Saturday, May 24, 2014

am a proud blood donor

Alhamdulillah, hasrat nak menderma darah buat kali ke-2 tercapai jua. syukur sangat-sangat, our mini CSR (corporate social responsibility) event - PS Group Blood Drive berjalan dengan lancar + sukses pada 22 Mei 2014 (Khamis) yang baru lalu. hari yang sama juga diadakan CED (customer engagement day) di mana kami ada membuka kaunter pertanyaan/kaunter servis kepada staf-staf syarikat.

memang meriah + sambutan sangat menggalakkan. yang penting Mr.CEO happy. makanan sedap. feedback dari pegawai-pegawai Pusat Darah Negara (PDN) pun memberangsangkan. eh, memang aku seronok + puas hati lah. syukur Alhamdulillah... 

ni je yang sempat aku tembak. dan gambar-gambar ini adalah hasil daripada bidikan iPhone 5s. selamat menjamu mata (walaupun gambar tak banyak heheh).

nasib baik jumpa balik buku ni. sejak 2011 nyorok dlm kotak

penderma darah terawal

sesungguhnya aku nervous tengok darah

dan menyaksikan darah terus mengalir, wah gitu :P

ini boss aku, En.Nazaruddin. beliau berdarah O

ini Ajoi darah A, belakang tu Zikri darah AB

aku berdarah AB+. doctor kata darah rare, ye ke?

tahun 2011 dulu, ada 50 successful blood donors je. so kali ni aku up target aku sikit kepada 70 successful donors. dari maklumbalas pegawai PDN yang bertugas tempoh hari, yang datang mendaftar lebih kurang dalam 100 orang tapi yang berjaya melepasi medical check-up dalam 78 gitu. yang betul-betul berjaya menderma darah seramai 70 orang. Alhamdulillah, KPI kami tercapai.

tahniah kepada marketing & event awareness crew yang bersungguh-sungguh mengajak geng-geng/staf-staf syarikat kumpulan untuk menderma darah. tahniah juga kepada committee + PST-zen yang lain kerana bersama-sama menjayakan event kecil ni. terima kasih banyak-banyak dengan sokongan + semangat korang semua. korang memang terbaiklah!

inshaALLAH kalau diizinkan dan tiada aral melintang, cadangnya lepas ni nak buat besar sikit. target dalam 100 successful blood donors pulak. inshaALLAH. itu saranan dari pihak PDN kerana melihat sambutan yang menggalakkan baru-baru ni.

OK lah, terima kasih sudi baca. jaga diri jaga hati, lain kali datang baca lagi :D
cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...