Friday, June 7, 2013

ngedet dengan pakar orthopaedic ku #3

yep, jumpa beliau lagi. dek kerana sakit lutut itu la. sejam lebih gak menunggu turn nak jumpa beliau. ramai yang sudah bertemujanji. kami datang gitu je sebab kesakitan yang aku alami pada hari sebelumnya. sepatutnya jumpa beliau penghujung Jun ni, tapi apakan daya tiada tertahan kesakitan diriku ini, ohhh...

kali ni, awal² lagi dah duduk atas wheel chair. sakit terasa setiap kali kaki melangkah. sembang² dengan Dr.Anuar, ceritakan tentang kesakitan di ofis. bla bla bla bla dan bla... (nak tau kisah sakit di ofis? sila baca sini). physiotherapy, itu yang ditekankan beliau. OK, dah penah pegi sekali. cadangan beliau sekurang² another 2 session sebelum our next appointment. mc dilanjutkan sehingga 13/6 untuk memberi ruang aku mendapatkan rehat sepenuhnya + sesi electrotherapy dan physiotherapy dengan aman. tak dapat sembang lama sebab nampaknya beliau seperti rushing. belum sempat aku habiskan soalan² yang bermain di minda beliau dah buka pintu. katanya jumpa lagi selepas 2 sesi physiotherapy. agak terkilan tapi malas nak lanjutkan luahan rasa aku, terus keluar bilik beliau dan settle kan perkara² admin untuk next appointment.

"agaknya sebab patient ramai sangat kot arini, beliau penat. atau beliau ada urusan lebih penting, lagipun turn kami dah menghampiri waktu lunch, sebab tu beliau nak cepat je", kata hati memujuk. hohoh, tapi last² ku luahkan juga perasaan tak puas hati aku pada beliau kat encik suami. ermmm... lama² aku sendiri kata "eh takpelah, biarlah... next appointment aku mesti nak settle kan betul² kes aku ni".

sebelum balik singgah kat rehab centre untuk re-schedule my physiotherapy session. oleh kerana dapat mc agak lama, ku aturkan 4 sesi terus, senang. sebelum jumpa Dr.Anuar sempat la buat 4 sesi tu, inshaALLAH. oh yea, kos konsultasi bersama beliau pada appointment kali ni campo tolak dalam RM100/= juga la, hohoh. there goes the company insurance, semakin menyusut and reaching the limit. mudah² lepas la nanti claim² aku untuk sesi physio ku yang mencecah 1K tu huhuh. inshaALLAH amiin.

OK lah, nanti cite kisah 2nd physio pula ye. seperti biasa, terima kasih kerana sudi baca. jaga diri hiasi peribadi... cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...