Saturday, January 18, 2014

makan-makan di Seoul Garden

1st time makan kat Seoul Garden (SG) masa gi beramai-ramai ngan geng ofis penghujung 2013 lalu. masa tu gi kat Paradigm Mall. i don't fancy steambot but i do like grilled food @ bbq. my husband lagi la, beliau sangat memilih makanan. plan gi SG dengan mr juma adalah 1 eksperimen, nak tengok beliau suka @ enggak, heheh :D

kali ni gi makan kat SG, IOI Mall. sampai seawal 11pagi, memang sengaja datang awal sebab kami skipped breakfast aritu. so kena la lunch awal sikit dari kebiasaan kan... susunan tempat duduk + buffet line nya lebih teratur jika dibandingkan dengan yang kat Paradigm Mall tu. SG, IOI Mall menggunakan both dapur gas memasak + dapur elektrik.

jom la tengok gambar...


Seoul Garden, IOI Mall terletak di ground floor, wing baru.


dapur steambot + grill.

meriah ke tidokkk :P
ada daging, ayam, ikan yang diperap dengan pelbagai rempah/perisa. pilih dengan sukahati, tapi jangan membazir ye. membazir itu amalan syaiton-nirrojiim.

gambar sebelah kiri; dessert counter. sebelah kanan pula makanan bergoreng.

 iyahhh, itu seafood! juling mata kejap har har harrr. gambar sebelah bawah tu aneka salad + sos pelbagai rasa ;)

omnomnom. mari main masak-masak dan makkkaaannn :))

we spent almost 2 hours there. makan, rehat, minum, sembang, makan, rehat, minum, sembang dan lagi dan lagi dan lagi. yang penting encik suami gembira dan suka makan di sini. Alhamdulillah... bole la datang lagi kan kan kan.
OK lah, terima kasih sudi baca u'olsss... jaga diri jaga hati, cau beddah!
/bye

Monday, January 6, 2014

ulangtahun perkahwinan ke-3

dah 3 tahun dah usia perkahwinan kami. cepat sungguh masa berlalu. kami masih berdua, yes... masih berdua-duaan. belum diizinkanNYA lagi untuk menimang cahayamata sendiri. inshaAllah mudah-mudahan ada rezeki zuriat sendiri tahun 2014 ni. Amiin Ya ALLAH :)

untuk menyambut 3rd wedding anniversary pada 1/1/2014 aritu, kami meluangkan masa bersama di Avillion, Port Dickson. tak lama pun, 1 malam je. masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk explore apa yang ada kt Avillion. so, memang banyak la gambar untuk entry kali ni, heheh.

oh yea, kami menginap di premium water chalet. harga 1 malam termasuk breakfast sekitar RM700++. dengan premium water chalet ni dapatlah complimentary afternoon tea + evening cocktail dengan menggunakan aVi lounge privilege card. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka sebenarnya. syukur... check-in at around 1pm, sangat cepat proses check-in kami aritu. murah senyuman dan rajin menyapa tetamu. sangat berpuas hati dengan layanan staf Avillion.

OK, layankan je lah gambar-gambar sepanjang kami berjimba-jimba di sana. sila bersabar sekiranya lambat loading ye :D


bilik kami, Rangoon #712

 
the spacious bathroom, me likey!

 
aaawww kinky! hihih

 
nice kannn?

 
jom jalan-jalan
 
 

kita minum dulu!
OK, ape lagi... mari men-selfie-kan diri

bole nampak chalet kami dari Avi lounge ni. #3 dari hujung sana.

lepas minum, layan swimming pool pulak.
oh yea, ada beberapa peacock + peahen menemani kami melepak di tepi pool heheh :)

gambar makanan kena ada, kalau takde tak sah!
sajian afternoon tea, evening cocktail + our dinner.

layan sunset bersama kekasih ahaksss

OK, sambung selfie lagi :D

best wooo live band ni. masa diorg datang kat kitorg, kami request + nyanyi sama-sama lagu Hotel California dan Tiada Lagi. ape lagi, nyanyi dengan penuh jiwa la kan hahaha =))
/wahaha


indah permai je, sejuk mata memandang.

ini swimming pool yang paling besar (kot). tak sempat terjun tiruk kat sini. jalan-jalan je.

lepas breakfast jalan-jalan hirup udara segar dan cuci mata.

haaa, sampai pun. ini la private beach Avillion. halus dan bersih je pasirnya.


balik dari pantai, singgah mandi kolam jap. sesambil menunggu suami sedang swim masa tu, ternampak pulak si tupai menebuk buah kelapa. oh gitu rupanya ye heheh...
/hmm




Avillion ni luas, seronok je jalan-jalan sambil menikmati pemandangan alam semulajadi.
worth every penny lah kata omputih heheh...

Oh by the way, happy new year 2014 everyone!
May your dreams blossom and make you happy in many ways :)

sekian cerita anniversary kami. terima kasih sudi baca, till then cau beddah!

Sunday, January 5, 2014

PST octnovdec 2013 birthday bash

seperti biasa ada sambutan birthday bash untuk staf ofis. kami sambut setiap suku tahun. 1st quarter + 2nd quarter buat bowling party. 3rd quarter buat dinner party dan last sekali yg ni kami buat star wars party kat Galactic Lasertag, Sunway Pyramid Mall.

Alhamdulillah, semuanya happy. makanan not so bad, cake sedap + semua terhibur. ramai memilih untuk bermain lasertag selebihnya sekadar menonton aksi perang melalui cctv dan ada juga yang berkaraoke. myself, menjadi organizer sajo. lutut kiri masih belum bersedia untuk aksi lasak *tsk tsk*

all in all, CEO happy dengan event penutup tahun 2013 ni. staf pun terhibur and looking forward untuk event seterusnya tahun ni. inshaALLAH mudah²an Allah permudahkan segala perancangan dan aktiviti syarikat kami tahun 2014 ni. amiin...

rainbow cake ini sangat sedap OK

 PSTar Wars Jedi Masters
/wahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...