Sunday, August 25, 2013

my double celebrations

masih ingat entry terbaru pasal riang ria raya kat ofis kitorg aritu? haaa, nak bagitau ni... our CEO sangat happy dan berpuashati dengan effort + komitmen kami, committee yang terlibat dari awal perbincangan sehinggalah selesai acara mengemas. Alhamdulillah, sebagai committee yang melalui pelbagai drama sandiwara dan gaduh-gaduh manja, aku merasa sangat puas dengan pencapaian yang kami perolehi beramai-ramai. syukur Alhamdulillah, dengan izinNYA jua.

so, nak dijadikan cerita CEO nak belanja la kami-kami ni makan kat tempat best-best. maka berdiskusilah kami-kami head committee ni. sembang punya sembang kami decided untuk dinner di PJ Hilton saja dengan mengambil kira beberapa committee yang suka hidangan buffet. macam aku ni, mmg jenis tak kisah, aku follow sajo. tup-tup kan, CEO cadangkan tempat lagi best... dinner di KL Tower u'olsss... aku mmg terkejut + sungguh tak menyangka la kan. PJ Hilton yang kami minta, KL Tower yang CEO bagi. syukur Alhamdulillah... macam mimpi rasanya heheh...

22 Ogos baru lalu bersamaan hari Khamis, maka kami yang terpilih telah pergi ke KL Tower untuk dinner bersama CEO. aku plak 1st time datang situ, so memang double triple teruja la kan. cuma silap aku, aku tak bawa camera huhuh. harapkan camera kat note + iPad je la. jadinya, ada beberapa keping je la yang sempat aku tembak.

gini la rupanya tiket nak gi dinner tu

muka gayat takleh blah hahah

meja kami

suasana sunset dari KL Tower

berlatarbelakangkan KLCC

kononnya ni la gambar paling last sebelum balik rumah
tapiii... rupa-rupanya ada kejutan untuk aku. hahaha. tengah syok meninjau-ninjau pemandangan bandaraya KL, tetiba diorang nyanyi lagu 'happy birthday'. aku plak secara otomatik, join nyanyi sekali la sambil cuba-cuba tengok sekeliling siapa la yang celebrate birthday ni... tup-tup rupanya untuk aku + seorang lagi geng ofis, Azizi. hahaha cisss, mmg terkejut tenuk la aku kannn...

the very chocolatey choc cake

happy birthday to me!

Ahamdulillah... tak pernah membayangkan akan diraikan di KL Tower. syukur, sekurang-kurangnya terubat sikit hati aku. ye lah, birthday aku aritu berlaku insiden menyayat hatiku seumur hidup *tsk tsk*.

terima kasih banyak-banyak kepada kengkawan ofis especially to CikRina (PA to CEO) yang plan buat surprise kat aku aritu. korang berjaya membuat aku tersipu-sipu tapir hahaha. apa taknya, se-antero floor tu nyanyi 'happy birthday' kat aku termasuklah pakcik-pakcik live band kat situ, meriahhh gamattt... ohhh so sweet + akan ku kenang sepanjang hayat. muaxh!!! love uolsss so so sooo much!
settle makan kek + sembang-sembang ngan CEO, kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing. penat memang penat tapi berbaloi-baloiii... heheh...
OK lah uolsss, nanti kita sembang cite lain lak ye. jaga diri bebaik tau. jaga hati untuk mereka yang jujur, setia + mengasihimu sepenuh hati. cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...