Sunday, July 14, 2013

tetiba macam malas

a'ah, tetiba macam malas sangat sekarang. OK, sebenarnya dah lama jadi malas. malas nak terlebih rajin. dulu² terlebih lebih lebih rajin. sekarang terus drop jadi m.a.l.a.s. aku tau tak patut salahkan orang @ benda lain. tapi tetap juga nak letak kesalahan pada dunia ofis ku. *ehek* iyaaa, aku kuciwa dengan politikus di ofis ku... BLURGH!

OK, bebelan di atas saje je nak melampias rasa kuciwa. hidup perlu diteruskan, betul? hihih.

cerita malas jumpa doktor
sepatutnya ngedet ngan Dato' Dr. Anuar; pakar ortho ku pada Jumaat baru lalu, 12 Julai. tapi aku tak pegi jumpa beliau pun. ku rasa kaki ku sudah kuat. tudia, perasan aih. tapi betul lah, Alhamdulillah syukur pada ALLAH... kaki kiriku sudah kembali seperti kaki normal yang lain. kenapa? sebab dah tak rasa sakit macam dulu lagi. cuma aku tak boleh terlalu aktif @ gatal² nak angkat benda berat². kalau terlebih aktif, banyak sangat jalan, banyak aktiviti bengkok kaki; iye, kaki kiri ku akan rasa sengal² ngilu² + 'memberontak' kesakitan. tapi semua rasa tu masih boleh aku tanggung dengan senyum biasa², heheh. Alhamdulillah...

cuti daripada bersukan diteruskan sehingga bulan Jun 2014. mudah²an next year aku bole kembali aktif bersukan tanpa mengalami kecederaan lagi. amiin amiin amiin...

aku rindu nak main badminton *tsk tsk*

eh alamak, dah almost 2 minggu aku tak exercise kaki. baik, malam ni sebelum tido kita buat exercise ye kaki ku sayang.

oh ye, belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN MULIA BULAN RAMADAN kepada semua kengkawan yang sudi baca blog aku ni. ampun maaf dipinta sekiranya aku ada menyakit hati sesiapa samada disengajakan @ tidak sengaja langsung. mudah² amal ibadah kita diterimaNYA + kita sentiasa dalam redhaNYA. amiin Ya ALLAH.

till then, cau beddah!

4 comments:

  1. haip! takleh malas2 sis! :) kena jmpe doc, k?smoga cpat sembuh. rest byk2 tau. :)

    ReplyDelete
  2. heheh... baik baik. dah start exercisesemula dah ^_^ tQ dearie

    ReplyDelete
  3. semangat semangattt.....

    hope you will always in the pink of health beb.

    Bab malas... sama je, me too!!

    ReplyDelete
  4. aawww, tQ cayang. inshaALLAH, mmg lebih menjaga kesihatan skrg ni. dah tua² ni mmg kena beringat selalu.
    tu la, bab malas ni mmg xtau la nak campak ke mana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...