Sunday, October 6, 2013

resepi : panna cotta (Italian classic dessert) ~ my style

ini merupakan kali ke-3 aku buat panna cotta. Alhamdulillah, sudah menjadi salah satu dessert kegemaran kami suami isteri. 1st time aku makan dessert klasik Itali ni masa beli manisan kat salah sebuah bakery kat area rumah aku. dijual dalam bekas kecik, makan habis tak sampai seminit. kecik sangat i tell u. husband pun makan habis licin so aku agak kena dengan selera dia la. bila tau beliau macam OK dengan dessert tu, ape lagi, meng-google lah aku. google punya google, tengok youtube tengok resipi, compare itu dan ini makanya jadilah seperti resipi di bawah.


bahan-bahan panna cotta;
  • 500ml thickened cream / double cream / heavy cream / whipping cream
  • 50gram gula kastor / gula halus (dalam gambar tu gula kasar biasa, aku kurangkan gram nye)
  • 7gm agar-agar
  • 1tspn perisa vanilla
cara-cara membuat panna cotta;
  1. rendamkan agar-agar dengan air sejuk peti selama 10minit.
  2. masukkan 500ml thickened cream ke dalam periuk dan masak dengan api kecil.
  3. kemudian masukkan 60gram gula tadi, kacau hingga larut.
  4. selepas itu masukkan pula perisa vanilla tadi dan kacau rata.
  5. apabila campuran cream + gula + perisa vanilla sudah mulai mendidih, ambil agar-agar yang direndam tadi, genggam + perah lebihan air yang ada dan masukkan ke dalam campuran cream di dalam periuk. kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
  6. setelah larut, tutup api dan tapiskan campuran tersebut dan tuang ke dalam bekas puding.
  7. sejukkan dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. panna cotta boleh dinikmati selepas 4-5 jam atau lebih elok selepas disejukkan di dalam fridge semalaman.
  9. bole dimakan begitu saja atau dengan sedikit madu @ coklat rice @ strawberry glaze, mengikut kreativiti masing-masing.
  10. selamat mencuba!



terima kasih sudi baca, cau beddah!

16 comments:

  1. Thanks for sharing!!

    ReplyDelete
  2. u r most welcome :) please come again yea

    ReplyDelete
  3. Mana nk cari krim tu eh?

    ReplyDelete
  4. saya beli kat Aoen Big. cold storage pun ada rasanya :)

    ReplyDelete
  5. Akk..time tuang dlm bekas ke kne tapis bhn yg da dimasak tu?

    ReplyDelete
  6. hi dear :) terpulang ikut mane yang mudah. kalau perlu tuang dan tapis ke dalam bekas besar yg lain dulu pun bole

    ReplyDelete
  7. Letak panna cotta bhgian atas atau bawah dlm peti ais tu?

    ReplyDelete
  8. hi Faiz Razak :)
    letak kat bahagian bawah peti ais, tpt biasa kita letak barang-barang kering. jangan letak kat freezer @ sejuk beku, keras berais pulak panna cotta tu nnt :)

    ReplyDelete
  9. Hi Cik An, kalau rasa mengikut resipi yang saya post & beberapa kali saya pernah buat, rasanya macam puding custard tapi lebih lemak lebih rasa krim...

    ReplyDelete
  10. Hii. Blh saya tau awak punya resepi untuk jadi brapa cup

    ReplyDelete
  11. Hi Aimy :) alamak tak sure lak berapa cup. tapi yg I ingat, dpt la 2 mangkuk kecik ikea tu. mangkuk sup kaler krim tu.

    ReplyDelete
  12. thanks a lot for sharing this recipe. smlm try buat utk anniversary dinner, sebagai dessert. guner blueberry glaze. mmg terbaik!! thanks again! :)

    ReplyDelete
  13. you are welcome Farina :) glad you like it!

    ReplyDelete
  14. camna nak sukat 7gm agar agar?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...