Saturday, November 22, 2014

Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan

lama dah draft ni terbengkalai. iolsss is very busy uolsss. sepatutnya cerita ni keluar selepas raya hari tu huhuh. maafkan dakuuu...

sebelum ni, Arenaa Batik Boutique Hotel ni not in our list pun. sampai la ada satu hari tu ada geng sekerja puji hotel ni cantik. lepas tu tak google pun pasal hotel ni, kami booking selamba nak stay sini sebab harganya antara yg paling murah. 

1st stay kami bermalam di Tatami room. even though bilik kecil tapi J suka sangat sebab hiasan dalaman bilik sangat berbeza dengan bilik-bilik hotel yang kami pernah stay sebelum ni. myself suka hiasan dalam bilik air. perghhh... memang suka lah. bersih pun bersih, pastu terasa macam di rumah sendiri.

2nd time, kami stay di bilik Honeymoon Suite. perghhh!!! ha tengok la deco bilik ni. gempak + sangat selesa. harga pun tak mahal sangat. dan sekarang hotel ni sudah menjadi tempat singgahan utama whenever kami balik Kuantan. cantik, selesa dan yang paling penting harganya sangat berbaloi-baloi, heheh...

classy and classic 

cantik kan???

dan sangat selesa
bilik air bersih dan saya suka!

mcm nak 'culik' telefon klasik ni, tapi tak berani hahaha

OK, belanja satu gambar kami :P
yeahhh, kami pasti datang kembali ;)
so, kepada anda-anda semua yang mencari tempat bermalam yang selesa, tidak terlalu mahal tapi berbaloi di bandar Kuantan... cubalah pengalaman bermalam di Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan. boleh call terus untuk menempah bilik atau buat carian + tempah melalui Agoda.com.

terima kasih sudi baca. jaga hati jaga diri OK.
cau beddah!

Thursday, October 9, 2014

resepi : mee suah basah simple (tapi sedap)

mee suah. agak kurang glamer dikalangan orang Melayu. aku belajar makan mee suah ni pun masa kecik-kecik dulu, bunda suka makan mee suah. bunda suka masak mee suah. bahan-bahannya very simple. serius sangat mudah. tapi hasilnya, perghhh!!! meleleh ayaq lioq kalau teringat heheh. ermmm, lamanya tak makan mee suah masakan bunda.

jadi, ayuhhh... jom cuba resipi mee suah bunda aku yg super duper simple ni.

ini la rupanya mee suah yang aku masak sendiri hihih.
ada orang komen, gambar ni macam gambar hotel dining.
aaawww, terima kasih la ye :)
bahan-bahannya (untuk hidangan 2-3 orang):
  • 3 tbsp minyak masak (aku menggunakan olive oil).
  • 4 ulas bawang putih - dicincang.
  • 2 ulas bawang merah - dihiris.
  • 5 tangkai cili padi - dipotong kecil (ikut tahap ketahanan pedas masing-masing).
  • 2 tbsp udang kering - ditumbuk kasar.
  • 200 gram mee suah - rendam dalam air sejuk selama 1 minit sebelum dimasak.
  • 1-2 biji telur.
  • kicap soya, garam dan gula (bahan perasa).
  • sedikit air untuk kuah/sup.
bahan hiasan:
  • bawang merah goreng.
  • daun bawang @ daun sup - dihiris.
cara-cara memasak:
  1. panaskan minyak masak dan tumis bawang putih + bawang merah hingga naik bau.
  2. masukkan cili padi dan udang kering, kacau sehingga naik bau udang kering.
  3. masukkan air dan biar hingga mendidih. 
  4. kemudian, masukkan mee suah dan sedikit kicap soya.
  5. pecahkan telur dan kacau.
  6. tambah garam dan gula mengikut rasa masing-masing.
  7. tutup api apabila rasa sudah sebati.
  8. hiaskan dengan bawang goreng rangup dan daun bawang @ daun sup mengikut kesukaan.
  9. mee suah basah sedia untuk dimakan.
jangan terus makan masa mee suah tu masih panas. melecur pulak bibir lidah dan gusi tu nanti, heheh. mee suah ni memang sedap dimakan panas-panas, tapi berhati-hatilah ye. bila dah sejuk, memang kurang sedap rasanya.

macam aku, suka letak bawang goreng dan daun sup banyak-banyak. suami aku pulak jenis tak suka bawang goreng dan daun sup. so, dia makan mee suah tu kosong gitu je. tapi bertambah juga la encik suami makan aritu hehehe... sedap la tu kan kan kan. ceh, tak bole blah langsung, puji diri sendiri siottt kahkahkah...

so, inilah resipi mudah aku, eh salah. resipi simple bunda aku. rencahnya udang kering je. tapi korang boleh gantikan udang kering tu dengan ayam atau udang segar mengikut selera masing-masing.

OK lah, selamat mencuba uolsss... terima kasih sudi baca.
jaga diri jaga hati, cau beddah!

Thursday, October 2, 2014

jangan memandu dengan siku!

hari ni jalan sesak seperti kebiasaannya, jalan menuju ke ofis. rutin aku, drive dengan kelajuan biasa-biasa saja dan cuba sebaik mungkin untuk menunjukkan perikemanusiaan. wah gitu sangat ye. tapi memang betul pun. diri + hati lebih rasa tenang apabila kita memberikan aura positif seluas mungkin.

sampai ke satu jalan yang menghampiri ofis, di hadapan kereta aku ada seekor kancil sedang bergerak laksana seekor siput. di hadapan seekor kancil itu pula tiada kenderaan lain. kosong. yang peliknya seekor kancil tersebut berjalan di atas garisan tengah, tidak berada di lorong kanan mahupun di lorong sebelah kiri.

getus hati, "oh takpe lah, mungkin OKU sedang memandu @ warga emas yang memerlukan masa pemanduan berhemah". tapi mengapakah sikancil itu berada di atas garisan putih pembahagi jalan tu?

ku lihat jam, "alamak, lambat dah ni". lantas aku memcut sedikit untuk mendekati sikancil di hadapan ku itu. ingatkan kancil tu akan memecutkan diri kerana aku menghampirinya kan. ceh, hampeh. lek je dia meng-siput-kan dirinya.

tetiba, nk himpit kereta aku plak. jadi ku berikan la hon manja-manja gitu. terkejut agaknya sikancil itu, lalu kelam kabutlah dia untuk masuk semula ke laluan yang betul. apabila ku jeling... rupanya!!!

aaarrrggghhh!!! sikancil sedang bersolek! sedang menyolek matanya. ku agak dia sedang memegang maskara... dan sikancil sedang tergelak-gelak. wahhh hatiku mendidih geram.

aduyaiii, cik akak... jangan la membahayakan nyawa orang lain dengan tindakan tidak-bijak-langsung mu itu wahai cik akak. ngok ngek samdol betul lah. dia bole gelak tu yang aku bengang tu. lupa pulak nk tengok no.plat sikancil tersebut. haihhh... potong betul lah!


*moral cerita : sila bersolek/mekap dalam keadaan tenang + selamat dan bukan di dalam keadaan anda sedang memandu kenderaan. tolong jangan bahayakan nyawa orang lain walaupun anda hebat memandu dengan siku!

terima kasih sudi baca! jaga diri jaga hati, cau beddah!

Wednesday, September 24, 2014

best western premier dua sentral hotel lah pulak

another unplanned weekend gateway :P
weekend terakhir sebelum Ramadhan, 21 - 22 June 2014 tempoh hari.

kali ni kami stay di best western premier dua sentral hotel. kenapa ntah kami memilih untuk stay kat sini. main taram je. nasib baik la OK.

eh, sangat OK tau hotel ni :P
gambar ihsan google

gambar ihsan google
we booked 1 deluxe room with breakfast but we got upgraded to their 1 bedroom club suite.
memang thor-baik thoq!

luasss... sangat luasss

yup, ada kitchen

ha, tu kamar tidur kami untuk malam itu ihiksss

katil best, bantal haruslah empuk seperti biasa ;)

kinky, sebab bath room takde pintu... hohoh.
shower di sebelah kiri, toilet + bath tub di sebelah kanan.

kali ni aku tak berendam pun, mood tak sampai. J berendam agak lama juga heheh

yes, u just saw the second tv, heheh...
kat hall ada 1 tv and another one kat bedroom ni.

sekadar menjadi tempat meletak barang makanan yang kami bawa je

coffee machine ni pun tak bersentuh

hingga ke saat ini J bercakap pasal tv ni. thor-baik katanya kalau dibandingkan
dengan system tv hotel lain yang pernah kami stay sebelum ni

bird cage shower... creative kan?



meniti senja di Kuala Lumpur. wah gituuu...
(sempat la juga kami masuk pool 2 kali)

my honey bunny munhckin pumpkin dan sebagainya

errr, saje tepek gambar ni :P

bangun pagi dengan pemandangan ini

Thursday, August 21, 2014

ulau melingkau atas pagau, jalan² ke melaka lagi

lama dah book hotel ni. rasanya, sebulan sebelum check-in dah settle ngan booking, heheh. tujuan ke Melaka nak attend kenduri kawin geng serumah + se-ofis dulu, Suhaila Othman.

aku + J (suami aku la kan heheh), memang dah lama target nak stay sini. memang dah plan awal², if ada urusan ke Melaka, nak stay kat Majestic Hotel, Melaka. lama wooo menabung nak stay sini, ahaksss :P

kesimpulannya selepas duduk sini ialah, sangat best! Majestic Hotel, Melaka sangat best! layanan staf superb. environment tenang dan eksklusif. bilik memang cantik dan selesa. memang puas hati lah, wa cakap lu. keluar bilik pun sebab nak terjun swimming pool @ nak gi makan je. selebihnya memang terperap dalam bilik menikmati suasana mewah bilik. wah gitu sangat kan hahahah...

kami sampai awal, dalam jam 1:00petang gitu. check-in time 3:00pm, macam biasa. kami saje je cuba nasib, mana tau dapat bilik awal. Alhamdulillah, dipermudahkanNYA. ada bilik yg available. sampai je kat lobby, kami disambut dengan 4 orang staf hotel dengan senyuman mesra dan diberikan 1 warm wet towel untuk both of us. selalunya aku berdiri menunggu je kat reception counter masa urusan check-in. kali ni kami duduk kat sofa bersenang lenang sambil lap muka, lap tangan dan sebagainya sementara menunggu urusan check-in siap. staf hotel bertugas yang datang kat kami, amek IC dan details, kami tak berganjak langsung dari tempat duduk, hahah. urusan check-in pun tak lama. makanya, hati aku seharusnya berbunga² lah kan. sepanjang hidup dan gi hotel merata-rata ni, bermacam ragam juga yang aku alami. dan urusan kat Majestic Hotel, Melaka kali ni, sememangnya terbaik!

selesai urusan di kaunter, aku + J diiringi 2 staf hotel menuju ke bilik. seorang bellboy dan seorang lagi staf perempuan. ala, lupa pulak nak amek gambar diorg masa tu. yang lelaki berpakaian seragam kolonial British dan yang perempuannya berkebaya nyonya. alah alahhh... memang suka lah tengok diorg berpakaian macam tu. mesra je layan kami dan menjawab semua soalan kami yang bertubi-tubi, heheh. oh ye, yang bellboy tu tugasnya bawa barang² kami manakala simanis berkebaya nyonya tu bawa bakul nyonya (ada barang dalam bakul nyonya tu, kami tak tanye pun ada bendanya). kami berdua suami isteri, lenggang kangkung macam boss hahaha...

OK now, masa untuk layan gambar. 

tak ramai orang masa ni. so, sangat privacy uolsss...
(kalau ramai pun, rasanya diorg stay kat bilik je macam kami berdua hihih)
gambar ni saje je... buat penuhkan koleksi gambar hahaha
aku memang melopong dan seronok gaban bila masuk bilik ni
aku suka lantai macam ni, best je rasa. teringat rumah lama, rumah kampung.
kebanyakkan hotel sama ada berlantaikan tiles atau carpet.
katil dia memang majestic. tilam + bantalnya, haruslah empukkk...
bakul tu la yg dibawa staf hotel tadi, complimentary chinese tea. comel kan?
gambar sebelah tu complimentary kuih nyonya untuk hidangan minum petang.
pemandangan luar daripada tingkap bilik kami
saje poyo-poyo tampal gambar ni :P
haihhh, masih terasa enaknya tidur di atas katil ini
macam biasa, gambar bathroom harus ada ditepek sekali
sempat berendam dalam bathtub sekali je. risau memula sebab stok rock salt dah abis.
tapi jangan risau, kat sini memang ada disediakan rock salt untuk kegunaan tetamu.
tak sempat gi spa kat sini. spa bersebelahan dengan swimming pool.
swimming pool kat sini tak besar mane pun. tapi aku suka je hihih



bilik bacaan + tv ni bersebelahan dengan lobby. interior klasik.
malam tu dinner date ngan J kat HRC Melaka kejap
kemudian Nisha + member datang join memeriahkan suasana.
J sempat shopping baju
breakfast menu biasa² saja. rasa makanan not so bad la jugak. yang penting alas perut kan?
nampak biskut gula tu? barang rare tuuu... kecik² dulu suka tang gula tu je hahah
OK, babai Majestic Hotel, Melaka. terima kasih atas layanan yg eksklusif.
we will coma again in future!
haaa, tu lah sedikit sebanyak cerita cuti hujung minggu kami di Melaka sebelum puasa tempoh hari. seronok je stay situ, rasa tak nak balik pun ada hahahah...

OK uolsss, terima kasih sudi singgah sudi baca. jaga hati jaga diri. cau beddah!

Wednesday, August 6, 2014

thirty five, high five!

happy birthday Salinawati Sani!

Alhamdulillah, sesungguhnya tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya... syukur Ya Allah :)

i really had blast today; triple surprise! teringat zaman study dulu. pagi petang siang malam kengkawan raikan birthday aku, heheh. aku mengingati kalian walau di mana pun kalian berada.

moga Allah memberi rahmatNYA padaku selamanya, amiin...

a sweet surprise from my beloved colleagues. thanks a bunch guys!

a-crazy-surprise from a-crazy-lady :P
(she surprised me at a shopping mall, hahah merah² panas² pipi gua)

aaawww~ my BBB hantar bunga sedap ni. nyammm~
thank you so much sayang! i love love love it!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...