Monday, January 6, 2014

ulangtahun perkahwinan ke-3

dah 3 tahun dah usia perkahwinan kami. cepat sungguh masa berlalu. kami masih berdua, yes... masih berdua-duaan. belum diizinkanNYA lagi untuk menimang cahayamata sendiri. inshaAllah mudah-mudahan ada rezeki zuriat sendiri tahun 2014 ni. Amiin Ya ALLAH :)

untuk menyambut 3rd wedding anniversary pada 1/1/2014 aritu, kami meluangkan masa bersama di Avillion, Port Dickson. tak lama pun, 1 malam je. masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk explore apa yang ada kt Avillion. so, memang banyak la gambar untuk entry kali ni, heheh.

oh yea, kami menginap di premium water chalet. harga 1 malam termasuk breakfast sekitar RM700++. dengan premium water chalet ni dapatlah complimentary afternoon tea + evening cocktail dengan menggunakan aVi lounge privilege card. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka sebenarnya. syukur... check-in at around 1pm, sangat cepat proses check-in kami aritu. murah senyuman dan rajin menyapa tetamu. sangat berpuas hati dengan layanan staf Avillion.

OK, layankan je lah gambar-gambar sepanjang kami berjimba-jimba di sana. sila bersabar sekiranya lambat loading ye :D


bilik kami, Rangoon #712

 
the spacious bathroom, me likey!

 
aaawww kinky! hihih

 
nice kannn?

 
jom jalan-jalan
 
 

kita minum dulu!
OK, ape lagi... mari men-selfie-kan diri

bole nampak chalet kami dari Avi lounge ni. #3 dari hujung sana.

lepas minum, layan swimming pool pulak.
oh yea, ada beberapa peacock + peahen menemani kami melepak di tepi pool heheh :)

gambar makanan kena ada, kalau takde tak sah!
sajian afternoon tea, evening cocktail + our dinner.

layan sunset bersama kekasih ahaksss

OK, sambung selfie lagi :D

best wooo live band ni. masa diorg datang kat kitorg, kami request + nyanyi sama-sama lagu Hotel California dan Tiada Lagi. ape lagi, nyanyi dengan penuh jiwa la kan hahaha =))
/wahaha


indah permai je, sejuk mata memandang.

ini swimming pool yang paling besar (kot). tak sempat terjun tiruk kat sini. jalan-jalan je.

lepas breakfast jalan-jalan hirup udara segar dan cuci mata.

haaa, sampai pun. ini la private beach Avillion. halus dan bersih je pasirnya.


balik dari pantai, singgah mandi kolam jap. sesambil menunggu suami sedang swim masa tu, ternampak pulak si tupai menebuk buah kelapa. oh gitu rupanya ye heheh...
/hmm




Avillion ni luas, seronok je jalan-jalan sambil menikmati pemandangan alam semulajadi.
worth every penny lah kata omputih heheh...

Oh by the way, happy new year 2014 everyone!
May your dreams blossom and make you happy in many ways :)

sekian cerita anniversary kami. terima kasih sudi baca, till then cau beddah!

2 comments:

  1. Salam perkenalan. dah follow sini. #36.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan kembali, terima kasih sudi mampir di sini :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...