Monday, December 23, 2013

never never never

Never say I love you; If you don't really care.
Never talk of feelings; If they aren't really there.

Never hold my hand; If you mean to break my heart.
Never say forever; If you ever plan to part.

Never look into my eyes; If you are telling me a lie.
Never say hello; If you  think you'll say goodbye.

Never say that I'm THE one; If you dream of more than me.
Never lock up my heart; If you don't have the key.

Tuesday, December 10, 2013

Alhamdulillah, syukur Ya Allah dan terima kasih semua!

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... syukur Ya Allah.

2 bulan lamanya berkerjasama, berhempas pulas sama², berdrama berdebat dan sebagainya, dari zero sehinggalah hari membentangkan laporan kepada tuan majikan (semalam), syukur semuanya berjalan lancar.

kejayaan ini adalah kejayaan kami bersama² beramai². bukan untuk aku serong. bukan untuk tuan majikan seorang. bukan untuk syarikat semata². tapi untuk semua ahli jawatankuasa yang mendukung, menggalas dan membawa tanggungjawab masing² sehingga menjadi sebutan. untuk semua yang berpayung di bawah PST. credits to all head committee + subcommittee. tanpa anda semua, semuanya takkan berlaku. terima kasih!

impaknya besar. sangat besar. koloni kami ni kecil sahaja. sebelumnya dipandang remeh. sekarang, syukur sangat. sekarang kami menjadi benchmark kepada company² lain yg lebih lama gah, lebih banyak pengalaman. terima kasih di atas penghargaan tersebut :)

kami mengerah tenaga, menggunakan kudrat + akal fikiran sendiri, bermesyuarah... merangkak, bertatih, berjalan dan berlari sendiri, bersama². tanpa menggunakan event management company, kami berjaya mengangkat nama syarikat.

yang penting objektif event ini tercapai. hajat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin antara staf + client tercapai. hubungan antara sesama semakin erat, lebih baik daripada sebelum ini.

berdebar², itu yg aku rasa sehari sebelum + pada hari event. jantung berdegup laju. takut menghampakan semua orang. tapi pabila melihat tuan majikan senyum gembira pada hari event cukup melegakan. lega banyak! syukur Ya Allah. terbayar segala penat lelah + sakit² semua.

banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang proses persediaan dan semasa event itu sendiri. terutamanya dalam menghadapi cabaran @ masalah. bagaimana aku + head committee menyelesaikan cabaran + permasalahan bersama².

akhir kalam, semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami semua lebih bekerja keras. lebih jujur + ikhlas. lebih bersikap terbuka. lebih bersemangat berpasukan. lebih berfikiran jauh.

terima kasih semua :D

p/s : terima kasih banyak² juga kepada suami kerana sentiasa memberi sokongan, selalu ringan tulang untuk menghulurkan bantuan semasa event syarikat. beliau selalu menjadi back-up photographer dan tolong² angkat barang heheh. thank you honey!

Monday, December 2, 2013

PST CEO's Trophy Bowling Tournament 2013

syukur Alhamdulillah. selesai sudah acara besar kami untuk tahun ini. acaranya biasa² je tapi persediaannya mengambil masa sehingga 2 bulan gak. Alhamdulillah, geng² committee kali ni best². semuanya komited + rajin² belaka.

Encik CEO bagi 5 bintang untuk event ni! Alhamdulillahhh... selepas berpenat lelah, berdrama, beremosi bagai, recognition sebegitu daripada Encik CEO adalah sangat menggembirakan semua AJK yang terlibat.

terima kasih banyak² kepada committee yang berusaha sehabis baik untuk menjayakan event kali ini. Endy + Rodie + Abg Naza + Rina + Rica + Zatikah + Kak Nurulhuda + Kak Ayunie + Rashidi + Aniza + Masidayu + Yaya + Kak Sue + Aaina + Ajoi + Kak Aisyah serta sub-committee lain yang turut sama menjayakan event ini. komitmen yang ditunjukkan sangat² mengharukan. Alhamdulillah...

 30 November 2013, Sabtu
Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall

 United we stand!

terima kasih + tahniah semua! :D
/XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...