Saturday, September 14, 2013

resepi : daging goreng kicap

daging goreng adalah salah satu menu kegemaran suami. tapi bukan sebarang goreng ye kengkawan. beliau sangat cerewet dalam bab makanan/masakan. wa cakap lu. sangat cerewet okeh. jadinya, pabila aku berjaya menambat selera + perut beliau, harusss aku kongsikan dengan korang semua. lagi pula bahan-bahan dan cara memasaknya tersangatlah senang! mari kita tengokkk...

bahan-bahannya (untuk hidangan 2-3 orang);

  • 300gm daging lembu
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 hiris halia
  • 10biji cili padi - dihiris kasar
  • 1 biji cili/lada merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • sedikit garam, serbuk kunyit + lada sulah
cara-cara memasaknya;
  1. daging dihiris nipis + toskan.
  2. gaul dengan garam + serbuk kunyit.
  3. masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya. tambah air sekiranya daging belum empuk.
  4. setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika.
  5. kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili/lada merah.
  6. kacau hingga bawang besar menjadi layu.
  7. kemudian masukkan sos tiram, kicap manis + lada sulah.
  8. kacau sehingga sebati dan siap!


jom makan!

hidang bersama nasi putih panas. perghhh!!! wa cakap lu... suamiku makan bertambah-tambah nasi. hati ku pun gumbira, ahaksss...

selamat mencuba dan terima kasih sudi mampir + baca. cau beddah!

23 comments:

  1. tq for sharing. simple steps but looks nyummy!

    ReplyDelete
  2. Saya dh cuba resepi sis ni .. Alhamdulillah sedap sangat ..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, simple je kan :) terima kasih sudi mampir

    ReplyDelete
  4. dh cuba bnyk kali. mmg super duper sedap n skrg jd fav suami sy jgakk.. hihi.. thx sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) seronok dpt tahu eksperimen memasing berjaya menambat selera suami... terima kasih juga sebab sudi mampir di sini

      Delete
  5. Nak cuba msk guna resipi ni pulak ari ni..tq shre

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem. seronok dapat share dan dapat tau ada pembaca yang ingin mencuba resipi simple ni. good luck ok :)

      Delete
  6. waah ... simple tapi mmg beeeeeeeesttt sangat ... resipi ni jadi menu wajib keluarga .... habis pelusuk keluarga duk puji saya pandai masakk ... mmg sedap lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay! tahniah tahniah... mesti lebih bersemangat nak masak memacam skrg kan? ^_^

      Delete
  7. Wat makan waktu sahor.....licinn....memang bestt. Alhamdulillah anak2 suka tak pedas.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... seronok tengok suami/anak-anak makan berselera kan kan kan

      Delete
  8. Alhamdulillah.bru je lpas buat n sedap sgt.tq atas perkongsian ❤️

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah..terima kasih banyak2 sudi berkongsi resipi yg super sedap ni.. suami saya suka sangat..bertambah nasi dia makan...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..trima kasih sis share resepi mudah ni...1st time msak dging ni😅😅😅...jdi juga😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy... sama-sama sis. bole la masak selalu heheh

      Delete
  12. Terbaik.. sedap. isteri saya suka.. cuma daging liat sikit.. berape lame nk rebus daging nih?��

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... seronok tengok ramai kengkawan cyber suka dengan menu ni. rebus daging kekadang lama kekadang kejap. bergantung bahagian daging yang dibeli

    ReplyDelete
  14. Aler nape saya buat jadi hitam legam dan garing sgt la sis..😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. api kuat sangat tak? daging jangan garing sangat, nanti tak moist... kurang sedap rasanya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...