Tuesday, June 4, 2013

ngedet dengan pakar orthopaedic ku #2

28/5, selasa minggu lepas adalah 2nd date aku dengan pakar ortho ku. hihih. haa kali ni, tak duduk atas wheel chair pun. Alhamdulillah, tak sakit dah bila berjalan. tapi jalan penuh hati², sentiasa pegang bodyguard kat sebelah heheh.

hari ni dapat keputusan blood test + mri tempoh hari. berdebar juga sebenarnya. takut ada sakit lain plak kan.

blood test result
urea nitrogen, sodium, potassium, chloride, creatinine, glucose = normal
haematology, haemoglobin + platelets + white blood cell = normal
arthritis profile = semua OK; kecuali uric acid = high

terkejut sekejap sebab asid urik dalam darah aku adalah tinggi. huhuh. nasib baik tak kena sakit gout. huihhh, minta dijauhkan la sakit gout ni. tengok mereka² yang ada gout ni, mmg tak sanggup la kan. so, sementara belum ada gout ni, marilah kita sama² menjaga pemakanan agar hidup lebih sihat, inshaALLAH.

untuk mengelakkan sakit gout, di bawah adalah antara makanan² yang patut dielakkan;

  • makanan laut seperti udang, keram, sotong, kerang dan ikan bilis.
  • sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • daging merah.
  • cendawan.
  • yis (roti putih, roti manis).

for more info, sila² lah google ye kawan². dan 10 cara untuk mengurangkan asid urik di dalam badan, sila rujuk di sini. sekarang ni, sudah seminggu saya mengambil minuman daun Alfalfa, 500ml setiap hari. mudah²an usaha aku ni membuahkan hasil, inshaALLAH. many thanks to my geng ofis, Rodie sebab sudi bagi tips + memperkenalkan aku dgn khasiat Alfalfa.

OK, settle dengan blood test result. MRI result meng confirm kan keadaan kepala lutut aku yang tak normal.  Dr.Anuar dok sebut² dislocated patella. my left patella position is higher than normal. ada gambar xray ke-abnormalan posisi patella ku di sini. *ada 4 film untuk MRI, tapi 1 benda ape pun aku tak faham sebab tu aku tak paste kat entry ni. lagi pula bukan mudah nak amek gambar film MRI ni. gulap gulita wooo...

kata beliau, pembedahan perlu dilakukan untuk mengikat patella ku itu. tapi sebelum prosedur dilakukan, aku perlu menghadiri physiotherapy sebanyak 6 kali terlebih dahulu. tujuan fisio adalah untuk menguatkan otot² kaki aku terutamanya otot paha agar dapat  menyokong pergerakan patella ku nanti. selesai fisio, jumpa beliau semula untuk advise seterusnya.


seronoknya rasa sekiranya keadaan lutut ku ini boleh dipulihkan 100% tanpa memerlukan pembedahan. antara nasihat kawan² yang pernah mengalami kecederaan lutut dan telah menjalani pembedahan, rata²nya menasihatkan aku agar bersetuju saja sekiranya perlu dibedah. faktor umur dan bagi mengelak kesakitan berulang di masa akan datang kata mereka. bila difikir betul juga kan. biarlah sakit sekarang + buat rawatan untuk pulihkan 100% bagi mengelak kesakitan yang sama di hari tua. lutut nak pakai lama kan... sepanjang hayat. oh ye, untuk kali pertama dalam hidup aku dapat medical leave (mc) 5 hari bekerja. lepas tu masuk ofis and see how la nanti.

inshaALLAH, mudah² ALLAH permudahkan urusan ku memulihkan keadaan kesihatan ku sekarang. Amiin Ya Rabbal Allamiin...


OK lah, panjang juga entry ni. terima kasih kerana sudi membaca dan take care u'olsss... cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...