Wednesday, July 24, 2013

aglio olio prawn spaghetti

lamanya tak buat entry masak memasak kan? sebelum ni pernah juga aku buat entry pasal aglio olio spaghetti. tapi versi lain, sila klik sini kalau nak skodeng.

memandangkan encik suami sangat menggemari resipi ni, aku dengan gigihnya meng'google' resipi yang ala-ala menyamai aglio olio versi pizzahut. google punya google punya google... akhirnya aku jumpa blog satu ni. penulisnya juga menggemari aglio olio prawn spaghetti di pizzahut. klik sini untuk melihat resipi beliau. manakala seperti biasanya, aku ada tokok tambah sikit bahan lain bagi memeriahkan rasa hidangan ini. dan ternyata suami ku sangat suka! Alhamdulillah...

bahan-bahan (untuk 5 orang);
  • spaghetti = aku menggunakan San Remo No.5 500gm spaghetti. rule of thumb : 1 org bersamaan dengan 100gm spaghetti.
  • 1 biji bawang besar oren = dipotong kiub kecil.
  • 1 labu bawang putih = dicincang kasar. bahagi 2; separuh untuk digoreng biasa manakala separuh lagi digaul dengan tepung jagung + garam.
  • udang segar (sederhana besar) = yang ni ikut suka masing-masing. nak banyak nak sedikit, terpulang. kita nak isi udang sahaja ye dan jangan lupa belah bahagian belakang udang untuk membuang ususnya. cuci kulit udang dan rebus buat stok udang.
  • cendawan shitake @ cendawan cina = bole beli kat aeon big @ carrefour. dijual dalam paket kecil. rebus dengan stok udang sampai lembut, sejukkan dan hiris kecil.
  • cili kering = dipotong/digunting besar-besar. rendam sekejap supaya lebih mudah untuk membuang bijinya.
  • 1 biji lada benggala hijau @ green capsicum = hiris panjang @ ikut sukati masing-masing, cemana cara nak hiris/potong.
  • olive oil + corn oil.
  • sedikit lada hitam, sekiranya suka (freshly ground black pepper).
dan cara-caranya;
  1. rebus spaghetti dengan menggunakan stok udang. tambah air sekiranya perlu, tambah sedikit garam + sedikit minyak jagung.
  2. sementara menunggu spaghetti masak; panaskan 1 sudu makan olive oil + corn oil dalam kuali dan goreng isi udang tadi sehingga warnanya berubah menjadi kemerah-merahan dan separuh masak. angkat udang yang digoreng tadi dan masukkan pula cili kering yang telah dibuang bijinya. kemudian goreng cendawan shitake @ cendawan cina.
  3. selesai menggoreng bahan-bahan tadi, panaskan pula 1 senduk olive oil + corn oil. masukkan bawang besar oren dan tunggu sehingga tekstur bawang menjadi lutsinar. masukkan bawang putih yang dicincang kasar, kacau sehingga bawang bertukar warna menjadi perang barulah dimasukkan bawang putih yang dicampurkan tepung jagung + garam tadi. kacau sehingga menjadi berketul-ketul dan warnanya juga menjadi perang.
  4. masukkan semua bahan yang telah digoreng sebelum ni; isi udang + cendawan shitake @ cendawan cina + cili kering dan juga spaghetti yang telah direbus. kacau dan rasa. tambah garam sekiranya perlu.
  5. akhir sekali masukkan lada benggala hijau, kacau dan rasa. taburkan freshly ground black pepper untuk menambah perisa.
  6. hidangan aglio olio adalah hidangan pasta yang perlu effect basah dengan olive oil. aglio olio yang kering kurang kick rasanya. tapi harus diingat, nak tambah olive oil tu jangan pula sampai tenggelam habis spaghetti tu ye.
  7. tutup api dan siap untuk dimakan!
  8. untuk rasa yang lebih sedap dan suka rasa lebih pedas, taburkan sedikit chilli flakes ke atas hidangan aglio olio anda.
OK, dah siap. selamat mencuba ye kengkawan. cau beddah!

4 comments:

  1. owh terliur tengok..sedap akak masak..ini ikhlas ok

    ReplyDelete
  2. hehehe... try la resipi ni rodie. nnt kalau kita ada wat makan² lagi inshaALLAH bole la wat lagi utk jamu kengkawan

    ReplyDelete
  3. aaaa nampak sdappnyeeee!nk try malas...ehehe...padahal mmg tringin sgt nak mkn spaghetti...aduii...

    ReplyDelete
  4. hehe, try la Lin :) tak pun, try makan versi pizzahut punya. aglio olio prawn pizzahut

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...