatin

    ReplyDelete
  4. tQ cik Fatin :) salam ramadan kareem to u too

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...