Tuesday, April 15, 2014

resepi : udang goreng telur masin

aku + suami merupakan penggemar ketam dan udang. ada la beberapa kedai makan yang selalu kami kunjungi untuk menikmati masakan ketam dan udang yang sedap² (wah gitu). tapi faham² lah kan, harganya bukan murah *tsk*. so, weekend baru² ni datang semangat nak mencuba resepi yang tak pernah aku masak kat rumah, membuak² semangat tu... yesss, mari kita cuba!


bahan-bahannya (untuk hidangan 2-3 orang)
  • 400gm udang segar (buang kepala + ekor)
  • sedikit garam + serbuk kunyit (digaulkan dengan udang)
  • 3 tbsp tepung jagung
  • minyak untuk menggoreng udang (aku gunakan minyak zaitun) 
  • 5 tbsp olive oil - untuk menumis (boleh gunakan butter @ planta) 
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 10 biji cili padi (potong 2)
  • 3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
  • 5 biji telur masin (buang 3 putih telurnya)
  • 4 tbsp santan (aku gunakan santan M&S)
  • 1 tsp gula
  • garam dan lada sulah secukup rasa
cara-cara memasaknya;

(1) rebus telur masin. sejukkan kemudian hancurkan (guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).

(2) udang digaul sedikit garam + serbuk kunyit. setelah sebati gaul pula tepung jagung. goreng sehingga udang masak kekuningan.

(3) panaskan kuali, masukkan minyak zaitun. tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.

(4) masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi. kacau seketika. masukkan santan, gula dan lada sulah. tambah garam secukup rasa @ sekiranya perlu. kacau sekata sehingga berbuih.

(5) masukkan udang dan gaul rata. tutup api dan boleh dihidang.



*omong kosong = plan awal sebenarnya nak masak ketam. tapi ketam yang ada kat pasar tak segar so terpaksa la tuka plan. gunakan udang sebagai ganti :)

selamat mencuba dan terima kasih sudi baca. cau beddah!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. heheh, mmg sedappp! selamat mencuba ye Dahlia :) dan terima kasih sudi mampir + bagi komen

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...