Thursday, June 6, 2013

my very 1st electrotherapy + physiotherapy

wuii, macam hebat tengok tajuk, bukan? ahak ahak. ye betul, sepanjang umur aku selama ni, sakit kaki ke tangan ke badan ke ape ke, tak pernah² hadiri sesi electrotherapy + physiotherapy. even masa aku sangat aktif bersukan dulu², injured teruk ke ape memang takdenye nak pegi fisio. dah tua² gini, bila sakit lama datang semula barulah tau cemane gayanya fisio tu. electrotherapy pula sememangnya perkara yang baru aku tau, sungguh baru tau.

appointment pertama aku di SDMC Rehabilitative Services, Subang Jaya pada 31/5 yg lepas. started at around 10am berlanjutan sehingga 2jam 30minit. tak sangka pula bole lama gitu. aku mengaku aku ada rasa seram sejuk gak untuk pertama kali tu. aku kan penakut. takutkan aktiviti di hospital. nasib baik la staff SDMC ni semuanya friendly + soft spoken je. rasanya diorang cukup bersabar pabila setiap kali diorang nak buat sesuatu kat aku, soalan aku ialah "sakit tak?... u buat la ape pun tapi i tak nak rasa sakit tu lagi". heheh, begitu sekali rasa takut aku.

so 1stly, diorg suruh aku masuk ke salah satu bilik rawatan, ada katil ada beberapa mesin yang aku tak pernah nampak selama ni. ku tanya, "boleh tak suami saya temankan saya". "oh, boleh. saya tolong panggilkan suami puan ye". wahhh gitu, mesra sungguh jawapannya.

1st trainer namanya Alicia. senyum je dia. baring atas katil, relax pastu dibawanya satu mesin pelik tu ke sebelah katil. harus la ku tanya untuk apa mesin tu. katanya untuk mengurangkan rasa sakit. pelik je tengok hahah. katanya tak sakit. lebih sedap + selesa berbanding massage, gituuu... begitu sekali katanya nak buang rasa takut aku. tapi memang betul pun. ada 4 cupping yang ditekapkan di sekeliling lutut kiri aku. kemudian stage by stage ditanyakan samada aku selesa dengan getaran electric yang disalurkan dari mesin tu. memang tak sakit pun. rasanya macam ada getaran mencucuk² kulit yang best. tak sakit langsung heheh. so, menunggu la 20minit sehingga selesai step yang itu.

selesai electrotherapy tu, diletak pula hot pack atas lutut. pun selama 20minit. hot pack dibalut dengan tuala supaya panasnya suam² saja. dilarang sehingga merasa panas yang tak selesa kerana akan merosakkan tisu² lutut, kata 2nd trainer yang attend aku aritu. Norhadis namanya. trainer² lain panggil dia Kak Hadis. cantik kan nama dia heheh.

habis je hot pack session, aku diminta berada di ruang lain untuk memulakan sesi exercise bersama trainer. untuk pertama kali ni aku hanya membuat exercise yang ringan² saja. exercise for knee. tujuannya untuk menguatkan otot² yang menyokong lutut. teringat pula kata Dr.Anuar pada kali pertama berjumpa beliau tempoh hari. katanya "kalau boleh paha puan nanti jadi besar + kuat macam paha Safee Salie". tudiaaa hahaha... bersungguh doktor bagi semangat.


all in all, exercise mengambil masa sejam lebih juga la. total exercise ada 10 rutin. slow + steady je buat sebab lutut aku masih sakit². tambah lagi perasaan takut, so sangat lemah lembut la kan. selesai exercise, ada sesi sembang² dengan trainer untuk appointment akan datang. ada lagi 5 sesi bersama diorg. katanya untuk sesi akan datang, Ruth akan jadi personal trainer aku. Ruth juga ada dislocated patella history. jadinya senang la nak pulihkan keadaan lutut aku sesambil share pengalaman. sebelum balik, aku diberikan flyer sebagai rujukan buat exercise sendiri di rumah. aku mesti buat exercise for knee 2 kali setiap hari. otot² paha mesti kuat supaya boleh 'pegang' kepala lutut aku nanti.

settle buat bayaran RM161.30 untuk sesi aritu. yesss... seratus lebih. huhu... mak bayar sendiri noxxx. harap² bole la claim later. insurans sykt tak cover fisio sebelum surgery. keluar duit sendiri dulu lah. kata nak sihat, nak cepat pulih, so berkorbanlah untuk kebaikan diri sendiri kan.


OK lah, nanti kita sembang lagi. another long entry kali ni. terima kasih ye sebab sudi baca.
till then, cau beddah!

*images are googled

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...