Friday, June 14, 2013

sesi fisio yg mendera

ye betul. rabu baru ni, 12/6/2013... was my 5th session at the Rehabilitative Centre SDMC for physiotherapy + electrotherapy. ada 2 exercise baru yang sangat mencabar kekuatan lutut ku (sebenarnya, setiap sesi mesti ada 2 exercise baru, memula light tapi lama kelamaan jadi though) yg 1st tu ada maaf lagi, tolak-tolak beban dengan mengharap kekuatan otot kaki kiri ku semata-mata. kalau tak sakit memang mudah je, tapi sebab cedera ni, memang teruk la jugak rasanya, tapi masih ada maaf.

yang betul-betul menguji sabar + ketabahan aku ialah masa buat step up on bench exercise. tujuan nak kuatkan ketahanan kaki kiri + kuatkan otot-otot yang memegang patella. step up 30 kali, step down 30 kali dan last sekali cross step 30 kali. untuk semua ni body kena tegak, tu yang mencabar tu. tengah sakit ni memang tercungap-cungap dan menggigil la aku. wuiii, jangan memain la kan hohoh o_O

lepas settle 2 exercise baru tu, baru lah aku buat routine exercise yang ada 10 tu. 3 sesi sebelum ni aku cuma hold beban 1kg, sesi ke-4 + ke-5 ni aku hold 2.5kg ok. huhuh, sebak rasa kalau kepenatan sangat.

dek kerana awal-awal dah penat dengan exercise baru tu, kaki aku takleh angkat beban 2.5kg tu pada exercise routine yg ke-2. aku sendiri terkejut awat la kaki aku longlai sangat. trainer aku kata memang longlai la sebab awal-awal dah buat exercise susah. sebab kesian tengok aku takleh angkat kaki langsung, ditukar semula kepada beban 1kg. haaa, baru leh angkat + continue exercise, tu pun menggigil-gigil. last sekali baru buat cycling untuk 15minit. memang basah lencun la baju dibuatnya. memang rasa terdera sungguh sesi kali ni.


ni la mesin electrotherapy tu

dan seperti biasa, sebelum balik, buat electrotherapy + hot pack. semalam 3 jam jugak la. minimum hour la tu, if not sampai gak 4-5 jam. Alhamdulillah, selepas 5 sesi fisio + electro dan juga exercise di rumah setiap hari, lega banyak rasanya kaki kiri ku ini. syukur Ya Allah, dah tak perlu amek painkiller, sakit tu tetap sakit tapi masih bole bertahan.
OK lah, terima kasih kerana sudi membaca entry ni. jaga diri tau... bye now, cau beddah!

*image is googled + my Instagram

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...