Saturday, September 14, 2013

resepi : daging goreng kicap

daging goreng adalah salah satu menu kegemaran suami. tapi bukan sebarang goreng ye kengkawan. beliau sangat cerewet dalam bab makanan/masakan. wa cakap lu. sangat cerewet okeh. jadinya, pabila aku berjaya menambat selera + perut beliau, harusss aku kongsikan dengan korang semua. lagi pula bahan-bahan dan cara memasaknya tersangatlah senang! mari kita tengokkk...

bahan-bahannya (untuk hidangan 2-3 orang);

  • 300gm daging lembu
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 hiris halia
  • 10biji cili padi - dihiris kasar
  • 1 biji cili/lada merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • sedikit garam, serbuk kunyit + lada sulah
cara-cara memasaknya;
  1. daging dihiris nipis + toskan.
  2. gaul dengan garam + serbuk kunyit.
  3. masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya. tambah air sekiranya daging belum empuk.
  4. setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika.
  5. kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili/lada merah.
  6. kacau hingga bawang besar menjadi layu.
  7. kemudian masukkan sos tiram, kicap manis + lada sulah.
  8. kacau sehingga sebati dan siap!


jom makan!

hidang bersama nasi putih panas. perghhh!!! wa cakap lu... suamiku makan bertambah-tambah nasi. hati ku pun gumbira, ahaksss...

selamat mencuba dan terima kasih sudi mampir + baca. cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...