Sunday, February 23, 2014

organic brown sugar in the house

heheh, baru berjaya beli organic brown sugar hari ni. beli kat aeon big hypermarket, subang jaya. inshaALLAH akan mula guna organic brown sugar ni pelan², mulai esok. white sugar masih ada suku balang, brown sugar masih ada 1kg/pek. takleh membazir kan? so kena habiskan stok yang ada, slowly berselang seli.

harga 1kg organic brown sugar ni = RM9.90 *tsk tsk*

product of Pakistan

demi kesihatan... RM9.90/kg tu ape lah sangat kan kan kan
/sweat

uolsss dah start guna organic sugar kah? good luck kepada kita semua yea. slow² mengamalkan pemakanan sihat - makanan organik.

OK lah, terima kasih sudi baca, caubeddah!

Wednesday, February 19, 2014

3 cara mengajar orang suka bergosip

  1. biarkan dia 'terbakar'
    anda perlu bertenang. jangan menunjukkan anda begitu lemah dengan apa yang digosipkan itu. anggap sahaja apa yang disampaikan ibarat angin lalu. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. anggap sahaj tindakannya kesan daripada rasa tidak puas hati atas apa yang anda miliki. kesabaran anda ini mampu membuatkan hatinya terbakar! dan kemenangan dan kebenaran pasti memihak kepada anda.

  2. berhadapan dengannya
    bila keadaan tidak terkawal dan benar-benar mencabar kewibawaan serta maruah tercalar, anda perlu bertindak. berdepan dengannya. nyatakan bahawa anda sedar dan tahu apa yang sedang dilakukan. selepas bertindak demikian dia mungkin akan berfikir dua kali untuk bercerita buruk tentang anda. namun ingat jangan memberinya ugutan kerana ugutan boleh membuatkan si gemar bergosip ini meniup gosip yang lebih panas untuk menjatuhkan anda.

  3. berikan hadiah 'pedas'
    cara lain adalah lakukan perang psikologi bagi menyatakan anda begitu sakit dengan segala tindakannya. namun bukan bermakna anda akan diam. hadiahkannya satu hadiah yang 'pedas' seperti artikel atau buku bertajuk sekitar 'mengapa seseorang itu bergosip' yang mana isinya yang sudah tentu seputar orang bergosip kerana busuk hati dan dengki! biarkan dia menerima penampar halus anda namun ia cukup menyakitkan.
Sumber : iSIHAT Julai 2013

ermmm... kalau si kuat bergosip @ si penyebar fitnah tu jenis yang tak reti bahasa @ muka tembok @ hati batu? nak buat cemane pulak ye? ada je jenis orang² macam ni. dia rasa seronok betul @ memang hobi dia bergosip + buat fitnah, lepas tu buat tak tahu. dia buat biasa seperti tak bersalah langsung. lebih menyedihkan apabila si penyebar fitnah telah meminta maaf, tetapi masih ada hasad dengki + rasa tak puas hati dek kerana perbuatannya telah diketahui ramai. ermmm... cemane ye nak deal dengan orang sebegini?

aku pernah mengalami, pernah jadi mangsa fitnah yang sangat mencalar maruah aku. bagi meredakan bahang panas fitnah yang diciptanya itu, aku merendah diri untuk mengajak dia sama² meminta maaf + memaafkan. namun dia masih lagi bercerita buruk tentang aku, masih menyimpan dendam pada aku. aku tak pernah usik dia, ganggu gugat keluarga dia. tapi kenapa dia bergitu obses nak memburukkan aku? dia pandai bersandiwara, depan aku pijak semut tak mati, di belakang bagai pedang menghiris hati galak menyebar cerita yang dia sendiri tak pasti. dan aku tak faham, sampai sekarang.
/nobigdeal
 terima kasih sudi baca, jaga diri jaga hati... caubeddah! ;)

Monday, February 17, 2014

gula organik vs gula perang vs gula putih

wah gitu, panjang nau title cite kali ni. tahun 2014 ni, kami suami isteri bertekad untuk mengubah gaya hidup biasa kepada yang lebih sihat, inshaALLAH. selepas berjinak² dengan brown rice, sekarang sudah mula menukar penggunaan gula putih kepada gula perang. berdikit² kata orang. slow² kata matsaleh. pendekatan ni bermula bila suami meminta untuk dikurangkan gula untuk setiap air yang aku hidangkan. sejak itu, aku buat proposal untuk mengganti gula putih dengan gula perang dan Alhamdulillah beliau bersetuju, weehooo! bukan senang nak mengubah tabiat sejak kecil kan? cabaran hebat tau, wa cakap lu.

tapi kan, rupanya ada lagi sejenis gula yang aku tak pernah ambil tau selama ni. gula organik! yeaaa, gula organik. kalau ada organik tu semua dah boleh agak lah kan... harganya sedikit mahal berbanding barang² biasa. terima kasih banyak² kepada blog The Secret Medicines kerana sudi berkongsi maklumat berguna tentang subjek GULA.
Artikel di bawah ditulis pada tahun 2009 sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa yang diamalkan oleh penulis kerana penulis hari ini (tahun 2013) sudah tidak lagi makan gula putih walaupun sedikit. Dari 4 kilo gula organik pada masa artikel ini ditulis, penulis telah berjaya mengurangkan penggunaan kepada kurang dari 2 kilo sebulan untuk seisi keluarga. Harga semasa juga sudah meningkat dari RM6 sekarang mencecah RM11 sekilo. Perlu diketahui bahawa gula organik juga tetap gula dan ia boleh memudaratkan jika diambil dengan banyak.
Sejak bertahun yang lalu, saya telah berjaya mendidik keluarga saya supaya tidak lagi menggunakan gula putih dalam minuman ataupun makanan. Saya akan cuba elakkan menggunakan gula putih mengikut apa cara yang termampu saya lakukan. Cuma kadang-kadang apabila minum di kedai, terpaksa juga minum air yang dicampur dengan gula putih. Itupun, selalu pesan minuman "kurang manis" apabila memesan teh, kopi atau jus buah-buahan. Kadang-kala, bila ada minuman yang dibuat terlalu manis (walaupun sudah diberitahu), minta pembancuh minuman tersebut membuat semula minuman tersebut supaya ia jadi kurang manis. Itu hak saya sebagai pelanggan. 

Biasanya mereka yang mengidap diabetes sahaja yang selalu memesan minuman kurang manis. Tetapi saya tidak mengidap penyakit diabetes. Ada sahabat yang bertanya sama ada saya mengidap diabetes setelah memesan minuman kurang manis, saya jawab "sebagai langkah pencegahan" sahaja. Sepatutnya, pesakit diabetes tidak boleh membuat pesanan air kurang manis, sebaliknya minuman tanpa gula. Kalau jus buah-buahan, rasa manis buah-buahan cukup sebagai pemanis minuman, tidak perlu ditambah gula putih walau sedikitpun. 

Perbezaan Gula Organik & Gula Putih
Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. 

Gula Semulajadi
Selain itu, terdapat juga gula dari sumber semulajadi yang lain seperti fruktos (di dalam buah-buahan), laktosa (susu), maltosa (dalam makanan seperti oat, jagung dan lain-lain). Ia mempunyai faedah yang baik dalam bentuk nutrien. 

Gula Perang
Terdapat juga gula perang (brown sugar) yang banyak terjual di pasaraya. Gula perang tidak mempunyai apa-apa faedah kepada manusia, malah ia sama bahaya seperti gula putih. Ia diproses (refined) terlebih dahulu, kemudian dicampur semula dengan sedikit molasses untuk menjadikan warnanya perang semula. 

Untuk mengenali gula organik dan gula perang adalah sangat mudah. Anda hanya cium baunya, gula organik mempunyai aroma seperti bau nira tebu atau kelapa manakala gula perang tidak mempunyai aroma. Gula tebu organik biasanya diimport dari luar negara. Paraguay adalah pengeksport terbesar gula tebu organik. Filipina juga ada mengeluarkan gula organik. Walaupun harganya agak mahal dari gula putih, gambar pertama di atas menunjukkan kuantiti yang saya gunakan untuk stok yang boleh bertahan selama lebih sebulan. Terdapat 3 peket dan 1 botol gula organik di dalam gambar, jumlah perbelanjaan untuk stok tersebut tidak sampai tiga puluh ringgit. Jika harga sepeket 1kg sekitar RM6 ~ RM6.50, sebulan saya hanya perlu belanjakan hanya RM26 untuk kesihatan dan kelazatan minuman di rumah. Jika dahulu, saya hanya belanjakan RM6 untuk 4 peket gula putih, tetapi kini saya sedar, sebenarnya saya membayar harga kesihatan saya dengan harga yang begitu murah untuk mengundang penyakit diabetes. Sekali penyakit itu datang, anda perlu membayar kos untuk suntikan insulin setiap hari, berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan berjadual, kadang-kadang terpaksa bermalam di hospital sehingga doktor memberi kebenaran untuk pulang, makan pula ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sampai bila pun boleh sembuh, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau nasib anda tidak baik, mungkin akan kehilangan sebahagian anggota tubuh sebab dipotong. Itulah kos yang sebenarnya jika anda menggunakan gula putih, bukan RM6 untuk 4 peket.

menarik kan? lepas baca info ni semalam, terus macam nak keluar cari gula organik. serius ok. inshaALLAH, kalau diizinkan, malam ni nak ajak suami gi cari gula organik. mari kita sama² berusaha + istiqamah untuk menjadi lebih sihat. mudah² ALLAH permudahkan, amiin.

terima kasih sudi baca :) caubeddah!

Friday, February 7, 2014

R&R @ the zenith hotel, kuantan

31hb Januari, hari Jumaat yg lepas kami berdua balik ke Kuantan, jenguk emak + apak sesambil bercuti sempena cuti tahun baru cina. bertolak dari rumah (PJ) around 8pagi, singgah beli buah tangan + breakfast, kemudian singgah pula di Shell petrol pump to reload smart tag + beli kudap-kudap dan terus zasss ke Pantai Timur.

perjalanan agak lancar kecuali di Tol Gombak, agak lembab siput dan merengsakan di situ. sakit hati + hairan sebenarnya, kenapa la lane untuk smart tag ada 1 lane je kt situ. memang panjang gils la kat lane smart tag + touch n go. everytime lalu situ, persoalan ni la yang encik suami akan bebelkan.

memandangkan kereta comel kami (michael angelo) agak berumur + kurang sihat, encik suami memandu agak bersenang lenang, aku pesan paling laju pun dlm 100kmj. paling-paling pun tak sampai 110kmj. memang dah agak, di musim cuti perayaan seharusnya banyak la speed trap, dan dengan bantuan waze dapat la kami mengagak kat mana kena memandu dengan lebih perlahan ;)

sampai rumah mertua dalam pukul 12 lebih gitu. rehat-rehat, suami gi solat Jumaat, sembang-sembang ngan emak mertua + kak ipar, lunch dan rehat lagi sekali lepas tu barulah kami bergerak ke Zenith Hotel to check-in.

fuhhh, best nya dapat landing atas tilam empuk + peluk bantal lembut. perghhh perghhh perghhh :P haaa, dapat bayangkan tak betapa best nya perasaan tu? ye lah, haruslah seronok kan? memang enak berehat dalam bilik tidur yang sangat luas + aircond yang nyaman selepas menempuh perjalanan selama 3 jam. wuiii best wuiii, hahahah...

seperti biasa, untuk berkongsi pengalaman kami berjalan ke sana sini, masa untuk tembak-tembak gambar. encik suami sememangnya sudah faham akan perangai isterinya ini. nawaitu aku sekadar berkongsi cerita untuk semua teman yang sudi baca blog ni. bukan untuk menunjuk-nunjuk ye. diulang sekali lagi, tujuan aku bukan untuk menunjuk-nunjuk @ bermegah-megah @ riak. "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhiim, jauhkanlah aku dan suamiku dari bersikap riak, ujub dan takabur. Amiin"

OK jom, layankan je lah gambar-gambar yang sempat kami tembak dengan hanya menggunakan iPad. kamera tak bawa pulak kali ni, heheh...


Super Deluxe King with breakfast @ RM430/night
muka ada senyum bila nampak bilik besar :D
bilik ni berdindingkan kaca + dilindungi dengan langsir tebal
bathroom sliding door
aku ni cerewet sikit bab bathroom, tapi kali ni sangat OK ;)
yg penting ada rain shower + bath tub :D


the king size bed, mak suka noxxx ahak ahakkk :P

the glass door to balcony with a view of the Capitamalls Asia


selalunya kami kalah dengan suasana sejuk, but not this time

breakfast sedap,food variety macam biasa standard hotel-hotel besar
ruang makan yang luas, selesa la...
my favorite dish kat sini. bread pudding, 2 kali tambah ok :D
all in all, sangat berpuas hati dengan stay di sini untuk kali ni. nice hotel, spacious room, very comfortable bed and large bathroom. staff kat sini pun very friendly, proses check-in + check-out pun sangat cepat. sempat la juga berendam dalam bath tub aritu. cumanya, basement parking masih ditutup untuk maintenance dek banjir besar yang melanda Kuantan tempoh hari. selain daripada tu semunya awesome! haruslah... 5 star hotel kan. inshaAllah akan datang stay di sini lagi in future.

itu saja untuk entry kali ni. terima kasih sudi baca ye ;) jaga diri jaga hati, cau beddah!

Monday, February 3, 2014

appreciation dinner at the majestic, kuala lumpur

untuk menghargai usaha, ketekunan, kerja keras dan kerjasama para committe bagi event PST CEO's Trophy Bowling Tournament tahun lepas, cadangan untuk meraikan mereka yang terlibat telah disokong dan dipersetujui sepenuhnya oleh Mr.CEO kami (yayyy! thank you Chief!). pada awalnya, aku plan nak buat penghujung tahun 2013, namun disebabkan jadual padat Mr.CEO maka terpaksa la ditunda ke awal tahun 2014 yang baru lalu.

selepas beberapa discussion dan survey bersama beberapa orang kuat committee, akhirnya kami memilih untuk dinner di Contango Restaurant @ The Majestic Hotel KL. syukur Alhamdulillah, semua jemputan yang datang pada malam itu berpuashati + seronok menjamu selera sambil bergambar dan bersembang antara satu sama lain. selain committee, pihak pengurusan syarikat juga dijemput bagi meraikan kejayaan kami semua.

wahhh... formal sangat la pulak ayat-ayat aku kat atas tu kan, hahaha... eh OK lah, jom layankan gambar-gambar yang sempat ditembak dari jauh dan dekat :D

the majestic hotel KL
 
the seating arrangements
my supportive commited committees
they are my backbones :)
some dishes from the oriental kitchen
some dishes from the western kitchen
another set of oriental kitchen
desert of dessert
bloated + satisfied faces
momento of grand finale
yeahhh!!! we rock!
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, syukur kepadaNYA dengan limpahan rezeki yang diberikan. rezeki makan minum, rezeki kerja, rezeki event yang sukses, rezeki teman se-ofis yang baik hati + rajin-rajin belaka dan juga rezeki yang lain-lain.

sekali lagi, ribuan terima kasih buat semua committee yang sentiasa menyokong dan memberikan kata semangat disepanjang persediaan dan pada event kita yang lalu. kita sama-sama meletakkan standard tersendiri dengan kejayaan yang telah kita perolehi. moga event akan datang lebih grand dan sukses, inshaAllah. bersatu kita teguh!

terima kasih sudi baca, lain kali mampir lagi ya ;) till then, cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...