Monday, August 26, 2013

resepi : cheesecake + biskut (resepi cheesecake paling senang di dunia)

haaa... ni la resepi cheesecake paling senang di dunia yang aku dok sebut-sebut dalam fb aku aritu. sebenarnya, ramai yang dah tau resepi ni. senang sangat la katakan. disebabkan senang sangat dan menjadi salah satu dessert kegemaran abah + adik-adik aku, 3 hari berturut-turut aku buat kek ni masa cuti raya kat kampung aritu, hihih...

mari tengok bahan-bahan yang diperlukan;

cream cheese (250gm) + biskut + 1/2 tin susu pekat/krimer manis + nestum + susu segar

*biskut tu terpulang kat korang. nak gantikan ngan biskut marie @ biskut oreo ke, terpulang. kalau agak-agak nak lemak-lemak masin, guna la cream crackers. ikut sukati korang la ye.

**susu segar pun bole diganti ngan pelbagai jenis susu ikut selera masing-masing.
dan begini cara-caranya (ehhh senang sangat la haiii... kena rajin sikit je hihih) ;
  1. pukul cream cheese dalam seminit dua. guna mixer bole nak pukul secara manual pun bole.
  2. masukkan 1/2 tin susu pekat/krimer manis ke dalam cream cheese tadi. sukatan susu manis ni mengikut kesukaan masing-masing gak. sila tambah atau kurangkan ikut selera.
  3. kacau cream cheese + susu manis sehingga sebati dan ketepikan buat sementara.
  4. rendam/celupkan biskut ke dalam susu segar. sila berhati-hati jangan sampai lembik hancur pula biskut tu. rendam/celup sampai agak-agak kembang sikit kedua belah bahagian biskut tu.
  5. kemudian susun biskut yang dah direndam/dicelup tadi ke dalam loyang/bekas kek.
  6. dah siap susun, maka bolehlah sapukan adunan cream cheese + susu manis tadi di atas biskut yang telah disusun sebelumnya. nipis @ tebal sapuan cream cheese tersebut mengikut selera masing-masing ye.
  7. settle yang tu, bolehlah ditaburkan pula nestum di atasnya. untuk yang ni, aku sarankan buat taburan yang nipis je. kalau tebal sangat bole menyebabkan kek ni kering sikit.
  8. siap layer pertama. untuk layer yang seterusnya sila ulang perkara yang sama (4 hingga 7) sehingga adunan cream cheese tadi habis.
  9. last sekali, taburkan nestum sebagai hiasan. part ni bole la kalau nak taburkan banyak sikit.
  10. kek siap dan bole dimasukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidang.
  11. selamat menjamu resepi cheesecake paling senang di dunia!
 sila abaikan kecomotan bekas adunan di atas (huhuh)




selamat mencuba uolsss... cau beddah!

4 comments:

  1. Terima kasih resepi :)
    Nak buat utk moreh puasa esok. insyaaALLAH

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan sukses ye. terus teringin nak buat juga mlm ni heheh

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum.
    nk order kt ne eh?
    nk yg exactly cm dlm pic tu.
    ade org ngidam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...
      Alamak, nk order kt mane tu tak sure la pulak. stay di mana? kalau dekat-dekat bole la juga saya usaha utk buatkan :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...