Sunday, October 6, 2013

resepi : panna cotta (Italian classic dessert) ~ my style

ini merupakan kali ke-3 aku buat panna cotta. Alhamdulillah, sudah menjadi salah satu dessert kegemaran kami suami isteri. 1st time aku makan dessert klasik Itali ni masa beli manisan kat salah sebuah bakery kat area rumah aku. dijual dalam bekas kecik, makan habis tak sampai seminit. kecik sangat i tell u. husband pun makan habis licin so aku agak kena dengan selera dia la. bila tau beliau macam OK dengan dessert tu, ape lagi, meng-google lah aku. google punya google, tengok youtube tengok resipi, compare itu dan ini makanya jadilah seperti resipi di bawah.


bahan-bahan panna cotta;
  • 500ml thickened cream / double cream / heavy cream / whipping cream
  • 50gram gula kastor / gula halus (dalam gambar tu gula kasar biasa, aku kurangkan gram nye)
  • 7gm agar-agar
  • 1tspn perisa vanilla
cara-cara membuat panna cotta;
  1. rendamkan agar-agar dengan air sejuk peti selama 10minit.
  2. masukkan 500ml thickened cream ke dalam periuk dan masak dengan api kecil.
  3. kemudian masukkan 60gram gula tadi, kacau hingga larut.
  4. selepas itu masukkan pula perisa vanilla tadi dan kacau rata.
  5. apabila campuran cream + gula + perisa vanilla sudah mulai mendidih, ambil agar-agar yang direndam tadi, genggam + perah lebihan air yang ada dan masukkan ke dalam campuran cream di dalam periuk. kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
  6. setelah larut, tutup api dan tapiskan campuran tersebut dan tuang ke dalam bekas puding.
  7. sejukkan dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. panna cotta boleh dinikmati selepas 4-5 jam atau lebih elok selepas disejukkan di dalam fridge semalaman.
  9. bole dimakan begitu saja atau dengan sedikit madu @ coklat rice @ strawberry glaze, mengikut kreativiti masing-masing.
  10. selamat mencuba!



terima kasih sudi baca, cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...