Friday, May 16, 2014

crabtree + evelyn KLCC ~ VIP indulgence day

aku suka betul ngan crabtree + evelyn (C+E) outlet KLCC. depa efisyen. wah gitu. bukan la nak kata outlet² lain tu tak efisyen. lain-lain pun very helpful juga. cumanya aku rasa mcm vip sungguh dengan layanan daripada staf² outlet KLCC. mungkinkah kerana aku signup for membership kat situ? ermmm, ada logiknya jugak kan.

memula dapat invitation card. aku buat dek je. sebab rasa macam tak sempat kot nak attend. pastu aku dapat 1 call dari diorang. berbudi bahasa dan lemah lembut je. dengan sopan santun bagi info yang sangat jelas dan menarik. aku jawab biasa² saja. ermmm... "takpelah, tak sempat kot nak gi yang ni. lagipun takde benda nak shopping pun kat situ", aku cakap kat diri sendiri selepas perbualan fon tu.

kali ke-2 depa call sebagai reminder. aku buat dek juga. sampai la kali ke-3 depa nak confirm kan attendance, barulah aku decided "OK, I'll be there on saturday". wah gitu. oh, lagipun nak collect vip card aku yang dah hampir setahun usianya di kaunter diorg. kiranya, ada 2 sebab la juga nak ke event tu (hahah, alasan je kot ni kan). nak ajak suami gi teman pun dua tiga kali gak pujuk baru jalan.

maka terpacaklah kami kat KLCC di awal pagi tersebut. semata² nak jadi early bird customer kononnya. pastu nak dapat parking lot agong depan pintu. hahaha. ye, tercapai niat nak park dekat ngan escalator. oh ye, aku tak plan nak beli ape² pun so bawa cash macam sekadar sebagai back-up sekiranya aku TERbeli ape² kat situ nanti, ihikkksss.


aku orang ke-5 sampai pagi tu. wah, bangga ok. hahaha

bau harum sangat sangat sangat masa ni
memula aku taknak masuk sebab takut TERbeli ape². tapi bau harum sangat so TERpaksa la jenguk kejap. encik suami tak join masuk, beliau tunggu kat luar sambil cuci mata. sooo... memang lama la aku buat lawatan kat dalam kedai tu muahahaha.

dalam hati dok berbisik sendiri. "jangan beli ape². jangan la beli ape². benda paling murah pun jangan. sebab takde dalam budget ok".

tapi aku tewas juga akhirnyaaa (hhhuuuuwwwaaaa).
habis juga RM500/=. punyalah kumat kamit cakap taknak beli taknak beli, last² penuh gak tangan bawak paper bag berisi penuh barang. encik suami terkejut lah tengok aku kan. hahaha. "eh kata taknak shopping. apacita". muahahah. "TERbeli la sayang. ini TERbeli". wahhh, terbeli la sangat kan.

ok, tengok je la gambar² kat bawah ni ye, hihih.
kesan tewasnya aku di Crabtree + Evelyn KLCC, heheh :P
hasil rembatan pada hari tersebut *tsk tsk tsk*

ini free gift. iye, semuanya free gift. oh termasuk cabutan bertuah.

ini pun free gift

aku paling suka bau evelyn rose ni. memang suka banget!

yang ni #2 paling suka selepas evelyn rose heheh

errr... yang ni memang aku TERbeli. kuat betul pengaruh salesgirl tu :P

koleksi mandian yang aku TERbeli

dan koleksi hand lotion + body lotion. stok setahun rasanya ni hahah

last sekali, koleksi wangian. stok wangi² kat rumah untuk suamiku. ahaksss
haaa, begitulah pengalaman aku TERshopping kat crabtree + evelyn. jangan tak tau aku simpan kotak² yang ada ni tau. cantik sangat + sayang nak buang. tak sampai hati nak buang. muahahah. boleh recycle semula in future hihih. wat kotak hadiah, tak gitu? :P

ok lah. tu je cite kali ni. terima kasih sudi baca tau ;)
jaga hati jaga diri. cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...