Thursday, June 6, 2013

ouch! sakit lutut itu datang lagi huhu...

yep, sakit itu menyerang kembali. huhu...

3/6, Isnin baru ni aku masuk keje seperti biasa. 1st time juga sejak kawin, hari tu suami yang drive hantar aku ke ofis. sampai sebelum jam 9pagi seperti biasa dan semangat sungguh rasa nak keje. rindu ofis katanye hahah.oh yea, aku dah siap-siap pakai knee guard, ikut nasihat doktor kannn.

dan seperti biasa, bila kita sakit ramai la yang bertanya khabar, ye tak? sempatla sembang- sembang serba sedikit tentang kisah sakit aku. sesambil buat keje kekadang reply whatsapp suami yang bertanyakan khabar aku. mmg menjadi kebiasaan kami sekali sekala bila terluang akan ber whatsapp.
aku kan sebenarnya agak fobia duduk atas kerusi, sejak sakit hari tu. kepala lutut aku masih belum pulih sepenuhnya, so agak takut-takut la kan. tapi ku pujuk hati supaya bertenang. sekejap lurus sekejap bengkok kaki kiri ku. itu yang aku buat setiap kali duduk atas kerusi. risau kejadian sakit tu berulang lagi. ngilu dan ngeri kalau diingatkan, huhu. agak-agak rasa sakit manja-manja datang, aku akan berdiri sambil buat kerja. lebih selesa berdiri tegak sebenarnya.

lunch break, aku keluar makan dengan geng-geng ofis. seperti yang dah di plan awal-awal, kami nak makan sushi. yayyy, ke Sushi King kita. makan-makan happy-happy kemudian balik ke ofis semula. sambung keje sehinggalah rasa denyut-denyut di lutut semakin kuat. whatsapp suami bgtau sakit, tapi bole tahan lagi. just minta beliau be ready sekiranya tetiba beliau kena datang jemput tetiba. tak sampai hati rasanya nak tinggalkan keja-keja yang dah seminggu kutinggalkan. dan sakit itu ku tahan dan tahan... hinggalah satu ketika tu aku berulang alik ke mesin fotostat, lutut mula rasa tak selesa, rasa sakit dan seakan tersekat! oh tidakkk... no no, jangan la jadi lagi pleaseee... aku bisik dalam hati. berdiri statik sekejap, tarik nafas hembus nafas, cuba berjalan perlahan-lahan, Ooouuuccchhh!!! oh nooooo, confirm sakit hari tu datang balik, aduhai.

ku panggil Rodie + Rina untuk datang membantu. bantuan utk berjalan. paksa juga berjalan walaupun sakit. mesin fotostat dengan workstation aku tu takdelah jauh mane. 10 langkah dah sampai. tapi kalau dah namanya sakit, jauhnye lah rasa. call suami minta beliau datang segera jemput kat ofis. i just wanna go home + rest. berpeluh-peluh tahan sakit. jantung berdegup laju je. risau sakit getting worse. kemas- kemas beg laptop maknek bagai, bawa sikit dokumen untuk sambung keje kat rumah, siap kemas semua kami gerak perlahan-lahan ke lobby.

kami,
yesss kami. ramai sungguh yang menghulur bantuan. Rodie tolong papah aku. Rina memantau pergerakan aku (hahah). boss aku @ abg Naza bawa beg laptop, sementara Ajoi tolong bawakan handbag dan paper bag berisi keje-keje aku. tudiaaa, ramai yang anta aku turun ke lobby, hahah. rasa diva sangat kahkahkah. terima kasih wahai teman-teman yang selalu ada menghulurkan bantuan. lebiyu banyak-banyak tau...
sampai rumah, terus rest + sapu ubat. rest betul-betul sampai rasa sakit hilang. dan tanpa banyak fikir ku ajak suami untuk berjumpa dengan Dr.Anuar lagi pagi keesokkannya. tak sempat nak tunggu sampai hujung bulan ni, tak tahan rasanya kalau selalu sakit begini. agaknya sampai bebila la kot aku akan berasa ngeri + ngilu kalau teringat kisah sakit tempoh hari. ishkkk! wahai lutut tersayang, lekas sembuh ya!

OK la u'olsss... terima kasih sudi baca blog aku ni ye. jaga diri bebaik tau. babai and cau beddah!

4 comments:

  1. cepat sihat akak..muahh banyak2

    ReplyDelete
  2. makasih dik. tak sabar nk men'sushi' lagi ni hahah

    ReplyDelete
  3. alamak... sama lah kita.. memula doktor kata kurang kalsium.. jenuh la duk ambik kalsium..sakit mengurang, tapi selalu jadi balik bila aktif sikit. so, kawan saya suggest amik KOyo chitosan.. Alhamdulillah, ok..
    skang saya pun terus pomot n jual kat kawan2 n sedara mara jugek.hehehe

    p/s: just terpanggil utk share je..
    kalau nak try, contact saya k..

    semoga cepat sembuh :)

    duniailhamku.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ooowww ok. tQ dear for sharing the info. nnt i baca pasal koyo chitosan dulu k. ape2 hal nnt i'll ask u. take care dear.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...