Wednesday, July 31, 2013

jaga hati jagalah diri

berat tanggungjawab dirasa pabila dapat amanah seperti tajuk entry ni. berat, sungguh berat. berat bagi mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

kita tak boleh paksa orang lain untuk menyayangi, mencintai dan mengasihi kita. tidak boleh memaksa sesiapa untuk mempercayai kita. sebelum ni mungkin kita #1 dalam hidup dia. namun, tak mustahil seandainya kita bukan lagi keutamaan nombor 1 dalam hidupnya. perasaan manusia mudah berubah-ubah. apatah lagi pada mereka-mereka yang bermulut manis yang gemar menabur kata-kata pujian untuk menarik perhatian yang lain. yang hidupnya mudah benar merasa bosan dengan apa yang ada dan sentiasa ingin mencari thrill kehidupan yang baru. dan masih, kita takkan boleh memaksa siapa-siapa untuk menerima kita seadanya kita. walaupun ada, ianya cuma bersifat sementara saja. lama-lama akan pudar juga penerimaan itu.

adat manusia, lumrah kehidupan. kebanyakkannya, lain di mulut lain pula maksud di hati. jika situasi begini tidak disedari, kita jalani hidup seperti biasa. tapi sekiranya satu persatu lakonan itu terbongkar, aduh... sakitnya jiwa remuknya hati. diri sendiri terasa tidak berguna lagi.

jaga hati jagalah diri; tanggungjawab setiap yang berpasangan. seandainya kesilapan terjadi, berusahalah untuk perbaiki diri dan berjanji takkan ulangi lagi. jangan sekadar berjanji tapi langsung tiada erti. jangan sampai menyesal kemudian hari pabila sidia yang sentiasa setia disisi berlalu pergi dan takkan kembali.

jangan cakap tak serupa bikin!

Sunday, July 28, 2013

if silence can heal, I know it can kill

If silence can heal,

I know it can kill.
I fell its caress.



Consider your lies
In light of what's real.
Yea-e-e, I could care less.



Forget what you know,
Just get up and go.
Save all you can.



Don't want you to see
When pain overflows
Yea-e-e, you're not my friend.



I still think that we were meant to be
Ooh-oh, lie to me now.
I still dream that you were meant for me
Yea-e-e, why would you doubt?



I don't wanna know,
No, I don't wanna hear
He-e-ey, your smart alibis



I don't wanna feel
This heartache and fear
I don't wanna wait (anymore)
I don't want to be nice



I still think that we were meant to be
(We were destined to be)
Ooh-oh, lie to me now.
I still dream that you were meant for me
(I was made for your love)
Yea-e-e, why would you doubt?



I'm not asking for sympathy
Cause I know what you need me to say
Thanks for what you have given me (Take it back)
I will always remember you watching me walking away, he-e-ey



(I remember all)
Aren't you loving watching me now?
(I remember all)



I still think that we were meant to be
(We were destined to be)
Ooh-oh, lie to me now.
I still dream that you were meant for me
(I remember all)
Yea-e-e, why would you doubt?



Consider your lies
In light of what's real.
Yea-e-e, I could care less.
-end-
~my heart is singing this song at the moment~

Friday, July 26, 2013

gile @ gian bbm + fb + chatting dan sebagainya

aku suka main games. eh suka gile lah. especially candy crush. walaupun dah lama main, dah dekat level 400 tapi aku tetap suka melayan. penghibur kala hati berduka, wah gitu...

bagi aku, main games lebih baik sebab aku tak menipu dan tak mencari publisiti murahan minta perhatian. ye aku tau, daripada buang masa main games lebih baik la buat amal kebajikan atau sekurang-kurangnya baca buku kan? ye, kekadang ke situ juga arah aku untuk mengubat jiwa lara. wah gitu lagi sekali muahahah.

well, ini pendapat aku daripada pengalaman hidup aku seharian. kepada yang gile/gian seperti senarai di bawah, sila terasa + ambil iktibar. betul @ tidak ikut otak fikiran masing-masing. ini apa yang aku rasa. aku paling tak suka orang-orang yang;

  • gile/gian bbm. gile add ntah sape-sape yang tak dikenali. kalau tuan diri tu lelaki, of course la list kawan perempuan lebih panjang. dan kalau perempuan, list kawan lelaki lebih ramai. lepas tu berkenal-kenalan, ambil masa, sembang lama-lama, pagi ke petang ke malam sampai ke pagi semula (huh!). peratusan kaki tipu kaki auta lebih tinggi dari peratusan manusia yang jujur. heh. aku penah nampak penipuan itu berlaku. pui!
  • gile/gian fb. celik mata bangun tido je terus tengok fb. kat fon ke kat ipad ke laptop ke pc ke, laju je nak jenguk fb. nak tengok sape komen sape like sape poke + macam-macam lagi lah. lepas tu suka sangat like gambar, like status + like komen + suka mengomen. kalau lelaki (tak kira la bujang @ dah kawin) wuiii... kemain laju lagi like gambar perempuan. especially gambar perempuan lawa-lawa muda remaja dahi licin. pastu kalau nak naikkan saham lagi, siap komen 'comelnya dia' atau ayat glamer sekarang 'wah, mantop!'. perempuan pun apa kurangnya (pun sama, baik yang masih bujang @ yang sudah jadi bini orang). yang sengaja nak naikkan saham + minta perhatian pasti suka aktiviti like gambar jejaka-jejaka hensem. komen-komen, main tarik tali, manja-manja sikit, gedik-gedik sikit lama-lama dapat la perhatian.
  • gile/gian chatting. tak kira la chatting kat mana. ymgtalk @ fb messenger @ whatsapp @ line @ kakao talk @ wechat. asalkan boleh chat + boleh berkenalan dengan kawan/kenalan baru. konon alasan nak kawan-kawan je, saje je takde ape nak buat. duhhh, apa punya alasan la dol. get a life la weyyy... walaupun sebenarnya takde topik @ perkara penting, chatting tu harus dalam kehidupan seharian kau kekdahnya. kahkahkah. agaknya orang-orang macam ni memang takde life. bosan dengan kehidupan sekarang. so cari la hiburan baru, kenalan baru kawan baru. kalau lelaki galak mencari kenalan perempuan, keutamaan diberikan kepada perempuan single + lawa. tapi ada juga jenis laki orang suka ngorat bini orang atau sebaliknya. kemain laju lagi anta message nak berkenalan. aku paling pantang kalau orang menipu (semua org pun pantang kena tipu kan?). tak sedar diri dah kawin tapi mengaku bujang. wah wah wah... kau tak puas hidup bujang ke? atau menyesal kawin? sukati kau je kan. sedap je cakap bujang padahal dah ada bini, tapi tak sedar diri. apa tah motif kau nak menipu. sampai bila nak buat benda-benda takde faedah ni dol? sampai ke tua ke? aduhai... oh ye, mungkin takut perempuan tu tak nak layan kau bersembang so perlu la cakap ko bujang, nak test market la konon. ye, bagi kau sembang dengan awek-awek baru lebih penting dari meluangkan masa dengan bini sendiri. ptui! tak sedar diri punya manusia. tapi sama je la gan perempuan. ada je bini orang mengaku single pastu ada kekasih gelap dalam chatting. ada pernah seseorang cakap "ala chat je pun, bukan jumpa in real life pun. no harm pun kan. relaks arrr...". jawapan begini bagi aku adalah jawapan orang yg selfish. kau jenis tak fikir perasaan pasangan kau. kau memang tak sedar diri + kau ingat kau dah cukup bagus... yang paling sedih ko lupa tanggungjawab ko. eh pernah ke kau fikir pasal tanggungjawab kau? kesian dowh.
  • gile/gian promote diri dalam social media semata-mata nak dapatkan pujian/perhatian. amek gambar, upload pastu tunggu orang komen. hensem lah comel lah lawa lah. pastu reply balik, eh tak la, biasa-biasa je ni. kahkahkah. loser sungguh!
peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa pun yang membaca entry ni. sedar-sedarlah diri tu siapa. kalau dah jadi suami @ isteri orang, sila fikir masak-masak sebelum melakukan perkara-perkara di atas. adakah yang korang buat tu akan menyakiti hati orang lain @ pasangan korang. apa kebaikan yang korang dapat daripada tindak-tanduk korang tu. sampai bila nak perasan sendiri? korang pulak OK ke kalau pasangan korang tu buat benda yg korang tak suka?

aku dah penat. penat melayan kerenah orang-orang sekeliling aku. fed up! rasa tak dihargai langsung. rasa macam senang sangat kena tipu. senang sangat dipermainkan. ye lah, aku ni jenis tak banyak cakap. tapi ALLAH Maha Kuasa. DIA terbitkan perasaaan was-was + musykil untuk aku sedar perkara-perkara yang merugikan ni berlaku di belakang aku.

takpe lah, selagi boleh bersabar aku bersabar. tapi ingatlah, walaupun aku ni insan yang lemah, aku juga ada pilihan untuk hidup lebih bahagia. lebih tenang. aku berhak menjalani hidup yang lebih berkualiti tanpa ada manusia lidah bercabang seperti kau. dan bila aku dah nekad, kau tau kedudukan kau di mana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...