Monday, August 26, 2013

resepi : cheesecake + biskut (resepi cheesecake paling senang di dunia)

haaa... ni la resepi cheesecake paling senang di dunia yang aku dok sebut-sebut dalam fb aku aritu. sebenarnya, ramai yang dah tau resepi ni. senang sangat la katakan. disebabkan senang sangat dan menjadi salah satu dessert kegemaran abah + adik-adik aku, 3 hari berturut-turut aku buat kek ni masa cuti raya kat kampung aritu, hihih...

mari tengok bahan-bahan yang diperlukan;

cream cheese (250gm) + biskut + 1/2 tin susu pekat/krimer manis + nestum + susu segar

*biskut tu terpulang kat korang. nak gantikan ngan biskut marie @ biskut oreo ke, terpulang. kalau agak-agak nak lemak-lemak masin, guna la cream crackers. ikut sukati korang la ye.

**susu segar pun bole diganti ngan pelbagai jenis susu ikut selera masing-masing.
dan begini cara-caranya (ehhh senang sangat la haiii... kena rajin sikit je hihih) ;
  1. pukul cream cheese dalam seminit dua. guna mixer bole nak pukul secara manual pun bole.
  2. masukkan 1/2 tin susu pekat/krimer manis ke dalam cream cheese tadi. sukatan susu manis ni mengikut kesukaan masing-masing gak. sila tambah atau kurangkan ikut selera.
  3. kacau cream cheese + susu manis sehingga sebati dan ketepikan buat sementara.
  4. rendam/celupkan biskut ke dalam susu segar. sila berhati-hati jangan sampai lembik hancur pula biskut tu. rendam/celup sampai agak-agak kembang sikit kedua belah bahagian biskut tu.
  5. kemudian susun biskut yang dah direndam/dicelup tadi ke dalam loyang/bekas kek.
  6. dah siap susun, maka bolehlah sapukan adunan cream cheese + susu manis tadi di atas biskut yang telah disusun sebelumnya. nipis @ tebal sapuan cream cheese tersebut mengikut selera masing-masing ye.
  7. settle yang tu, bolehlah ditaburkan pula nestum di atasnya. untuk yang ni, aku sarankan buat taburan yang nipis je. kalau tebal sangat bole menyebabkan kek ni kering sikit.
  8. siap layer pertama. untuk layer yang seterusnya sila ulang perkara yang sama (4 hingga 7) sehingga adunan cream cheese tadi habis.
  9. last sekali, taburkan nestum sebagai hiasan. part ni bole la kalau nak taburkan banyak sikit.
  10. kek siap dan bole dimasukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidang.
  11. selamat menjamu resepi cheesecake paling senang di dunia!
 sila abaikan kecomotan bekas adunan di atas (huhuh)




selamat mencuba uolsss... cau beddah!

Sunday, August 25, 2013

my double celebrations

masih ingat entry terbaru pasal riang ria raya kat ofis kitorg aritu? haaa, nak bagitau ni... our CEO sangat happy dan berpuashati dengan effort + komitmen kami, committee yang terlibat dari awal perbincangan sehinggalah selesai acara mengemas. Alhamdulillah, sebagai committee yang melalui pelbagai drama sandiwara dan gaduh-gaduh manja, aku merasa sangat puas dengan pencapaian yang kami perolehi beramai-ramai. syukur Alhamdulillah, dengan izinNYA jua.

so, nak dijadikan cerita CEO nak belanja la kami-kami ni makan kat tempat best-best. maka berdiskusilah kami-kami head committee ni. sembang punya sembang kami decided untuk dinner di PJ Hilton saja dengan mengambil kira beberapa committee yang suka hidangan buffet. macam aku ni, mmg jenis tak kisah, aku follow sajo. tup-tup kan, CEO cadangkan tempat lagi best... dinner di KL Tower u'olsss... aku mmg terkejut + sungguh tak menyangka la kan. PJ Hilton yang kami minta, KL Tower yang CEO bagi. syukur Alhamdulillah... macam mimpi rasanya heheh...

22 Ogos baru lalu bersamaan hari Khamis, maka kami yang terpilih telah pergi ke KL Tower untuk dinner bersama CEO. aku plak 1st time datang situ, so memang double triple teruja la kan. cuma silap aku, aku tak bawa camera huhuh. harapkan camera kat note + iPad je la. jadinya, ada beberapa keping je la yang sempat aku tembak.

gini la rupanya tiket nak gi dinner tu

muka gayat takleh blah hahah

meja kami

suasana sunset dari KL Tower

berlatarbelakangkan KLCC

kononnya ni la gambar paling last sebelum balik rumah
tapiii... rupa-rupanya ada kejutan untuk aku. hahaha. tengah syok meninjau-ninjau pemandangan bandaraya KL, tetiba diorang nyanyi lagu 'happy birthday'. aku plak secara otomatik, join nyanyi sekali la sambil cuba-cuba tengok sekeliling siapa la yang celebrate birthday ni... tup-tup rupanya untuk aku + seorang lagi geng ofis, Azizi. hahaha cisss, mmg terkejut tenuk la aku kannn...

the very chocolatey choc cake

happy birthday to me!

Ahamdulillah... tak pernah membayangkan akan diraikan di KL Tower. syukur, sekurang-kurangnya terubat sikit hati aku. ye lah, birthday aku aritu berlaku insiden menyayat hatiku seumur hidup *tsk tsk*.

terima kasih banyak-banyak kepada kengkawan ofis especially to CikRina (PA to CEO) yang plan buat surprise kat aku aritu. korang berjaya membuat aku tersipu-sipu tapir hahaha. apa taknya, se-antero floor tu nyanyi 'happy birthday' kat aku termasuklah pakcik-pakcik live band kat situ, meriahhh gamattt... ohhh so sweet + akan ku kenang sepanjang hayat. muaxh!!! love uolsss so so sooo much!
settle makan kek + sembang-sembang ngan CEO, kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing. penat memang penat tapi berbaloi-baloiii... heheh...
OK lah uolsss, nanti kita sembang cite lain lak ye. jaga diri bebaik tau. jaga hati untuk mereka yang jujur, setia + mengasihimu sepenuh hati. cau beddah!

k 0 s 0 n g

andainya aku hilang pedoman + sesat pegangan, aku rasa aku dah jauh berlari membawa diri. atau mungkin sudah tewas dengan hasutan iblis untuk mengakhiri nafas ini.

kosongnya jiwa ini ku rasakan. terlalu sedih. penat sudah aku menangis meratapi nasib malang diri ini. sinar bahagia yang diharapkan sudah berakhir, sudah sampai ke titiknya. jujur sejujurnya, aku sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi dari dia. aku betul-betul hampa kecewa dan rasa dikhianati, berulang kali. yup, berulang kali. hancur luluh remuk sudah hati + jiwa ini.

kehidupan sekarang dilalui sekadarnya. ku teruskan kerana mengingati harapan kedua ibubapa + adik beradik. hanya sandiwara semata-mata. kosong, tiada makna.

duhai hati wahai jasad ku ini, tabahlah menghadapi hari-hari mendatang. semoga aku tetap pendirian teguh pedoman sampai ke akhir nafas.

Tuesday, August 20, 2013

PST raya double celebration 2013

19hb Ogos 2013, Isnin
layankan je lah gambar-gambar kami ni ^_^

sebelum 'kejadian'

semasa 'kejadian'.
yang bersongkok pegang nasi lemak bungkus tu la CEO kami.


geng² bas sekolah cap PST, hahah!







penat tapi berbaloi-baloi puas hati. syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
tahniah kepada semua yang terlibat ^_^
cau beddah!

Tuesday, August 13, 2013

raya 2013 keluarga sederhana GB/Cikgu Sani Said Salim

salam aidilftri kepada semua Muslimin Muslimat; mohon maaf zahir + batin.
cemane sambutan raya u'olsss? merioh ke idokkk?
tahun ni turn balik ke kampung di Sarawak. adik beradik semua berkumpul di rumah parents. Alhamdulillah, meriah u'olsss... penatnye pun boleh tahan juga la kan. lagi-lagi la ahkak ni anak sulung. otomatik la ahkak jadi chef tak bertauliah kt rumah. sakit-sakit badan ni hoi... tapi berbaloi-baloi lah sebab dapat gembirakan both of my parents + adik-adik. kat sini nak share few pix of us, keluarga sederhana Guru Besar/Cikgu Sani Said Salim. if any of you tetiba tersesat kat Lawas, Sarawak, ce tanya orang-orang kat situ, tengok diorg kenal ke tidak ngan ayahanda ahkak ni heheh...

dari kiri ke kanan : 2nd, myself (1st), si bongsu intan 5th, 3rd and 4th

tema tahun ni, warna warni sukati nak pakai warna ape 
(seperti yang dipesan bunda awal-awal lagi) heheh

ahkak + suami sedondon warna purple. yg tudung pink tu cucunda #2 ayahanda + bunda

keluarga kecil adik #2; 2 puteri + 1 putera

cuti ahkak masih berbaki 3hari sebelum terbang pulang ke Semenanjung.
adoiii, cepat sangat pula la rasa cuti kat kampung ni berlalu *sob sob*

OK lah, selamat bekerja kepada yang sudah bekerja + selamat bercuti kepada yang masih bercuti. take care u'olsss, cau beddah!

Wednesday, August 7, 2013

just another heartbreaking birthday

i had another heartbreaking moment on my birthday. yes, on my birthday!
well, honestly am tired of being me. malang malang malang.
yes, that's the right word! sampai bila? sampai mati la kot.

for the time being, life must go on and on and on... sampai la aku betul-betul mampus.

6th august; happy birthday to myself.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...