Wednesday, July 31, 2013

jaga hati jagalah diri

berat tanggungjawab dirasa pabila dapat amanah seperti tajuk entry ni. berat, sungguh berat. berat bagi mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

kita tak boleh paksa orang lain untuk menyayangi, mencintai dan mengasihi kita. tidak boleh memaksa sesiapa untuk mempercayai kita. sebelum ni mungkin kita #1 dalam hidup dia. namun, tak mustahil seandainya kita bukan lagi keutamaan nombor 1 dalam hidupnya. perasaan manusia mudah berubah-ubah. apatah lagi pada mereka-mereka yang bermulut manis yang gemar menabur kata-kata pujian untuk menarik perhatian yang lain. yang hidupnya mudah benar merasa bosan dengan apa yang ada dan sentiasa ingin mencari thrill kehidupan yang baru. dan masih, kita takkan boleh memaksa siapa-siapa untuk menerima kita seadanya kita. walaupun ada, ianya cuma bersifat sementara saja. lama-lama akan pudar juga penerimaan itu.

adat manusia, lumrah kehidupan. kebanyakkannya, lain di mulut lain pula maksud di hati. jika situasi begini tidak disedari, kita jalani hidup seperti biasa. tapi sekiranya satu persatu lakonan itu terbongkar, aduh... sakitnya jiwa remuknya hati. diri sendiri terasa tidak berguna lagi.

jaga hati jagalah diri; tanggungjawab setiap yang berpasangan. seandainya kesilapan terjadi, berusahalah untuk perbaiki diri dan berjanji takkan ulangi lagi. jangan sekadar berjanji tapi langsung tiada erti. jangan sampai menyesal kemudian hari pabila sidia yang sentiasa setia disisi berlalu pergi dan takkan kembali.

jangan cakap tak serupa bikin!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...