Saturday, June 22, 2013

penangan fisio ke-5 & ngedet dgn pakar ortho ku

entry sebelum ni aku cite pasal pengalaman fisioterapi ke-5 aku kan. haaa, amek kawww... sakit otot² paha kiri aku, berhari² sakitnya. tapi yang bagusnya, memang keras mantap tegap la otot paha aku. betul² 'pegang' kepala lutut aku. dan tujuan fisio tu sememangnya nak kasi 'pegang' kepala lutut kan. sukses la kiranya fisio yang aku buat tu. tahniah kepada diri sendiri heheh...

sehari selepas fisio tempoh hari adalah masa untuk ngedet dengan pakar ortho ku, Dato' Dr. Anuar. lawatan kali ni singkat je, tapi menunggu turn nak jumpa beliau, aduyaiii... dekat 2 jam la duduk menunggu. ramai betul pesakit beliau hari tu. sebelum sesi sembang² terlebih dahulu beliau check both lutut kiri + kanan aku. digerak², dicuit², bengkok kaki kemudian luruskan semula... Alhamdulillah tak sakit macam memula jumpa beliau sebelum ni. legaaa...

pakar ortho ku cakap, buat masa ni takyah buat surgery lagi. atas usaha gigih pegi fisio berbaloi² + memang menunjukkan hasil yang diharapkan. tapi kalau kepala lutut aku 'terkeluar' semula, terpaksa la operate. dan aku kena buat fisio sebanyak 6 kali untuk tempoh sebulan ni sebelum ngedet lagi dengan beliau. kalau tak pegi fisio pun, aku ada pilihan lain, buat exercise sendiri kat gym. lagipun aku dah tau apa yang perlu aku buat untuk kuatkan otot² paha aku. peralatan apa nak guna, aku memang ingat. dan exercise tu perlu dibuat untuk kedua² belah kaki kiri + kanan. no sports @ aktiviti lasak untuk setahun ni. there goes my badminton, huhu... sedih betul... tapi terpaksa la tahan diri dari bersukan dulu, nak pakai kaki lama kan...

beliau tanya samada aku nak lanjutkan cuti sakit aku atau tidak. aku kata tak perlulah. aku rasa aku dah ready nak masuk ofis, keje pun melambak tu. rindu ngan kengkawan ofis lagi heheh. dan masa aku buat entry ni, aku dah berjaya gi keje tanpa sakit lutut selama 5 hari, isnin sampai jumaat. yayyy! dan seperti biasa, kalau dah lama tinggal ofis, kengkawan ofis mesti banyak bertanya itu ini begitu begini kan. well, diorg concern, diorg caring... dan aku pun tak kisah nak share pengalaman sakit aku heheh. dari receptionist sampai la ke CEO, aku akan share cite sakit aku kat diorg sekiranya ditanya.

Alhamdulillah + inshaALLAH akan ke SDMC semula pada 12 Julai ni. mudah²an semuanya baik² saja nanti, inshaALLAH... amiin.

terima kasih kerana masih sudi baca ye. jaga diri u'olsss... cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...